IPOH : Penolakan Zanbry untuk melantik ADUN Pakatan Rakyat sebagai ahli mesyuarat dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah(JKTD) membuktikan beliau berada dalam ketakutan dan tidak sanggup berdepan dengan ADUN Pakatan Rakyat setiap kali mesyuarat sekiranya dijemput, demikian pkenyataan ringkas ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim dalam sidang media isu yang berkaitan di Pejabat Pakatan Rakyat Perak di sini pagi ini.
Beliau juga menjelaskan bahawa selayaknya ADUN Pakatan Rakyat dilantik dalam JKT kerana merekalah yang mewakili rakyat dan kami masih menerima aduan rakyat.
"Sebenarnya wakil Zambry dalan JKTD yang ada sekarang adalah tidak layak kerana dia tidak mewakili rakyat" katanya.
Menyentuh Isu sambutan Tahun Baru Cina, Drs. Khalil kesal dengan pembaziran yang dilakukan oleh Zambry dan mempertikaikan kewajaran sambutan diadakan sebanyak dua kali . Pertama di kediaman rasmi MB dan kedua di Cenderiang yang dihadiri oleh DYMM Sultan Perak.
"Sebagai Cina Islam saya mengesahkan sambutan Raya Cina tidak jadi masalah untuk orang Islam, cuma yang saya persoalan ialah pembaziran bila dibuat berulangkali" Jelasnya dengan nada kesal.
24 Februari 2010
Khalil : Zambry dalam ketakutan.
9 Rabiul Awwal 1431H.
ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim didampingi oleh DS. Nizar dan ADUN PR yang lain semasa memberi kenyataan medianya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Dia takut pecah tembelang tu
erm..tak nampak plak DS Nizar..or typo error?
nak bagi tau sikit je, si zambry black tu dah le tak de teloq, tambah pulak lagi bodoh macam teloq, nak jadi MB camana le awk wahai zambry pak hitam, memang layak le pun awak tu hanya mahkamah je yang melantik kamu jadi MB, bukan pilihan rakyat,
Catat Ulasan