14 Februari 2010

Lim: Tindakan Zahrain atas kepentingan peribadi

Perletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim disebabkan "kepentingan peribadinya" dalam sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri ditolak, kata ketua menteri Pulau Pinang.

"Pengunduran Zahrain jelas ekoran kepentingan peribadinya, yang diakui sendiri tidak gembira dengan penolakan saya terhadap permintaannya dalam Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP)," kata Lim Guan Eng.

Zahrain menamatkan teka-teki kedudukannya dalam PKR dengan meletakkan semua jawatan dalam parti ekoran tidak puas hati dengan pendadbiran kerajaan negeri oleh Lim dan hilang kepercayaan terhadap parti.

Beliau dilaporkan berkata, dakwaan cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis yang diberikannya kepada Lim baru-baru ini dibuktikan dengan "usaha pengyingkirannya sebagai pengerusi IGP".

Dalam satu kenyatannnya hari ini, Lim berkata, beliau pernah menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club (BGCC) pada Februari tahun lalu.

"Malah, lembaga pengarah PDC bersetuju degan cadangan saya supaya tender terbuka dijalankan," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Lim juga berkata, tidak benar sama sekali Zahrain disingkirkan daripada IGP seperti yang diulang dakwanya semalam.

"PDC memaklumkan saya tiada surat dihantar sama ada daripada PDC atau IGP atau mana-mana pengarah IGP, termasuk Zahrain berhubung sebarang perubahan," katanya.

Justeru, Lim mempersoalkan kredibilit Zahrain yang terus menerajui GLC tersebut memandangkan pelantikan pada 9 Julai 2008 sebelum ini dibuat berdasarkan kapasitinya sebagai ahli parlimen PKR.

"Jika beliau boleh berhenti daripada PKR, kenapa beliau tidak melakukan perkara yang terhormat dengan turut berhenti daripada IGP?" soal Lim lagi. Malaysiakini/-

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biar le dia berambus atau lebih baik dia mampus dari berada di dalam PR, manusia macam tu lebih mampus, gila kuasa, penting diri sendiri, tak guna, semoga dia mampus

Tanpa Nama berkata...

Orang macam nie dari awal dah niat tak betul. Dari awal niat nak kembungkan tembolok sendiri. Kalau ikhlas, berjuanglah sehingga hujung nyawa.

Tanpa Nama berkata...

haha pandangan saya pun sama..memg bersifat peribadi..sbb die saja ngn beberapa orng PKR PEnang yang lain..KM PP 1 tu tak cerita apa pun.. ADUN PAS kat Penang pun tak kata apa..sah Zahrain ni syok sendiri..Muhyidin dah redy nak ambil dia jadi orang UMNO.. hahha kan kat Dewan Rakyat BN tak cukup majoriti ikut perlembagaan

cicitHJHASSANu berkata...

salam yb..

amaljariah penubuhan pusat tarbiyah alhidayah,moga ada manfaat bersama insyallah.

akulajuki berkata...

Manusia kalau asalnya dari uMNO akan kekal menjadi uMNO kerana perangai dan nafsu uMNO tu dah berdarah daging dalam tubuh badan mereka. Ada yang ok gak sebab cuba untuk berubah tetapi ramai dah yang dah balik ke uMNO pun. Yang ni hanya tunggu masa jer, baru-baru ni malu-malu alah lah lagi.

Intai-intai berkata...

Nak berhenti IGP tu kurang le duit dia...Keluar PKR tak jejas income dia...lainlah letak jawatan MP...Dato ni otak dia duit2...tak de langsung nak fikir macam mana nak bagi duit pada orang Cina, India,Melayu yang miskin...Dia cuma pandai nak bagi duit kat diri sendiri je...Tahniah Dato...Dato ni macam melukut di tepi gantang je bagi kami...Takbir.