4 Rabiul Awwal 1431H
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang memancing pada petang Ahad lalu di Pantai Rusila, Marang bersama dua orang anaknya apabila beliau mendengar jeritan meminta tolong.
Lantas, beliau bersama anaknya berusia 20-an itu, terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang lelaki yang nyaris lemas ketika mandi di pantai berkenaan.
Ini diceritakan oleh Herman Shamsudeen, timbalan ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, yang juga menulis mengenai perlakuan 'hero' Hadi di blognya.
Selain sedikit butiran umum mengenai kejadian tersebut, Herman turut memuatkan dua keping gambar yang dirakam oleh seorang individu pada masa itu.
"Saya dapat gambar ini melalui seseorang melalui Facebook. Itu memang gambar (Hadi), susah sikit untuk dikenali sebab dia tidak memakai serban," kata Herman ketika dihubungi.
Salah sebuah foto berkenaan (kiri) menunjukkan Hadi - berbaju kemeja-T, berkain pelikat sambil duduk berlunjur di atas pasir pantai.
Di sebelah Hadi itu pula duduk seorang lagi lelaki yang dikatakan sebagai mangsa kejadian tersebut.
Herman bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menghantar gambar berkenaan kepadanya.
Menurut Herman lagi, Hadi, 63, ternyata masih gagah dan mampu bertindak pantas semasa menyelamatkan mangsa tersebut.
"Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya.
"Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa," kata Herman dalam tulisannya.
Dalam catatan tambahan dalam tulisan tersebut, beliau juga memohon maaf kerana menyiarkan dua keping foto tersebut.
"Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia.
"Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau," katanya.
Harakahdaily.net/-

9 ulasan:
klu puak2 BN habis tv dia paggil.tunjuk dlm tv.xcukup tv malaya.tv bangla dia jemput skali.mcm yg tbaru baru2 ni. FIRST LADY ngan kejujurannya.jupe brg serah balik.pastu paggil wartawan cite blaka.nak ckp yg diri tu jujur sejujurnya la tu.tp ngan adik baradik sendiri dkat sri menanti tu cmana ekk
MOGA2 ALLAH MEMBERI RAHMAT, KESIHATAN SERTA MEMANJANGKAN UMUR DS TG ABD HADI MEMIMPIN PERJUANGAN ISLAM DI MALAYSIA... AMEEN!
kalau nak selamat UMNO dengan presiden pas tenggelam dalam lubang tahi seperti Us fadzil Noor sebut
Salam YB,
BRAVO..BRAVO and BRAVO again !! Syabas TGHA..!
Dlm bab ni teman benor2 surrender dgn TG. Teman tak tau mana nak teman letakkan muka teman ni sebab teman sendiri tak yakin yg teman dpt lakukan sepertimana yg TG dah buktikan. Kate puak-puak teman, HERO BEBENOR TGHA NI! Seingat teman le, tak pernah teman dengor ada pemimpin tertinggi masyarakat dlm negara ni yg seHERO ni.
Tak terlebih rasanya jika TGHA d anugerahkan Pingat Gagah Berani! 63 taun, udah tua dah tu,tapi,lebih gagah dr teman yg berumur 40 taun ni.
Selama ari ni, d masa kita suma bercelaru ngan macam2 perangai pemimpin2 politik, ari ni sya dah ada keyakinan pemimpin mana yg terrer sekali. D antara DSNAJIB, DSAI, LKSIANG, SINGH IS KING, TGNA & TGHA, dah d sahkan bahawa TGHA lah yg terhebat d pasaran.
Kpd TGHA, terima kasih yg tak terhingga kerana telah memberikan suatu yg tak ternilai harganya kpd teman sebagai pedoman & iktibar dlm meneruskan hidup ini. Segala-galanya atas kehendaknya jua. Semuga d berkati AllahSWT akan diri TG & keluarga.
** Khas utk TGHA, terimalah lagu dari saya yg d persembahkan olih Mariah Carey....HERO! **
p/s : d larang tgk videoclip lagu ni, dengar suara dah le!
Assalamualaikum.
Org cam TG yang seharus pemimpin nagara sanggup selamat nyawa org tak kira bangsa/fahaman politik tak suka bangga diri
Inilah contoh seorang peminpin berjiwa rakyat. Sanggup korban diri untuk semua.
pelik kan, pemimpin besar PAS, boleh berkain pelikat di tepi pantai, kemudian menyelamatkan orang yg hampir lemas...
rasa-rasanya, kalau takde kamera masa tu, mesti berita ini di katakan sbg khabar angin sahaja..
tp pelik,
beliau bersikap seperti bersahaja, bukan seperti pemimpin-pemimpin besar yg lain..
nak lalu pun kena pakai karpet merah..
mungkin, ini lah yg dikatakan ,
seorng yang betul-betul layak menjadi pemimpin...
kreteria seorang pemimpin bukan saja bijak tetapi mempunyai jiwa yang besar,Syabas Dato Seri presiden Pas,cuma pemimpin yang benara benar berjiwa besar yang boleh melakukan ini.
sape kate org umo 60 taun xkuat?xbleh lwn bdk umo 20an?sdgkn trjun laut selamatkn org pn mampu.
apa pn tahniah pada dato hadi jasamu dikenang
Catat Ulasan