24 Februari 2010

Rajin bersedekah diluaskan rezeki

9 Rabiul Awwal 1431H.

ASMA' menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma): "Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah sehingga menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu. Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Allah melarang kita daripada mempunyai sifat kedekut, suka mengumpulkan harta dan tidak menafkahkan harta berkenaan ke jalan Allah.

Orang yang bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan pada masa depan kerana Allah berjanji bahawa pintu rezeki hamba-Nya akan sentiasa diluaskan jika seseorang itu banyak bersedekah. BH/-


2 ulasan:

Al Mahadaya berkata...

Salama Alaya Kama (Sejahtera Keatas Kamu)
Kebenaran akan membongkar segala rahsia dunia. Ianya akan membezakan yg hak dan bathil. Kebenaran tertegak mengikut apa yg di kehendaki tuhan dan tidak menurut kehendak manusia. Hamba membicarakan kebenaran http://alya-diyanah.blogspot.com

YANG IKHLAS BERJUANG berkata...

SALAM YB...... TERIMA KASIH ATAS SEGALA RNUNGAN & PERINGATAN YAG TELAH, SEDANG & AKAN DIBERIKAN.. SAYA MOHON AMPUN KERANA SEBELUM2 INI TELAH COPY PASTE BEBERAPA RENUNGAN DRPD BLOG YB INI UNTUK DIKONGSI BERSAMA DENGAN JEMAAH2 YANG LAIN.. MOHON KEBENARAN JGK LAGI AGAR SAYA UNTUK MENERUSKAN PERBUATAN TERSEBUT UNTUK DIKONGSI RENUNGAN2 TERSEBUT DENGAN RAKAN2 YANG LAIN... INSYAALLAH