14 Februari 2010

Makan Besar Tahun Baru Cina..

Makan Besar bersama keluarga di Kuala Lipis. Walaupun tanpa hidangan Yee Sang, namun ianya punya keistemewaan tersendiri sehingga anak ke tiga, Khairul Aiman Lim mengatakan "puas hati". Semuga keluarga kami mendapat redha dan rahmat Allah sempena kedatangan Tahun Baru Cina pada tahun ini.


30 Safar 1431.

Perjalanan yang memenatkan dari Kuala Lumpur Ke Kelantan melalui Jalan Gua Musang. Sebelumnya perjalanan lancar dari Parit Buntar ke Kuala Lumpur untuk menjemput anak pertama, Khairul Azri Lim.

Bayangkan di Lubuhraya Karak kereta bergerak perlahan dari 20 km sejam sehingga 80 km sahaja. Kerana itu kami keletihan dan mampu untuk sampai di Bandar Kula Lipis sahaja. Sekitar jam 8.00 malam kami sampai di sini

Disinilah kami terpaksa bermalam sebelum melanjutkan perjalanan balik ke Kelantan pada hari. Dan disinilah kami sekeluarga meneruskan tradisi malam raya Cina dengan "Makan Besar".

17 ulasan:

Puan Ainon Mohd. berkata...

Asalamualaikum, YB.

Selamat menyambut tahun baru Cina kepada YB sekeluarga. Semoga Allah memberkati semua yang YB usahakan demi kemajuan ummah dan menegakkan keadilan di bumi tercinta ini. Amin....

Mohd Naim B. Hj Osman berkata...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA buat YB Khalil sekeluarga..dr kami sekeluarga di ipoh..

Tanpa Nama berkata...

Awat Kak Noi dgn aiman nmpk mcm tak seronok?

Perindu Malam... berkata...

selamat tahun baru Drs...

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Letihlah tu, perjalanan jauh. Tapi nmpk YB Khalil senyum jer...

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan YB dan menjayakan semua tanggungjawab yg YB pikul dunia akhirat, insya'Allah,
ameen, ya rabbal alamin.

Tanpa Nama berkata...

Alahai YB.. lalu lipis rupanya. kalau tidak boleh singgah rumah saya.

man aina13 berkata...

YB,Salam untuk Tuan Guru Nik Aziz

raflessia07 berkata...

eppy CNY

Hijau_permai berkata...

xin nian kua le YB sekeluarga :)

Tanpa Nama berkata...

xin nian kuai le kpd YB sekeluarga.

Muzika Akustika berkata...

Mengapa tidak pintas ikut jalan Cameron Highlands - Gua Musang untuk ke Kelantan? Apa pun selamat menyambut Tahun Baru Cina YB sekeluarga.

Tanpa Nama berkata...

YB....memula ni...zamblackberi akan but sambutan CNY...lepas ni Depavali plak..kemudian krismas, pasto goodfriday, pastu keamatan..aduuuuuu... 1 zamri 1 malaysia pening kepala

Tanpa Nama berkata...

selamat tahun baru Cina, takbir

Tanpa Nama berkata...

slmt thn baru yb,,,

Tanpa Nama berkata...

Saya juga mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA pada YB dan keluarga.

Yang hairan nya pada suatu masa dulu heboh di katakan jangan mengucapakan selamat pada rakan rakan di Malaysia bila mereka menyambut perayaan mereka.

Saya rasa masyarakat Melayu ni selalu confuse lah ustaz, dan apabila orang atas sebut sesuatu ramai yang lain terus mengajuk sama.

Bagaimana pun saya berdoa agar ustaz terus berjaya di dunia dan akhirat.

Tanpa Nama berkata...

"Mengapa tidak pintas ikut jalan Cameron Highlands - Gua Musang untuk ke Kelantan? Apa pun selamat menyambut Tahun Baru Cina YB sekeluarga."

Abang Muzika Akustika - YB pi ambik anak dia kat KL so dia tak boleh lah nak ikut Simpang Pulai.

nur aisya humaira berkata...

Assalam YB..
Selamat Tahun Baru Cina..:)