9 Safar 1431H
Selena tay
Buat masa ini ada kedengaran desas-desus bahawa Pilihanraya Negeri akan diadakan di Negeri Perak. Samada ini akan menjadi benar atau tidak adalah tidak begitu penting tetapi soal pokoknya ialah adakah Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk bertanding sekiranya DUN dibubarkan secara mengejut dan Pilihanraya Negeri diumumkan.
Saya ingin menarik perhatian para pembaca bahawa jika ada asap tentulah ada api (there is no smoke without fire), oleh itu desas-desus itu mungkin juga ada kebenarannya dan ada kebarangkalian yang tinggi bahawa Pilihanraya Negeri Perak akan berlangsung tidak lama lagi iaitu mungkin dalam bulan Mac, April ataupun Mei.
Pada pendapat saya, BN selalunya berada dalam keadaan yang siap sedia oleh sebab mereka pada bila-bila masa dengan senang sahaja boleh menggunakan dana mereka untuk memberi gula-gula kepada rakyat. Lagipun dana BN ini tiada batasannya. BN dengan sewenang-wenangnya boleh menggunakan dana mereka untuk membina infrastruktur yang baru seperti jalanraya, lebuhraya, jambatan, stesen bas dan stesen keretapi. Mereka juga boleh memberi sumbangan dana yang berjuta-juta kepada sekolah-sekolah, persatuan-persatuan Cina dan India, rumah-rumah kebajikan dan juga tempat-tempat beribadat. Keluarga-keluarga yang papa kedana juga akan dibantu oleh BN pada masa ini. Adakah Pakatan Rakyat mempunyai idea yang baik untuk menangani taktik kotor BN ini? Saya bimbang Pakatan Rakyat akan tumbang sekali lagi di Perak disebabkan oleh senjata BN yang amat kuat ini.
Selain dari itu, Tahun Baru Cina akan dirayakan oleh kaum Tionghua dalam pertengahan bulan Februari yang akan datang ini. BN akan mengambil kesempatan ini untuk memberi angpau yang besar kepada kaum Tionghua dan ini tentu sedikit sebanyak akan dapat mempengaruhi undi kaum Tionghua apabila mereka melihat bahawa BN memang ada wang untuk melaksanakan berbagi-bagai jenis projek. Dana yang berjuta-juta akan juga disalurkan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan persatuan-persatuan Cina sebagai angpau Tahun Baru Cina. Perak ada ramai pengundi Cina dan saya berpendapat ini akan memberi kesan kepada jumlah undi yang akan diraih oleh Pakatan Rakyat nanti. BN akan menggunakan wang untuk membeli keyakinan rakyat.
Lagi satu senjata BN yang efektif ialah pengundi hantu. Ramai hantu-hantu akan muncul entah dari mana. Pengundi hantu ini boleh menggugat kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan dimana Pakatan Rakyat telah menang dengan majoriti yang tipis dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu.
Pakatan Rakyat hanya ada satu senjata sahaja iaitu senjata moral. Pakatan Rakyat mesti memberi maklumat kepada rakyat dan sentiasa mengingatkan rakyat bahawa rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN pada Februari 2009 adalah salah disisi undang-undang dan BN adalah sebuah kerajaan yang langsung tidak menghormati undang-undang, oleh itu adalah amat bahaya untuk mengundi BN sebab mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka dan menghancurkan masa depan negara ini sebab mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri. Pakatan Rakyat mesti memaklumkan kepada rakyat Perak bahawa keadaan ekonomi negara sekarang sudah berada dalam keadaan yang kritikal dan dibawah pemerintahan BN masa depan adalah malap sekali. Ekonomi Malaysia sekarang umpama kapalterbang yang berada dalam mod autopilot dan bila-bila masa sahaja akan terhempas.
Pakatan Rakyat mesti memberitahu rakyat Perak terutamanya yang tinggal di bandar-bandar kecil, luar bandar dan kampung-kampung bahawa Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah, badan kehakiman, pejabat Peguam Negara, polis dan semua agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kerja Raya telah diperalatkan oleh BN. Peranan yang dimainkan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk mengsabotaj Pakatan Rakyat di kawasan-kawasan yang dipegang oleh wakil Parlimen atau ADUN Pakatan Rakyat adalah amat berkesan. Contoh yang simple ialah apabila Jabatan Kerja Raya tidak mahu membaiki jalanraya yang ada lubang dan orang mati disebabkan motosikalnya jatuh kedalam lubang ini maka tuduhan akan dilemparkan kepada Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan yang malas dan tidak berprihatin. Peranan yang dimainkan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk mengsabotaj Pakatan Rakyat memang boleh mengurangkan undi yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat nanti.
BN pun akan sering melaung-laungkan cogankata 1 Malaysia itu dimana dibawah pemerintahan BN semua bangsa hidup aman damai, berharmoni dan bersatu-padu. V. Sivakumar, Speaker Perak yang sah, dalam satu forum yang dianjurkan oleh SELPROA di Kuala Lumpur pada 21hb Januari 2010 kelmarin ada berkata: ‘1 Malaysia, 2 Perak, kenapa begini? Disebabkan oleh 3 katak.’ Sekarang dengan kontroversi yang disebabkan oleh kalimah ‘Allah’, jelas dapat dilihat bahawa cogankata 1 Malaysia adalah retorik BN sahaja, retorik untuk memancing undi kaum bukan-Melayu.
Saya berpendapat apabila ada orang Melayu yang mengundi DAP dan orang Cina yang mengundi PAS, itulah 1 Malaysia yang sebenarnya. Pada masa kempen di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang 2009, saya pernah mendengar satu orang Melayu melaungkan ‘Ada Roket boleh pergi ke Bulan’ di kalangan penyokong PAS dan DAP pada masa hari penamaan calon. Kerjasama antara PAS, DAP dan PKR di Perak memanglah erat seperti yang disebut oleh V. Sivakumar dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19hb Disember 2009 yang lalu, ‘Dulu kita berpegang, sekarang kita berpeluk.’ Itulah kekuatan Pakatan Rakyat yang boleh digunakan untuk meraih kemenangan. Selain dari itu forum, roadshow dan ceramah umum harus dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk menyampaikan mesejnya kepada rakyat memandangkan bahawa BN telah menguasai media arus perdana.
Pakatan Rakyat hanya boleh memenangi Pilihanraya Negeri Perak sekiranya rakyat Perak diberi maklumat yang penuh dan benar mengenai tipu helah dan taktik kotor BN. Maklumat mengenai Dasar Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Common Policy Framework yang diluluskan oleh PKR, PAS dan DAP dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19hb Disember 2009 yang lalu mesti disampaikan kepada para pengundi kerana dasar inilah yang memberi roadmap kepada semua rakyat Malaysia bahawa hanya kerajaan Pakatan Rakyat sahaja yang mampu dan boleh membawa satu era baru untuk semua rakyat negara ini. Jangan terpedaya oleh BN. There is light at the end of the tunnel but with BN the light at the end of the tunnel is the light of the oncoming train. Harakahdaily/-

2 ulasan:
Kita lawan YB!!!
Ada yang kata wajib kena beri salam kepada orang kafir.
Datuk Nik Aziz berkata, bagi saya boleh beri salam kepada orang bukan Islam, kerana ia "khilaf" ulamak.
Saya masih ingat dengan kata Saidina Umar Al Khattab bahawa suatu masa nanti ulamak ikut hawa nafsu atau dengan kata lain guna hawa nafsu apabila membicarakan mengenai Islam.
Dahulu pun sudah berlaku sedemikian rupa. Pendek kata sekarang ianya berlaku lebih rancaak lagi.
Sudah boleh beri salam kepada orang kafir "laknatullah" dengan hujah wajib sedangkan ada hadis yang melarang dengan perkataan "laa" yang dinyatakan oleh rasulullah SAW dan "jangan".
Jangan adalah suatu yang dilarang kita melakukannya sepertimana Maksud hadis:
"Janganlah kamu sekalian memberi salam terlebih dahulu kepada Yahudi dan Narani. Apabila kamu sekalin bertemu dengan salah seorang dari mereka dijalan, maka desaklah ke tempat yang paling sempit (muslim).
Hadis ini jelas merupakan larangan Nabi untuk memberi salam kepada Yahudi dan Nasrani Tiba tiba yang kata boleh, malangnya ada pula yang kata wajib beri salam kepada musuh Allah.
Lainlah jika kafir itu sah ia adalah kafir zimmi yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW "sesiapa yang memusuhnya maka ia memusuhku"
Adakah kafir yang ada di malaysia ini ia kafir zimmi sepertimana salah seorang Yahudi yang tunjuk jalan kepada Rasulullah SAW ketika hijrah ke madinah atau seorang yahudi yang jual perigi kepada saidina Othman yang disebut oleh Rasulullah ia masuk syurga.
Yahudi Yang tunjuk jalan ke Madinah itu hanya seorang sahaja diatas muka bumi ini, Tetapi semua yang membuat perjannjian dengan Rasulullah SAW di Madina semua khianat.
Atas sebab itulah Rasulullah SAW memerintah Saidna Umar halau semua yahudi di Madinah dan Mekah sehingga ke har ini.
mungkin benarlah apa yang dinyatakan Rasulullah SAW dengan hadis yang bermaksud: "sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, ia dikira kaum tersebut".
Hari ini orang melayu sudah meyerupai kaum lain, termasuk cara berpakaian. Yang perempuan ada pakaian tetapi telanjang. makan minum. Ada orang Islam yang mengaku Islam tetapi minum arak, tidak solat, tidak puasa tidak zakat, makan makanan haram hasil dari rasuah dan riba.
Oleh itu mereka adalah serupa sahaja dengan orang kafir. Maka tidak hairanlah ada yang berkata wajib beri salam kepada orang kafir sedangkan rasulullah SAW kata jangan" Larangan adalah merupakan perintah jangan buat.Tapi kita buat juga.
Islam itu mudah. Mudah bagi orang beriman, tetapi payah bagi yang tidak beriman. Apa lagi yang tidak mahu bertakwa. Mudah punya hal sehingga sengaja tinggal solat yang dikatakan oleh Rasulullah SAW "sesiapa yang tidak solat dengan sengaja kafirlah dia". Ada yang kata Khilaf ulamak kah.
Catat Ulasan