19 Safar 1431H
Kenyataan berbaur perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.
Menurut sumber, pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar (kanan, bertali leher) menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.
Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.
Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Feb.
Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.
Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.
Malaysiakini/-

1 ulasan:
Ini adalah seni mengubah perhatian orang ramai dari isu yang lebih besar... nanti bila orang ramai bercakap tentang isu remeh, isu besar yang sepatutnya diketengahkan akan disapu bawah karpet... Umno memang hebat dalam seni ini..
Catat Ulasan