13 Februari 2010

BILA DOROYAN DAH JADI TEMPOYOK

28 Safar 1431H
OLEH: JJ (http://www.joharapat.blogspot.com)

Berkatalah orang besar Kampung Senin , Parit yang juga ADUN Blanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan yang meminta Kementerian Dalam Negeri menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana mana individu yang mempersoalkan keputusan Mahkamah berhubung pengisytiharaan Menteri Besar Perak yang sah.

Berkata lagi Ketua Umno Bahagian Parit, yang satu ketika dahulu bercita cita hendak jadi Menteri Besar Perak selepas Ramli Ngah Talib, tetapi kempunan tak dapat, "sudah tiba masanya orang ramai terutama pemimpin sesebuah parti politik dikenakan tindakan tegas kerana mereka lantang menegur dan mengkritik keputusan mahkamah jika tidak berpihak kepada mereka". Lapor akhbar Sinar Harian hari ini

Amboi bukan garang orang Parit ni. Mike faham ke tujuan ISA. ISA itu untuk digunakan bagi mengancam keselamatan negara. Lagi pun ISA itu zalim sebab tahan orang tanpa bicara. Mike boleh cakap le sebab tak kena mike. Kalau kena baru tahu. jika mike kena ISa, duduk dua tahun dalam kem Kamunting ,ngokah dinding mike.

Teman pun heran tengok pemimpin pemimpin Umno ni, asyik asyik guna ISa. Teman ingat pemimpin pemimpin Umno ni setiap hari wiridnya ISA, ISA dan ISA. Itulah wirid deme ya yop Zaim. Kenapa pemimpin Umno ini suka sangat ISA? Sebab mereka tak kena deme atau jarang jarang kena, biasa pun tak kena. Kalau kena `batang hidung' baru tahu. Kalau yop Zaim jadi Menteri Dalam Negeri, alamatlah ramai yang kena tahan ISA.

Bila geng dia, Pegawai Khas Najib, Nasir Safar menghina orang Cina dan India sebagai pendatang, membangkitkan isu perkauman, tidak dengar pula pemimpin pemimpin Umno/BN minta Menteri Dalam Negeri gunakan ISA terhadap orang saperti Nasir Safar.

Bila kena geng dia, senyap membisu, termasuk Adun Belanja, yob Zaim. Bila kena orang lain, bukan main celupar mike ya, kenapa mike tak cadangkan kepada Hishamudin ambil tindakan terhadap Nasir Safar? Mengepe mike diam saje?. Sebabnya Nasir Safar itu `satu bulu' dengan mike, atau satu `kati' dengan mike.

Tak acilah macam tu, sepatutnya mike hentam Nasir safar, minta KDN ambil tindakan ke atas dia kenakan ISA. Tetapi teman tak dengo pun mike bercakap macam tu.

Bila mahkamah Pesekutuan buat keputusan, mike dan geng mike minta orang lain hormati undang undang dan mahkamah. Tetapi bila bos mike Najib and the geng rampasan kuasa dari Pakatan Rakyat setahun yang lalu, mike diam, tak cakap apa pun, sepatutnya mike kena nasihat orang Umno supaya kena patuh kepada suara rakyat dalam pilihanraya umum 2008 dulu. Inilah dia Umno, kena kat dia tak apa, kena kat orang, minta ambil tindakan.

Mike ingat, mike dan pemimpin pemimpin mike macam doroyan ke?, boleh lenyet lenyet orang, tapi mike kena ingat bila doroyan dah jadi tempoyak, orang lain akan lenyek mike dan Umno/BN.

Tunggulah pilihanraya umum ke 13 nanti, rakyat akan lenyet mike dan Umno/BN sebab ketika itu BN sudah jadi tempoyak.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebelum ambil tindakan kepada PR, ambil tindakan kepada pemimpin UMNO yang menimbulkan isu perkauman. sumbat masuk ISA.

PakNgahYob@AcikLee berkata...

Agok bangge bebeno mengkome ni nok ngunakan ISA tu yekk..sesikit je nok nguna ISA...sesikit ISA...tekedirnye nanti anok cucu cicit ketughunan mike masuk ISA juge, baghu mike tau langit tinggi ghendohnye Zaim. Usoh mike anggkuh jawatan politik mike tu, bukan boleh nongkat langit. Ape mike boleh dapat ke jadi MB atopun menteghi ke kalu mike belabun macam itu. Usoh le kome nok nunjuk hero zaim oii...dalam ghame-ghame kome oghang Melayu Exco tu...soghang pun tak boleh nok challenge mamak zambeghi.,..apa udoh tak ade ke yang layok oghang melayu peghok...sampe mamak juge kome lantik jadi MB...itupun hujoh teman pase mengkome heboh sesangat dengan ketuanan melayunye...mane pegi semangat Dato Maharaja Lelanye...hagham apoh pun tak mandang kome tu....mujo tingge telo aje...kume cabor mengkome dalam baghisan exco melayu tu dalam tahun ini juge mampu ngisi jawatan MB tu kalu bebeno kome anok jantan melayu oghiginal...kut idok usoh le kome labun kome je yang beno.....buat le koje kome metoikan peghok yang udoh tonggang langgang tengkeghap kome buat udoh nok setaun ni...lepah tu masa PRU 13 sesame beghentap caghe anok jantan ...banyokkan le wirid..istihgfar... tengoh2 ni zaim...umor mike pun udoh lanjut...udoh-udoh le kome nok memanehkan haba politik pengok ni.....ape lagi MB kome punye doh...

Tanpa Nama berkata...

Ngaper la kome marah2kan dak dak ameno ni... deme ni jgn katakan ISA..neraka JAHANAM pun deme buat dek jer..ate org bebey le katakan.. aseykan perut kenyang berak senang udah le..

Tanpa Nama berkata...

UMNO parti pekauman sempit, tak mendapat sokongan rakyat

Tanpa Nama berkata...

jangan berbincang dengan UMNO atau bekerjasama sebab UMNO musuh rakyat

Tanpa Nama berkata...

UMNO musuh rakyat dan pakatan rakyat kenapa nak bekerjasama???

Tanpa Nama berkata...

lawan tetap lawan, tumbangkan pemerintahan UMNO di Malaysia matlamat utama

Tanpa Nama berkata...

jangan lengahkan masa berbincang dengan UMNO, gunakan masa yang ada untuk menguatkan sokongan rakyat

Tanpa Nama berkata...

Pas perak kenalah bergerak lebih cergas dan berterusan lagi, jangan leka dengan mainan UMNO, musuh utama yang menyerang dalam diam

Tanpa Nama berkata...

UMNO bukan boleh dipercayai, DAP lebih komitmen dan boleh dipercayai

Tanpa Nama berkata...

Peristiwa memali dan rampasan kuasa diperak menunjukkan UMNO anti PAS

Tanpa Nama berkata...

sekiranya pakatan rakyat berundur akan menyebabkan rakyat berbelah bagi, jangan tertipu dengan helah UMNO musuh utama pakatan rakyat

Tanpa Nama berkata...

keputusan mahkamah memberi lebih banyak ruang, peluang, modal dan masa untuk pakatan rakyat bergerak lebih cergas menumbangkan BN/UMNO bukan setakat perak malahan malaysia

castello berkata...

kalau macam tu lah mudahnya undang undang ISA ni digunakan,cubalah bayangkan apa jadi pada negara keseluruhannya.Sebagai seorang manusia yang mendukong fitrah,kemerdekaan berfikir adalah yang memertabatkan darjat manusia itu,pemimpin yang nak gunakan ISA itu,samaada bersetuju,atau nak diguna pakai akta ini,cuba renungkan didalam hati yang jernih,jangan berfikir dengan penoh prasangka,Dunia sekarang ni,dunia telah maju,termasuklah cara berfikir,dimana kebanyakan dari kita telah kembali kepada fitrah kemerdekaan berfikir secara fakta dan logika.jika ada lagi pemimpin yang tak berupaya mendepani situasi ini, maka dengan sendirinya akan tertolak,Sewaktu masa dahulu dalam epik sejarah melayu,yang diceritakan orang sejak turun temurun,iaitu sejarah Hang Tuah,Hang Tuah digambarkan sebagai seorang hamba setia sultan yang sanggup berkorban apa saja termasuk nyawa demi taat setia pada sultan,apabila sultan menitahkan Hang Tuah untuk membunuh Hang Jebat,maka tanpa usul periksa,Hang Tuah melaksanakan tugas tersebut tanpa bertanya mengapa,yang dapat Hang Tuah fahami ketika itu cuma Hang Jebat menderhaka,Bila saja Hang Jebat mati di pangkuan Hang Tuah,maka barulah Hang Tuah terfikir dan berkata 'aku kah atau jebatkah yang benar,Dan HANG TUAH sebagai superhero melayu itu adalah ikon melayu yang dikatakan pantang melayu menderhaka,Selepas itu para analisis pun berkata pemikiran Hang Jebat jauh kehadapan dan melangkaui zaman,sebenarnya tidak,Apa yang membuat Hang Jebat menongkah arus ketika itu,samalah terjadi kepada kita, bertanyalah kepada hati nurani,sememangnya itulah keadaan yang dikatakan fitrah manusia yang paling asas,Akan ada pemberontakan didalam hati jika dizalimi dan melihat keadaan yang zalim.Maka Hang Jebat secara sederhana sahaja difahami konsep fitrah itu,dan sesuai dengan peranannya ketika itu,maka dia menggerakkan kekuatan sebagai derhaka terhadap apa yang diyakini nya sebagai zalim.zaman berganti zaman,yang berubah cuma wajah fizikal dunia sahaja,sedangkan nilai kemanusiaan tak pernah berubah.Jadi mengikut persepsi yang ada,Akta ISA ni mengenepikan soal asas fitrah manusia untuk membela diri.pemimpin yang suka pada akta ini,wajiblah muhasabah diri,renungkanlah banyak perkara yang telah berlaku sesuai dengan tuntutan zaman.

king berkata...

Pas kena turut sunnah Rasulullah saw memerangi golongan "umno" jahiliah Makkah jika ingin mencapai kejayaan seperti yg ditunjukkan oleh Rasulullah saw dgn menubuhkan daulah islamiah di Madinah.

Sekarang daulah Islam sudah berjaya ditubuhkan di kelantan.Usaha gigih perlu utk terus memperbaiki "daulah" ini dan jadikan Kelantan sebagai "Madinah" tempat bermulanya gerakan utk menyerang "Makkah" (pusat) yg kini masih dikuasai oleh golongan jahiliah.

Ada ketikanya Islam menang dan ada ketikanya Islam kalah....

Namun akhirnya sejarah membuktikan "Makkah" akhirnya berjaya ditakluki tanpa pertempuran dan pertumpahan darah kecuali satu kes shj yg melibatkan pasukan yg dipimpin oleh Khalid Al Walid...

Walaupun begitu jalan kearah kejayaan tersebut telah dibayar dgn darah, nyawa, penderitaan, pengorbanan dan fitnah yg bukan sedikit.

Tanpa Nama berkata...

kesian...........rakyat diperintah oleh ramai penjahat...

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni musim durian buang buah buruk....
Tengoklah Durian PKR ni dah mula buang buah buruk....

Bila buah-buah buruk ni dibuang.....
senang nak pilih buah jenis gred terbaik....

Gred triple A (AAA)

Mamak Pangkor berkata...

Dato...dato dah kutai..tak lame lagi hauf le..buat le benda baik..guna ne kuasa dan kedudukan untuk membina Islam membuat kebajikan...bukan nak menganiaya orang...Rumah kata pergi kubur kata mari...Ingat dato kami yang telah teraniayai tak akan maafkan dunia dan akhirat...Bila nyawa dihujung tanduk...Baru Dato...tahu langit tinggi rendah..