03 Februari 2010

Permohonan Anwar Tangguh Perbicaraan Petang Ini

18 Safar 1431H.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan ke pukul 2 petang ini untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata penangguhan itu diperlukan kerana mereka perlu memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas yang menolak permohonan Anwar untuk diberikan akses kepada dokumen daripada pihak pendakwaan untuk tujuan pembelaannya

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata jika tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan itu, Mahkamah Tinggi akan meneruskan prosiding bagi mendengar permohonan penangguhan perbicaraan.

Asalnya, mahkamah menetapkan perbicaraan didengar hari ini tetapi perlu mendengar terlebih dahulu permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan itu.

Sama ada perbicaraan yang ditunggu-tunggu dan telah berulangkali ditangguhkan itu akan berlangsung bergantung kepada Hakim Mohamad Zabidin yang kini perlu mendengar permohonan penangguhan itu.

Anwar, 63, tiba di mahkamah pada pukul 9 pagi ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau didakwa mengikut seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 penjara dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah dipenuhi oleh petugas media tempatan dan luar negara, anggota keluarga Anwar dan para penyokong serta orang ramai.

Turut hadir ialah bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim, bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng. Peguam Zamri Idrus menjadi peguam pemerhati bagi pihak Saiful.

Petugas media yang menunggu di luar mahkamah sejak pukul 7.30 pagi hanya dibenarkan masuk satu jam kemudian.

Anwar menghujahkan perbicaraan mesti ditangguh sementara menunggu rayuannya kepada Mahkamah Rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi menolak untuk membatalkan tuduhan liwat terhadap beliau.

Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh untuk tujuan itu.

Perbicaraan tuduhan liwat itu pada asalnya ditetapkan pada 25 Januari lepas tetapi ditangguh kepada hari ini sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap permohonan Anwar agar diberi akses kepada dokumen daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaan beliau.

Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas menolak permohonan Anwar itu - BERNAMA

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah manusia.. jika benar dato xbuat apa perlu takut.. jalankan sahaja perbicaraan tak payah nak mintak tangguh lagi.. ni nak minta tangguh sampai pilihanraya 13 ker?? benarkah dato seorang peliwat?? hanya Dato seri Wan Azizah yang mengetahuinya..

Tanpa Nama berkata...

aku nak tanye kat PARA HAKIM yg menjalankan PROSIDING KES DSAI NI...ANDA BERUGAMA ISLAM KAN DAN DIAMANAHKAN UNTUK BERLAKU ADIL SOALAN AKU: ANDA PARA HAKIM NI BERIMAN KEPADA ALLAH S.W.T ATAU PUN PADA PORK NAJIB...?ANDA FIKIR LE SENDIRI...INGAT REZEKI ITU DATANG NYE DARI ALLAH S.W.T BUKAN PORK NAJIB ATAU UMNO/BN..

Anwar Jr berkata...

ya, saudara anwar, jika saudara tidak bersalah jgn la takut....

ingat motto saudara

:"LAWAN TETAP LAWAN":

Pinjam stail aduka taruna: Kalau lu buat (liwat) memang lu takut la"

Tanpa Nama berkata...

Faham x seba apa tangguh..sebab peguam negara tak bagi fail bahan bukti untuk rujukan peguam anwar...kalu x lama dah bicara ni berjalan...benda tu wajib bagi....apara

Tanpa Nama berkata...

kalu takut dah tentu lari pi zimbabwe la...

bole caya ke mahkamah ni....

Tanpa Nama berkata...

didunia ini manusia boleh bebas buat apa saja tapi ingat di mahsyar esok semua maklok akan mellutut depan allah....
sabarlah dato.....

Tanpa Nama berkata...

bicara tetap perlu dibicara. Tapi kasi lah dokumen laporan doktor. Bukan yg ori pun cuma salinan jer. photostat 10 sen jer. sebab pertuduhan jenayah koman-koman perlu ada ulasan GP/doktor,,,,

berani berubah

Tanpa Nama berkata...

puak2 ubn tu memang pintu hati mereka di tutup oleh SWT sbb terlalu kotor kerana Hidayah Allah x leh p kat benda2 kotor, sbb tu puak2 ubn x nampak jalan keluar Allah dah jadikan mereka tu yg burok2 nampak baik dan yg baik2 tu nampak burok sebabnya dunia dah hampir ke penghujungnya hanya tunggu kedatangan Al Mahdi dan Isa Alaihisallam utk mentadbir dunia ini dgn adil dan bijaksana, pengampu2 dan rasuah2 tak main da!!

yes berkata...

Pada saudara yanh tak tahu hujung pangkal, tak payah lah komen. Nampak sungguh bodohnya. Tak kan lah peguam Anuar minta tangguh jika tiada sebab.

Tanpa Nama berkata...

sudahla itu rayat sudah matang, nanti rayat marah kpda BN

Tanpa Nama berkata...

wajib??? hehehe.. blaja kat skolah mana ni?

shah berkata...

setakat dok rujuk kat utusan meloya tu memang tak berkembang otak..makin bodoh adala..mcm katak bwh mangkuk jamban...bukalah fikiran anda...cari rujukan yang boleh dipercayai

Tanpa Nama berkata...

kepada tanpa bernama 2/02/2010 4:55am

apa la bodoh sangat hang ni..bahan bukti kan penting dalm perbicaraan.mesti la perlu untuk dilihat laporan nye. peguam nk jadikan nye sebagai rujukan kes bukan nye sesaja nak minta tangguh.

Tanpa Nama berkata...

org ubn mana takut dgn neraka..
tahu benda tu FITNAH tapi ttp besekonkol.
oleh tu..Xperlulah solat, puasa, zakat, haji dll
sbb dosa memfitnah lebihbesar dari membunuh.

Allah Xampunkan org YG TUDUH n YG BERSEKONGKOL selagi ia Xminta maaf ketika didunia ni pd yg dia tuduh@jatuh maruah/air muka.. manok agam

Tanpa Nama berkata...

KALAH TIDAK SEMESTINYA SALAH. MENANG TIDAK SEMESTINYA BENAR... DUNIA HARI INI DUITLAH YANG BERKUASA... DUIT BOLEH BUAT YANG TAK BENAR TU JADI BENAR. YANG BENAR TU JADI TAK BENAR...