09 Februari 2010

UMNO peralatkan kakitangan Kerajaan

24 Safar 1431H
Email : mohd hafez sabri

IPOH, Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menyatakan bahawa Zambry dan UMNO BN semakin terdesak dalam menanti keputusan Mahkamah Persekutuan yang dijadualkan 9 Februari ini. Menurut beliau Zambry dilihat dalam keadaan gelisah dengan penghakiman yang akan dibuat oleh para hakim dalam menentukan siapa Menteri Besar yang sah di Perak. Perkara ini terbukti apabila mereka cuba mengaburkan rakyat dengan menganjurkan solat hajat yang pastinya bertujuan mempertahankan kuasa haramnya itu.

Beliau menjelaskan, PAS sejak dahulu lagi menggunakan pendekatan sedemikian bagi memohon pertolongan dari Allah SWT dalam berdepan dengan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN disamping melalui proses undang-undang dan politik.

Beliau mempersoalkan, mengapa Zambry dan UMNO/ BN mengheret pegawai dan kakitangan kerajaan bagi mempertahankan kerajaan haramnya itu. Perkara ini jelas menunjukkan UMNO memperkuda pegawai kerajaan untuk kepentingan politik mereka. Beliau menambah lagi, antara bukti yang jelas UMNO memperkudakan kakitangan kerajaan ialah melalui mesej yang dihantar oleh Dato' SUK yang mengarahkan pegawai kerajaan membawa pasangan masing-masing ke majlis solat hajat di kediaman MB malam tadi. Menurut beliau perkara ini menjelaskan lagi bahawa Dato' SUK diperkuda oleh UMNO BN. Jabatan Agama melalui penyelaras masjid seluruh daerah juga turut diperkuda oleh UMNO BN, mereka diminta mengarahkan Pengerusi dan beberapa Jawatankuasa Qaryah/Masjid hadir ke program solat hajat rakyat anjuran UMNO/ BN ini.

Menurut beliau lagi, perkara ini sangat berbeza dengan prinsip Pakatan Rakyat sewaktu setahun memerintah Perak sebelum ini. Kita melihat beberapa program solat hajat ummah sering diadakan bagi mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat akibat tekanan dan usaha jahat BN untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat.Bermula dengan solat hajat perdana di Stadium Ipoh dan beberapa solat hajat di kediaman Menteri
Besar.

Namun apa yang membezakan kerajaan Pakatan Rakyat dengan UMNO/BN, Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menggunakan jentera kerajaan untuk memanggil orang ramai menyertai program tersebut, Dato' SUK tidak pernah diarahkan untuk menjemput dan mengarahkan pegawai kerajaan menghadiri solat hajat, Jabatan Agama Perak juga tidak pernah diguna bagi menghebahkan program tersebut, Pakatan Rakyat berpendirian
untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat, Bagi Pakatan Rakyat jentera dan ahli partilah yang berperanan mempertankan kerajaan yang dipilih oleh rakyat bukan jentera kerajaan.

Sehubungan Itu beliau juga menjelaskan UMNO juga menggunakan kesempatan ini bagi membangkitkan sentimen perkauman, kononnya kerajaan sekarang wajib dipertahankan bagi mengelakkan Cina dan DAP menguasai kerajaan Perak. PAS didakwa oleh mereka hanya sebagai boneka DAP dan Cina semata-mata. Mereka merayu-rayu orang Melayu supaya
mempertahankan kerajaan BN sekarang yang dikuasai oleh Melayu dan Islam, jatuhnya kerajaan BN, akan hilanglah kerajaan Melayu di Perak.

Itulah jahatnya UMNO BN memainkan sentimen perkauman sempit mereka bagi menagih simpati rakyat. Kita harap rakyat tidak terpedaya dengan diayah jahat yang dimaiankan
oleh UMNO BN, jelas beliau.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang itulah cerita daripada orng UMNO...PAS dikudakan DAP...bagi saya tidak pun..memang suara DAP adalah lebih besar di DUN kerana jumlah ADUN mereka lebih ramai dari parti PR yang lain.Kita juga haru berasa gembira kerana Nizar mendapat kepercayaan darpada DAP untuk menjadi MB.Soal kuda-mengkuda tak wujud.Orng UMNO ni tidak faham musyawarah dan erti demoksrasi..itu lah..suruh bubar DUN tak nak. haha mcm kempen tak nak merokok yng gagal dan membazirkan duit rakyat.. wahahahah

Tinta Hitam berkata...

Biarkan Dr zambry dengan lakonannya.Mengapa dia mesti gelisah jika dia dipihak yang benar?

Pak Oncu berkata...

Salam YB,,, dah terlalu lama SEBAHAGIAN Pegawai dan Khadam kerajan yg menjadi diri mereka alat untuk UMNO/UBN.... dan mereka mereka itu lah yg di peralatkan dan juga yang menjadi BONEKA kepada pihak pihat tertentu untuk kepentingan perut dan poket masing masing,,,,,,,,,,,

Tanpa Nama berkata...

Tidak ada apa nak dihairankan. Itulah kerja org2 UMNO/BN sejak 50 tahun dulu.

dino berkata...

Allahuakbar.
Diharapkan supaya 5 hakim mahkamah persekutuan membuat keputusan berdasarkan undang-undang tubuh negeri Perak dan tidak perlu membuat andaian lain. Kita hanya mahu kembalikan kuasa kepada rakyat. Kalau UMNO Be End mendakwa dapat sokongan, ayuh kita bubarkan DUN.
Wallahuaklam.

Tanpa Nama berkata...

k/tangan kerajaan memang dah lama jadi kuda BN....jika ada jemputan wajib hadir....malah majlis UMNOK pun dia jemput sebab UMNGOK ni tak faham fungsi ....org kg memang jadi kuda diperbodohkan oleh UMNGOK.....