20 Februari 2010

Zulkifli 'larikan diri' dari lembaga disiplin

5 Rabiul Awwal 1431H.

Ahli parlimen PKR Zulkifli Noordin telah “melarikan diri” ke Korea Selatan bagi mengelakkan dirinya daripada bersemuka dengan jawatankuasa disiplin parti itu.

Timbalan presiden, PKR, Dr Syed Husin Ali (kiri) hari ini berkata Zulkifli seringkali memberi pelbagai alasan dan meletakkan kepentingan peribadinya mengatasi hal ehwal parti

"Zulkifli telah ke Korea Selatan atas urusan peribadi dan bukannya dihantar oleh parti. Parti tidak mengetahui tentang lawatannya itu. Dia tidak memberitahu lembaga disiplin berhubung lawatan itu. Dia juga tidak pernah mencadangkan tarikh lain bagi mendengar kesnya itu,” katanya.

Menurut Syed Husin, tindakan Zulklifi itu bukannya sesuatu yang mengejutkan. Dalam kes sebelum ini, dia juga pernah memberi alasan yang kononnya berada di luar Kuala Lumpur dengan tujuan untuk mengelakkan perjumpaan dengan jawatankuasa disiplin pada hari yang ditetapkan.

"Zulkifli telah memberi keutamaan terhadap program peribadinya di Korea Selatan daripada menghadiri perjumpaan dengan jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan dirinya. Dia sepatutnya mempertahankan dirinya dan tidak menyalahkan sesiapa,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Syed Husin lagi, ahli parlimen dari Kulim Bandar Baharu itu juga masih gagal menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh parti itu kepadanya pada 8 Feb lalu.Malaysiakini/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam, komen sikit, si zul kambing gurun tu memang kalau dengar dia punya cakap, dia le macam hero melayu islam pertama di dalam dunia ni, cakap berbelit macam india tamil naidu, tapi habok pun tarak, piiiiiiiirah MP macam tu, boleh belahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

Dia ikut taktik leader hangpalah, duk tunda tunda.

Tanpa Nama berkata...

Pendapat YB Zul dengan isu-isu semasa terutamanya yang melibatkan hal ehwal Islam banyak yang betul dan benar. Cuma ianya tidak sealiran dengan suara pemimpin-pemimpin PR. Bolehlah dikatakan yg YB Zul ni menjadi mangsa keadaan dan berada di platform yang salah.

Tanpa Nama berkata...

Salam.... Ego atau akuisme memang sudah membengkak dalam diri zul nordin, selepas ini akan dibangkitkan kenapa umno menarik balik petisyen di Kulim Bandar Baru, Kenapa selepas itu zul nordin...., bertindak tanpa rujuk syura`.

Tanpa Nama berkata...

SALAM...
SORI LE YB ZUL, LAMAN BLOG HANG YG SEBELUM NI AKU ADD KAT "FAVORITES/BOOKMARK" DLM LAPTOP, AKU DAH DELETE DAH.....