10 Februari 2010

Terkini 12.36 pm : Selamat tinggal Istana Kehakiman

Itulah nama bangunan tempat keputusan menjatuhkan MB Rakyat Perak pada hari ini. Zambry dimenangkan dengan bergaya 5-0. Tahniah kepada para hakim yang semuanya mampu membuktikan bahawa rakyat masih ragu-ragu dengan keputusan itu.

Bayangkan keputusan semuanya tidak berpihak kepada Zambry bukannya memalukan Pakatan Rakyat dan Nizar, tapi yang jelas saya yakin keputusan ini telah memalukan dirinya sendiri dan Zambry sendiri.

Terjawablah sudah teka-teki kenapa kerajaan BN akan adakan mesyuarat Exconya di KL esok,rupanya keputusan lebih awal diketahui oleh mereka.

Apapun kuasa rakyat adalah kuasa keramat dan dia akan dikeramatkan dalam pilihanraya akan datang. Semoga PR akan terus bekerja kuat bagi mengambil kuasanya yang telah disahkan hilang di mahkamah hari ini.

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah tak lama, semua akan jadi sejarah, ketika itu cucu cicit pemimpin UMNO rasa malu jika datuk neneknya adalah bekas pemimpin UMNO kah kah kah.
Kah kah kah yang paling malu bila kes ini dikaji semula oleh cucu cicit mereka yang terlibat.... ketika itu nak ke kubur mereka pun cucu cicit mereka rasa malu ... kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

tunggu PRU 13...ramai budak2 baru nak mengundi kat PERAK untuk PR!!!!!!

aku dr amin berkata...

insya Allah kuasa rakyat kuasa keramat

Tanpa Nama berkata...

bukan takat ZAMBRY MALU,

Tanpa Nama berkata...

Tapi jika keputusan itu adalah sebaliknya...mahkamah adill dan saksama...

Tanpa Nama berkata...

kpd ds nizar...teruskn pejuang anda..
biarlah apa y terjd...apalah y nk dbndngkan sngt penderitaan didunia ni...dgn nikmat shari diakhirat nati...

Tanpa Nama berkata...

dah agak dah dari taun lepas lagi...takdek ape lagi yang tinggal kt malaya nih....
tahniah bapak2 hakim....

Tanpa Nama berkata...

Memang lah bagi Zambry Menang...kalau tak sapa nak cover BMW 760 yg berharga RM1.4M untuk Raja Nazrin. nanti bagi kat datuk sri nizar nak claim pun malu. ni dikatakan Rakyat Didahulukan, Poligami Diutamakan.
walau macamana pun Gua Respect ngan U datuk Sri NizaR.

Tanpa Nama berkata...

Mahkamah telah membuat keputusan. Keputusan yang memperkuatkan kuasa Raja. Raja berkuasa untuk melantik MB dan meminta mana2 MB meletak jawatan. Itulah makna keputusan ini.

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya pemahaman rakyat senantiasa dikeliru dan dicelarukan oleh para bijaksana undang-undang.Kenapa tidak diperjelaskan saja perlembagaa atau apaapa undang supaya rakyat tidak menjadi mangsa untuk diperbodohkan oleh bjksana undang2 maupun penguasa.Tunggu PRU13.

Tanpa Nama berkata...

hati2 jugak dgn SPR..mereka dah mula bekerja keras dari sekarang utk memenangkan BN...

Tanpa Nama berkata...

Janganlah cakap macam tu saudara ku yang budiman. Kita kena redha lah ketetapan Illahi. Dalam kita benar, kadang kadang Allah hendak menguji diri kita juga.

iswara berkata...

Salam YB.
Telah dijangkakan ianya tak berpihak pada kita.Kuasa Kerajaan Pusat mengatasi segalanya.Mandat rakyat dipermainkan/dihumbankan kelongkang.Patutnya istiharkan saja diadakan Prk disesuatu kawasan jika YB beralih arah.Di sinilah mandat yg rakyat berikan dihormati.Majoriti pilihan rakyat MESTI diambil kira bknnya Minoriti + sikatak lompat =majoriti ini diguna pakai.Kepercayaan rakyat dalam memilih kerajaan akan luntur jika APA yg berlaku sekarang terus diguna pakai.MESTI DIUBAH FORMULA SEKARANG supaya Seseorang Adun itu berfikir acapkali utk beralih haluan.Tidak mustahil perkara begini terus berlaku samada di Pusat & Negeri.Adakan Pilihanraya Kecil dalam menentukan samada Mandat itu diperolehi semula ataupun sebaliknya DEMI menghormati pilihan rakyat di dalam sesuatu pilihanraya.Inilah dinamakan Kerajaan Tahi Kucing.

hijabul crewz berkata...

salam ziarah...

memang ade hikmah disebalik semua kejadian ini... apa yang paling penting adalah meletakkan calon daripada PAS dlm PRU-13 jika tidak mahu kejadian hitam ini berulang...hanya calon daripada PAS yang compem tak akan jadi katak si katak lompat...

sekian, salam perjuangan !!!

MANSOR JUNUS berkata...

Keputusan mahkamah masih memihak kepada BN dan ini sememanglah sudah diramalkan. Tetapi pada masa yang sama, keputusan tersebut akan menambahkan lagi kebencian rakyat kepada mereka Saya tidak akan terkejut, sekiranya DSAI juga akan menerima nasib yang sama. lagi sekali... Pun bagitu, PR tidak perlu risau sangat. Saya tidak nampak kaum2 Cina dan India akan memberi undi kepada mereka lagi dalam PRU13. Peratus orang2 melayu yang masih bersama2 BN juga telah susut. Dengan Ku Li kini membuat berbagai2 kenyataan tentang UMNO dan Petronas, mereka juga tidur tak lena.

Tanpa Nama berkata...

apa lu melalut lagi ni..dah sembahyang hajat tapi kalah juga... terima sajalah... pemberian allah....nak lawan allah pulak ke...islam apa ni..

Tanpa Nama berkata...

JAGAN SEDIH PR SEMUA..MINGGU DEPAN PERAK BUBAR!!

Tanpa Nama berkata...

Aku doakan Hakim - hakim tersebut akan mendapat balasannya dunia dan akhirat jika mereka tahu yang mereka telah membuat keputusan yang tidak betul dan tidak adil. Dan aku tidak akan sesekali mengampunkan dosa mereka... Amin..

Tanpa Nama berkata...

kepada semua rakyat perak yang teraniaya dek keputusan mahkamah persekutuan ni..serulah wahai rakyat jelata negeri perak agar mendirikan solat hajat..agar mereka yang zalim tu akan dapat pembalasan spt yang lepas lepas..sejarah telah membuktikan bahawa semua yang zalim telah mendapat balasan setimpal diatas dunia yang fana ini lagi....itu belum lg di alam barzah....dan di akhirat...aminnnnn....

habib berkata...

"Tanpa Nama berkata...
apa lu melalut lagi ni..dah sembahyang hajat tapi kalah juga... terima sajalah... pemberian allah....nak lawan allah pulak ke...islam apa ni.."

Astaghfirullah...awak yang melalut sebenarnya...Ir Nizar sudah berusaha bersungguh2 kemudian bertawakkal..itu adalah ajaran Islam...apa zambry buat? nak solat hajat supaya jd MB perak palsu? hish2 malunye....SEBAB itu adalah kenyataan sebenar yg dia sendiri pun tidak dapat nafikan..

Tanpa Nama berkata...

aku asal org manjoi tapi dah lama kat kolumpo.tapi suku sakat masih ramai kat sana termasuk mak/bapak aku.
aku berjanji aku terus berkempen suku sakat aku ngundi pakatan tak kira apa parti aseikan pakatan.bila balik kampong aku akan derma kat markas yg terdekat untuk kempen,senaraikan dr sekarang,ramei nak derma ni,aku cadang YB listkan kat blog yb ni,supaya senang sikit

tapi kalu bole buatla risalah cantik2 color dan dalam pdf format,supaya bole di donwloadkan,aku sanggup photostst color byk2 untuk di edarkan pada semua kenalan yg termasuk tegin tu.

Tanpa Nama berkata...

salam to all..

harap kita terima keputusan ini.apa pun kita sama2 kita berdoa supaya pintu hati hakim akan dibuka oleh Allah..

Tanpa Nama berkata...

Jika Beginila keadaan Malaysia hari ini..,Tunggulah AZAB ALLAH nanti..,

Sabar Semua dan Bertenang,mungkin Allah mahu tunjukkan hikmahnya nanti disebalik kejadian ini.

Tanpa Nama berkata...

dato seri nizar...teruskan perjuangan...kembalikan hak kami wahai BN...RAKYAT NEGERI PERAK...TAKBIR!!!!!

mantap berkata...

2 istana yang menjatuhkan nizar .. Istana K iaitu Istana Kinta dan Istana Kehakiman

Tanpa Nama berkata...

Biar la zamry menang. kan dia kata nak buat sekolah agama setiap daerah di Perak. klu tak buat juga hingga ke PRU 13, INGAT!!! aku rakyat perak akan tuntut di Mahkamah RABBULJALIL. aku tak nak generasi ku buta islam hingga pasal sembahyang subuh pg jumaat ada sujud sejadah (jika imam baca surah sejadah) pun ada yg tak tahu mengatakan imam solat subuh 3 rakaat. ish ish kesian.kita kena bantu generasi seperti ini.ini ingatan buat Datuk Zamry,BN & umno jgn dok senang lenang je. ada rakyat perak yg mcm tu. bantu laaa

Tanpa Nama berkata...

Tahniah hakim 1, hakim 2, hakim 3, hakim 4, hakim 5 yang bagi 5 - 0 kat BN keatas PR..... Semoga ALLAH balas setimpal dengan keputusan yang arif sekalian kerana sesungguhnya ALLAH adalah HAKIM YANG MAHA ARIF dari yang arif. Tiada sifat daif padanya sebagai HAKIM kepada hakim yang mungkin rasa arif tapi daif

Tanpa Nama berkata...

bumi malaysia Umno punya ke

otai berkata...

zambry menang pengecut!!!

Tanpa Nama berkata...

walaupun mak bapak kami UMNO kami tak mau ikut UMNO lagi kerana kami berpelajaran dapat menilai kebenaran

Tanpa Nama berkata...

salam saudara seislam..

sebagai rakyat jati perak yang lahir, mencari rezeki dan mencintai negeri ini, cukup2lah anda semua bergaduh sesama sendiri...

cukup2lah menggunakan dan menempelak agama untuk politik... berilah kelapangan pada anak negeri peniaga bumiputera seperti kami ini untuk maju di sini... anda saling bergaduh, bangsa lain ambil kesempatan meraih ekonomi negeri ini...

jika anda seagama tak seirama dalam politik sekalipun, cukup2laH SALING BERMAKI CARUT... memalukan bangsa melayu sendiri...

moga Allah mensejahterakan kami..

Tanpa Nama berkata...

kepada yb adun 2 sekelian...
tak kira BN atau BA...

tumpulah pada perkhidmatan di kawasan masing2... buktikan kemampuan bakti pada rakyat... daripada terlalu fanatik dengan parti2 sendiri...

di perak ni, ekonomi perniagaan melayu makin merudum sejak anda2 bergaduh.. kalau tak dapat hentikan pertikaian politik sekalipun, bantulah rakyat negeri ini sejujurnya...

saya ikhlas

Tanpa Nama berkata...

tidak pernah kah mereka terfikir ap yg mereka lakukan di dunia nie??? tidak pernahkah mereka cube utk muhasabah diri mereka??? hakim??? pernahkah mereka fikir utk jangka masa yg panjang??? ap dah jadi dgn sistem kehakiman di negara kite?? di manakah keadilan??? di manakah hak kita sebagai insan yg bernama RAKYAT???