20 Februari 2010

Mat Sabu Di Bagan Datoh hari ini.

5 Rabiul Awwal 1431H.
http://misabah.blogspot.com

Setelah beberapa hari Mat Sabu berkampung di Perak menggempur beberapa kawasan, kini Menteri Pertahanan Malaysia, Zahid Hamidi akan digempur oleh Mat Sabu malam nanti di Bagan Datoh. Mat Sabu telah mulakan gerak gempurnya di Gerik beberapa malam sudah, diikuti di Beruas, malam tadi di Kemunting dan sekarang giliran Bagan Datoh pula.

Sudah tentu banyak isu-isu yang melibatkan Menteri Perhanan akan difokuskan oleh Mat Sabu, antaranya injin jet hilang, rahsia pertahanan negara yang bocor dan sebagainya. Mat Sabu yang terkenal dengan kelantangannya pasti akan mendedahkan satu persatu isu-isu tersebut.

Program Mat Sabu bermula dengan jamuan teh bersama rakyat di Pekan Bagan Datoh. Malamnya ceramah isu semasa di Kg. Simpang Empat, Rungkup. Turut menyampaikan ceramah YB Chan Le Kang, Adun Teja dari Parti Keadilan Rakyat. Harap seluruh rakyat Bagan Datoh tidak ketinggalan untuk mengikuti ceramah ini.


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dok sibuk pergi kampung org, kampung sendiri taknak pergi dan singgah pun..

Warga kilang berkata...

kita baru aja dengaq ceramah mat Sabu kat kg Pelet Pmtg Pauh minggu lepas

Tanpa Nama berkata...

Mat Sabu adalah tokoh hebat PAS yg tiada tolok bandingnya... ceramahnya memukau hadirin...

Bilalah agaknya Mat Sabu nak masuk Parlimen? Aku nak sangat tengok Mat Sabu masuk Parlimen sbg MP dan dapat belasah Bung Mokhtar, Brahim Katak dan MP Pasir Salak dengan pukulan KO...

Insyaallah suatu masa nanti 'buku akan bertemu dengan ruas...'

ong ong kedek kedek berkata...

bergegar laa ini macam...(republikn9.blogspot.com)

bujal berkata...

amno sakit ati,takleh tgk PR senang ckit..amno cucuk idung je...

Tanpa Nama berkata...

Ana sungguh kagum dgn istiqamah abg mat sabu..berjuang dlm pas sampai skrg..kesana-sini menerangkan pada rakyat dgn ceramahnya...bukannya mcm sesetengan blogers yg hanya tahu buat komen dlm blog dan kata mcm2 pada pemimpin tertinggi pas....

gabis bawah berkata...

ckp kat amno RTM tukar jer pada RTBN...sewa rumah gan owner rumah tak sama,ini penyewa mcm tuan rumah.,amno ni sanggup memekakkn telinga membutakn mata semata2 nk jaga perut,membujur lalu melintang patah,mana nak jaga agama.lantak ler rakyat nak jadi apa janji periuk nasi tak terjejas.

Tanpa Nama berkata...

mana FRU tak tau, pi la halang ceramah mat sabu tu... dia ganggu lalulintas jalanraya.