04 Februari 2010

Cina dan India dianggap pendatang, BN mesti di hukum.

Ibarat kata pepatah Melayu " buka pekung didada" itulah yang telah berlaku apabila sosok sebenar UMNO dan kuncu-kuncunya digambarkan oleh kenyataan berbaur perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri 1Malaysia ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka kelmarin menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Pegawai khas Najib, Nasir Safar telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang. Selain itu, Nasir juga mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Bangang, sombong, bodoh dan seumpamanya selayaknya diberikan kepada Nasir yang menggunakan lidahnya yang tidak bertulang untuk meluahkan isi hatinya yang lebih busuk dari najis itu.

Sebagai seorang Cina yang telah memeluk agama Isam dan saya jangkakan saya adalah generasi ke 4 atau 5 semenjak nenek moyang berhijrah ke Kelantan , sebenarnya terasa sakit hati yang amat sangat kepada Nasir yang berkata demikian, macam nak tempeleng saja mukanya kalau saya ada semasa dia berucap kelmarin.

Sedikitpun tidak boleh diterima apabila masih ada spesis UMNO yang masih tebal semangat perkaumannya sehingga menafikan hak rakyat dan warga negara yang berbilang kaum. Sepatutnya bila bercakap tentang 1Malaysia, Nasir mestilah menghuraikan tentang kerukunan hidup masyarakat berbilang kaum dan saling menghormati dan mengiktirat keberadaan mereka.

Mengungkit Cina dan India sebagai pendatang adalah ucapan yang menjawab dakwaan Pakatan Rakyat selama ini bahawa 1Malaysia adalah retorik dan pembohongan Najib.

Sepatutnya masyarakat Cina dan India yang hadir kelmarin terlebih dahulu menghadiahkan kepada Nasir kasut dan selipat dan balik saja dengan berkaki ayam sebagai tanda marah kepada ucapan yang sangat biadab itu.

Nasir sepatutnya disiasat dibawah akta hasutan yang boleh menimbulkan keresahan masyarakat yang berbilang kaum dan selayaknya disumbat saja dengan akta ISA yang sekian lama dipertahankan oleh BN.

Tidak cukup dengan meminta maaf dan meletakkan jawatan, Nasir mesti diberikan hukuman lebih berat dari itu sesuai dengan peruntukan undang-udang yang sedia ada.

Yang jelas hukuman dari rakyat berbilang kaum khususnya dari kalangan orang India dan Cina yang masih bertahan dalam parti MCA dan MIC sedang menanti UMNO dan BN. Disamping sokongan sebahagian besar mereka kepada Pakatan Rakyat yang tidak dapat dinafikan.

Oleh itu terima kasih. juga kepada Nasir yang sanggut menzahirkan sikap sebenar UMNO dan membantu supaya hayat UMNNO dan BN makin singkat dan dia akan dikuburkan dalam PRU Ke 13 pada masa akan datang.

Bagi negeri Perak saya mencabar Zambry Abd. Kadir untuk menyatakan pendiriannya yang sebenar apabila kenyataan Nasir yang juga terkenan kepada batang hidungnya sekali. Bersetujulah dengan Nasir atau buat-buatlah membantah demi untuki meraih undi kaun Cina dan India.

Apapun saya amat yakin UMNO dan BN semakin terpinggir dan tidak ada tempat lagi dalam kamus politik orang Cina dan India khususnya di Negeri Perak.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang betul la pa , india itu pendatang, cina itu pendatang, melayu itu pendatang, kita semua pendatang, tak lama nanti kita akan pergi menemui pemilik kerajaan kita yang benar... YA Raja Yang Memiliki Hari Kemudian.Aminn...

Tanpa Nama berkata...

Memang betul kita semua pendatang Melayu Cina India dll.tapi yang disebut ialah Cina dan India.Adakah Melayu tidak akan mati

Anak Bugis berkata...

Umno untuk semua.. 1 malaysia.. sebab keterlanjurana pegawai PM, nanti najib umumkan pulak Umno untuk semua kaum..sebab nak ambik hati pengundi India dan China..

Tanpa Nama berkata...

Selepas PR diserang bertubi2...akhirnya pukulan KO dihadiahkan oleh puak umno ke muka umno sendiri..

OOPPPPSSS...!!! I DID IT AGAIN..??

Tanpa Nama berkata...

nasir nasir kau cari pasal je. nasib baik mamak zambry abd kadiaq tak pelangkung hang. kan dia pun dari india mari.

kulaan berkata...

gunalah bahasa yg sedap didengar bkn pendatang tp mestautin...

the Milestone berkata...

http://showyourmiles.blogspot.com/2010/02/analisis-kes-fitnah-ii-anwar-ibrahim.html

Tanpa Nama berkata...

Rasanya fakta yg disebut tu betul Merka ni memang pendatang. Tapi tak cantiklah kalau disebut dikhalaya ramai.

voice of future berkata...

Jika dilihat secara intelektual, tanpa mempolitikkannya, sememangnya itu adalah hakikat dan fakta yg sebenar. Salahkan seseorang itu sekiranya beliau bercakap berdasarkan fakta sejarah? sekiranya takut untuk mendengar fakta ini, justeru, hapuskan sahaja segala fakta sejarah yg ada di negara Malaysia ini...

david ahmad muniandy berkata...

pendatangkah....ermmmm....macamana pun dalam bumi ini juga...

kita semua pendatang tak boleh pergi mana-mana sebab kita duduk dalam bumi yang segar satu keturunan dari nabi Adam kecuali kita makhluk asing datang dari bulan berpengkalan di dalam bumi dalam gunung Shasta Amerika Syarikat.

Tanpa Nama berkata...

sutah jatuh latok sutah tidak jadi menetli busat duduk diam2 sajalah

Tanpa Nama berkata...

Sebagai rakyat yang berbilang kaum pemimpin perlu faham hasrat dan kehendak rakyat tanpa rakyat tiada pemimpin begitu juga mereka yang berkuasa kerana rakyat telah memberi mandat untuk berkuasa, salahke rakyat untuk bersuara disamping untuk meraih tuntutan mereka. Mereka yang berkuasa sebelum buat sesuatu dapatkan pandangan rakyat dulu, jangan pakai hantam saja.........

Tanpa Nama berkata...

SALAM,

CUMA NAK TAHU, APA GELARAN/STATUS UNTUK ORANG CINA DAN INDIA (BUKAN ISLAM) YG ADA DI INDONESIA DAN THAILAND YE?

BUKAN APA, HANYA SEBAGAI BAHAN KAJIAN.

KENAPA DI THAILAND DAN INDONESIA, SEKOLAH CINA TIADA, KENAPA MALAYSIA ADA, SAJA NAK TAHU. KENAPA KITA TAK BUAT 1 JENIS SEKOLAH SAHAJA.

Tanpa Nama berkata...

mmg pendatang pon!

Tanpa Nama berkata...

maaf kerana lari dari tajuk..

sesiapa yang mempunyai facebook..sila login dan search nama ini

kami mencari joanne ann & lynette lincoln

terdapat unsur menghina ISLAM dalam video clip yang telah diupload..sama2 kita menilai..

wassalam

Tanpa Nama berkata...

kazamrilau nasir tak letak jawatan, najib kena pecat dialah kalau tak pecat nampak macam restu supaya nasir melepas kenyataan sebegitu.

dari teori nasir nampaknya nasir dah bodohkan dirinya... siapa PM ke-4, bukan sebangsa zambri!..pendatang?....

Tanpa Nama berkata...

bagi saya kenyataan nasir safar sudah menonjolkan sikap umno yang hipokrit. beliau telah menghina semua kaum dibumi malaysia.dan sepatutnya dibuang negara kerana mencetuskan kemarahan rakyat malaysia yang berbilang bangsa yang telah memainkan peranan penting dalam membangunkan negara. konsep i malaysia adalah satu penipuan najib unttuk bertahan diarena politik malaysia. dan kenyatan tersebut ada satu konspirasi politik najib untuk buka umno kepada semua bangsa. dengan cara ini,matlamat i malaysia tercapai dengan pesat.dgn itu perkataan umno diterbalikkan jadi ONMU iaitu one malaysia united.disini beliau bentuk pola politik baru bertujuan mengegarkan parti pakatan, memandangkan MCA dan MIC tidak mendapat sambutan. Tapi tindakan beliau adalah satu risiko politik kerna bangsa melayu tidak akan mempercayainya sekiranya perkara ini terjadi, ini adalah sikap dan mentaliti majoriti rakyat malaysia masih kolot dengan perkauman. ada rakyat hormat bangsa lain dan ada rakyat tidak hormat bangsa lain. tolenransi dan kompromi adalah kunci kepada masalah perkauman.yang ni belum tercapai kerana masing-masing masih belum menjiwai konsep tersebut dan buktinya boleh dilihat disekeliling kita. Sebenarnya PM tak peka dengan situasi skrang dan lambatlaun akan makan diri dan rakyat malaysia akan hancur disebabkan salah ambil dasar politik.

Tanpa Nama berkata...

sekarang zaman apa, apa itu malaysia, macam mana malaysia boleh wujud, kalau bukan melayu, cina, india, dan bangsa lain, adakah malaysia boleh mencapai kemerdekaan, oh, dah capai tahap yang stabil, tiba-tiba seorang cakap cina dan india adalah pendatang asing, bengong, pakai lah otak, apa itu sepatut, apa itu tidak sepatut, adakah dia berlayak menjadi pegawai khas, dengan berfikiran yang macam kanak-kanak, nonsence saja, akhirnya kena letak jawatan, padan muka la, kalau perkara ini masih berjadi, konsep 1 malaysia masih boleh ke mencapai, kalau boleh, sini bukan panggil malaysia, ingat, malaysia adalah milik rakyat malaysia, kita hidup dalam zaman moden, fikiran mestilah positif dan bertamadun, asyik buat rusuhan antara bangsa saja.....

Tanpa Nama berkata...

Kalau cina dan india pendatang, melayu memang ditumbuhkan kat tanah melayu ni ker?

Tidak...melayu pun pendatang juga, cuma diaorang datang awal sikit, iaitu dari satu tempat di dataran yunan.

Kalau sumer nya pendatang, apa yang nak disedihkan, dibanggakan?

Tanpa Nama berkata...

Ada juga bugis, jawa dan siam ngaku dia melayu lepas peluk islam. Ini bukan pendatang la.....

Tanpa Nama berkata...

Kalau ikut sejarah, melayu pun berasal dari cina, kaum asli datang dari afrika. Bangsa lain pun, bugis,portugis, jawa, baba nyonya pun bukan berasal dr tanah melayu. Apalah yg dibanggakan dengan nama melayu selain menjadi juara di pusat serenti, mat rempit, bohsia, bohjan dan buang anak. Neilah hasil didikan umno selama ini.

yes berkata...

Memang betul, ASALNYA mereka pendatang. Tetapi generasi yang ada sekarang ini di lahirkan di Malaysia, jadi mereka bukanlah pendatang. Yang bergelar pendatang masa kini kebanyakan nya adalah mereka yang datang bekerja dari Indonesia, India, Bangaladesh.
Suatu perkara lagi, kenapa menghena seseorang tentang keturunan nya dan warna kulitnya. Islam melarang kita berbuat demikian. Walau pun saya tak suka Zambery, tetapi rasanya tak patut membuat tanpa nama membuat komen begitu terhadap Zambry.

Tanpa Nama berkata...

Kepada saudara-saudara ku di atas, andai katalah kalau kita yang diperintah oleh Cina dan India dan mereka mengatakan kita pendatang (walaupun dah jadi warga negara) macamana perasaan kita? Kita tak terasa sebab negara ini kepunyaan kita.. saya rasa kita lebih hina dari bangsa kulit putih amerika kerana mereka pun kini tidak lagi cuba bermain api (terutamanya ahli politik)untuk membangkitkan racist atau neggar pada orang kulit hitam. Hina sungguh kita, walaupun kebanyakkan kita muslimmm.