04 Februari 2010

Datuk Nasir Keji Kaum Cina-India. Polis Terkedu

19 Safar 1431H
Oleh : Zabidie Abas

Pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang bermulut celupar telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila beliau melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM kepada bukan melayu.


Maka kita mengerti kini mengapa ekonomi negara menjunam begitu teruk. Ia disebabkan Perdana Menteri mempunyai pembantu beridealogikan negitif dan perkauman.

Bukan sahaja Nasir perlu dipecat, beliau sewajarnya ditahan sebagai tahanan ISA kerana memecah belahkan kaum. Adalah wajar kaum selain melayu menyaman beliau.

Mengenai ISA, pencatat yakin Kementerian Dalam Negeri akan berdiam diri. Mungkin si bacul dari Semberong itu akan mengambil tindakan.

Adakah Tan Sri Musa akan mengambil tindakan ? Ahh... KPN itu sudah dikenalpasti sebagai pembodek. Mana mampu Musa menangkap dan memenjarakan Nasir.

Isu ini memungkinkan Mahkamah Rayuan memangkan UMNO-BN dalam kes rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Malapetaka untuk UMNO-BN sudah pasti berlaku jika UMNO-BN kalah dalam kes tersebut.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mungkin strategi amno nak mengalihkan pandangan umum daripada isu perbicaraan ds anwar,

Tanpa Nama berkata...

heran...sapa yang PM ni...si NAsir ni ke si NAJIB?? hehehe heran la

Tanpa Nama berkata...

mungkin juga cuba mengulang skrip lama 1987.

setelah isu agama gagal maka cuba pula isu perkauman.

Tanpa Nama berkata...

Patik golongan marhaen ni raso tok jib tu tiko sembang dengan spe-sial as-setan dia ado dok cakap pasai bangsa india ngan cina kot. dalam dok borak tok jib cakap la cina ni mai kot laut cina selatan kapai sendiri, india mai kot selat melaka ikut kapai british. maka spe-sial as-setan dia keluo idea dalam ucapan tu. tanya tok jib la.

wahai orang islam , bangsa sesuatu bangsa jangan dihina oleh kita. tanggungjawab kita la nak memperbetulkan sikapnya. mereka adalah ciptaan ALLAH mereka juga mahkluk ALLAH,

indah bangsa berbilang bangsa,
indah kita satu malaysia,
jangan kita menghina bangsa
mereka juga manusia...

darah mereka dah sebati dengan tanah melayu, jadi mereka juga rakyat malaysia,
jadi kita adalah ...
satu malaysia...ye tok jib

kulaan berkata...

ada laporan polis dr mca?mic?gerakan?umno?

Tanpa Nama berkata...

Umno-Bn hanya boleh berlakon pada penyokong2nya yang totok sahaja tapi tidak pada MCA & MIC...selepas ini BN tak akan disokong lagi oleh cina dan india...ini lah ciri2 kejatuhan Umno pada PRU 13 nanti...sama2 kita nantikan saat itu.

Tanpa Nama berkata...

pehhhh..racist tul statement tu..! mana hishamuddin yg tk akan teragak-agak nk tangkap sape2 wat bende bodo cmtu...

Polis jgn harap ler..kn dh dpt naik gaji smlm..Duduk diam2 jer la..tunggu arahan..

Busuk...busuk... busuk sungguh politik umno!!