01 Mac 2010

Mohd Fairus keluar PKR, sertai Umno

KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun menyepi daripada arena politik, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin, malam ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Umno.

“Atas dasar mempertahankan pegangan serta perjuangan agama, bangsa dan negara, saya mengumumkan penyertaan dalam Umno dan keluar PKR kerana hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang tidak konsisten dalam mempertahankan Islam,” katanya.

Beliau mengumumkan demikian pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri di sini.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada majlis itu berkata, sebagai Presiden Umno, beliau menerima Fairus dengan senang hati kerana tahu bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang itu mengambil keputusan atas dasar prinsip dan dasar, bukan kerana jawatan atau ganjaran.

Perdana Menteri berkata, beliau percaya Fairus sudah hilang kepercayaan kepada PKR yang gagal mempertahankan prinsip asas, iaitu memperjuangkan dan menaikkan martabat serta kesucian agama Islam.

“Saya percaya Fairus mempunyai keyakinan yang besar kepada perjuangan Umno dalam membela agama, bangsa dan negara.

“Malah, penyertaan Fairus adalah sesuatu yang bersejarah kerana beliau pemimpin kanan PKR yang pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri,” katanya. BH/-

12 ulasan:

Kapten Zero berkata...

Mereka yang kurang dan lemah IMAN akan kecundang dgn pelbagai dugaan dan cabaran, melainkan mereka yang berjuang atas dasar ISLAM sebagai jihad akan kekal terus maju kehadapan; Walaupun miskin Kami di kelantan tetap dgn perjuangan islam tidak pernah luntur menyerah kalah. Semangat 46 pada tahun2 90an bersama Ku Li dan gerombolannya tersungkur dgn pujuk rayu dan tekanan dan desakan UMNO dan BN. Rais yatim terpaksa bina jambatan lain yang dibakarnya.

abah_ecah berkata...

hari itu si Fairus ni dtg ke Yaman bagi ceramah umum.memang abih UMNO kena kutuk..hm,,teringat pepatah MELAYU "ludah sendiri jilat balik"

Tanpa Nama berkata...

Malaysia memang banyak katak.

Tanpa Nama berkata...

segak berpakaian melayu.dgn bangga dan megahnya menyatakan pendirian bahawa UMNO lah parti yg mempertahan kan ISLAM.cippporah fairus.sekali aku bagi Tomoi Siam sekali dgn SIlat gayong kau tersungkur menyembah kaki najib minta tukar parti semula.klu kau seorang pejuang hak rakyat,kau xakan belot.kau memang belot BEDEBAH.tngok berita pagi td geram jgak.klu aku ada kat situ dah lama aku terbang hinggap atas kepala dia.tp apakan daya aku xda kuasa UL-Tramen Taro.selama ni ckp2 si fairuz ni semata2 nak tipu rakyat yg undi dia tempoh hari.ini ke jenis org yg nak ptahan kan maruah islam.suka menipu.cipppporah

abdullahngah berkata...

Sama ada puncuk kepimpinan parti keadilan rakyat (PKR) sedar atau tidak, tetapi kemasukan Fairus semula kedalam UMNO jelas ada banyak yang tidak kena.

Kalau zaman Rasulullah SAW dahulu diadakan pusat tarbiyyah untuk mendidik sahabat dalam memperjunagkan Islam.

Sangat tidak kena PKR tidak mengadakan sekolah untuk memdidik YB, YB dan ahlinya dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan parti.

Setakat hari ini bukan tiada sekolah pun untuk mendidik YB YB dan hali PKR, malahan tiada banyak cawangan. Apatah lagi peti undi.

Kalau di Terengganu tiada sebuah pun cawangan diujudkan. Kalau cawangan tidak mampu diwujudkan bagaimana hendak wujudkan peti undi.

Kepimpinan PKR Macam Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan tidak tahu perangai YB YB dan halinya.

Mereka kebanyakannya berasal dari ahli UMNO yang pernah gila kuasa, yang pernah gila pangkat, yang pernah mata duitan.

Ramai yang terbeban dengan hutang bank dan tidak kurang juga yang kaki perempuan kaki arak kaki judi kaki rasuah kaki riba.

Mereka ini mesti di masukkan dalam sebuah sekolah sepertimana yang pernah Rasulullah SAW wujudkan.

Kalau tidak mampu berbuat demikian, tidak mustahil ramai lagi YB YB dan ahli pkr akan menyertai UMNO dengan alasan tidak yakin dan percaya dengan PKR.

Macam mana boleh yakin dan percaya dengan PKR sedangkan perangai mereka masih dengan perangai lama.

Bukan setakat itu sahaja malahan kebanyakan orang PKR akidahnya belum benar benar bersih,

Setakat hari ini Zulkifli Noordin seorang sahaja yang nampak bersih dengan akidah sehingga ada pihak sarankan sesuai duduk dalam PAS.

Maaf kerana sebutan sekolah akan membuat orang PKR marah, kerana kebanyakan mereka dah lulus universiti.

Kalau hendak wujudkan sebuah sekolah pendidikan untuk mendidik orang PKR tidak mampu macam mana hendak wujudkan sebuah universiiti yang pasti memerlukan kos ratusan juta ringgit.

Awaslah wahai datuk Seri Anwar Ibrahim yang punya citarasa untuk memerintah malaysia dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

pkr nak kerusi byk tp calon tiada. kebanyakan mempunyai rekod akhlak yg teruk. org undi bukan kerana org kenal dia tp kerana kesungguhan jentra yg bertungkus lumus bekerja

Edyes berkata...

kalau keluar cara macam nie, alasan apa pun dia cakap, saya terima dengan hati terbuka...

tahniah fairuz

CINABENG berkata...

kepada yb fairuz kit jumpa dipru13
ITU JAM BARU LU TAU LU TARA HARGA LANGSUNG
KATAK PUN LAKU BOLEH BUAT SUP
LU SUDAH KENA MAIN LA KAWAN
WA KESIAN SAMA LU PUNYA NASIB

fasa berkata...

YB2 tu masih fikrah dan bertunjangkan UMNO.Sokong masuk pusat tarbiah PAS dulu

fasa berkata...

YB-YB PKR kena masuk tarbiah PAS

jawa tanjung berkata...

DULU MINTA PKR SETTELKAN HUTANG 2 BIJI KERETA MEWAHNYA DAN BAYAR DIA 15,000 SEBULAN SAMPAI BILA2 YG DIA MAHU!
INI MANUSIA JENIS APE? BELAJAR TINGGI TAPI AKAL TUNDUK PADA NAFSU...
SEMALAM KELUAR PKR ALASAN HANG TAK SETUJU PASAL ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH...
JANGAN TIPU RAKYAT LA...BERAPA JUTA HANG JUAL MARUAH DIRI KAT UMNO?
HANG MEMANG KEBULOK DUIT...
KITA JUMPA DIPRU-13,MAHKAMAH RAKYAT MENANTI ANDA...

Tanpa Nama berkata...

masyaallah..rosak org islam yg kita..nape la xde pegangan diri kukuh