06 Mac 2010

Cadangan sistem baru subsidi minyak dibatalkan

19 Rabiulawal 1431H

Kerajaan hari ini membatalkan pelaksanaan penstrukturan subsidi minyak selepas mendengar pandangan pelbagai pihak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan itu kerajaan mewujudkan Makmal Rasionalisasi Subsidi bagi mengkaji mekanisme terbaik untuk penyaluran subsidi termasuk bahan petroleum, makanan dan infrastruktur.

Datuk Seri Ismail Sabri ketika mengumumkan perkara berkenaan, berkata dengan itu sistem subsidi petrol yang ada akan dikekalkan.

Katanya makmal perasionalan subsidi yang telah diwujudkan akan mengkaji semula semua bentuk subsidi di negara ini termasuk petrol dan bahan api.

Beliau berkata kerajaan memutuskan untuk membatalkan cadangan sistem pengurusan subsidi minyak selepas menimbangkan semua maklum balas daripada orang ramai.

"Walaupun tidak baik untuk ekonomi negara, tapi bila dengar pandangan dan kebimbangan dari rakyat, kerajaan prihatin dan mengutamakan rakyat.

"Kerajaan tidak mahu buat satu pelaksanaan yang tidak disokong oleh rakyat kerana kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Katanya, kerajaan akan menggunakan hasil kajian yang dijalankan oleh Makmal Perasionalan Subsidi itu sebagai asas untuk menentukan subsidi pada masa depan.

Sebelum ini, kerajaan merancang untuk memperkenalkan sistem harga berperingkat bagi petrol pada 1 Mei serentak dengan pemansuhan pemberian subsidi petrol kepada warga asing.

Antara mekanisme itu ialah mengehadkan jumlah pembelian petrol kepada setiap pengguna yang layak dan pemberian subsidi petrol mengikut jenis kenderaan.

Ia termasuk menggunakan kad pengenalan MyKad untuk menentukan golongan yang layak menerima subsidi itu memandangkan ketika ini hanya MyKad mempunyai kapasiti untuk menentukan status warganegara seseorang.

Harga RON 95 bersubsidi sekarang ialah RM1.80 setiap liter dan RM2.05 setiap liter bagi RON 97, manakala diesel dijual pada harga RM1.70 setiap liter.

Ismail Sabri berkata pada 2009, kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM3.4 bilion bagi petrol dan RM1.9 bilion bagi diesel.

"Sehingga hari ini, kerajaan menanggung 30 sen subsidi untuk setiap liter dan juga lebih.

"Bagi Februari 2010, kadar subsidi yang ditanggung kerajaan ialah 39 sen setiap liter bagi RON 95, 16.56 sen setiap liter RON 97 dan 32.12 sen setiap liter bagi diesel," katanya.

Malaysiakini/-



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak habis2..panggil subsidi..come on la..kuasa kerajaan yang dipilih rakyat untuk membantu serta menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat..jangan buat macam menteri keluar pakai duit poket sendiri..

Menteri2 yang ada di malaysia sekarang ini lebih banyak pikir diri sendiri daripada masalah rakyat..Menteri..Gaji dapat 9Beribu lagi silap2 berjuta) elaun dapat, kenderaan dapat,,rakyat dapat panggilan subsidi jer tetapi kehidupan sekarang lebih mencekam kehidupan rakyat...ada pak menteri amik tau

melainkan undi sms anak jadi artis bole la...

Tanpa Nama berkata...

ewahh.. ewahhh nak tak nak buat apa yang rakyat tak suka.. hi hi hi... buat PPSMI tu rakyat tak suka buat juga... - imama

Tanpa Nama berkata...

....klu kerajaan x bantu rakyat kita nk harap sape lgi...

Tanpa Nama berkata...

rakyat yang bantu beri subsidi kepada kerajaan BN, bukan kerajaan BN bagi subsidi kepada rakyat, rakyat sekarang bukan bodoh

Tanpa Nama berkata...

dah lama ditipu kerajaan BN, langsung hilang harapan, kecuali pakatan rakyat perintah malaysia, baru ada perubahan

Tanpa Nama berkata...

polittik UMNO bohong belaka. tipu rakyat.

Tanpa Nama berkata...

nak pilihanraya sarawak la tu...

Tanpa Nama berkata...

ini umpan jer nih.... tgk la lepas pilihanraya sarawak....dah tau dah taktik umno nih...tak caya tgk la.....kecuali la kalau pr dapat...nak tunggu loan belajar semua (PTK,PTPTN) dihapuskan...