06 Mac 2010

Pengarah Radio IKIM didesak 'Letak Jawatan' kerana panggil Presiden PAS Muzakarah

19 Rabiulawal 1431H
Herman Shamsuddin

Seorang teman meyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung.

Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM. Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh jadi saksi.

Ekoran dari tindakan beliau yang tidak disenangi itu, gaji beliau ditahan, elaun dan bayaran claim beliau turut tidak dibayar.

Jika melawat laman web IKIM, nama beliau juga sudah dikeluarkan walaupun baru 4 hari beliau letak jawatan. Tiada sebarang majlis perpisahan diadakan untuk beliau dan akhirnya beliau kembali menjadi orang dagang walhal kehadirannya selama setahun di IKIM telah banyak memberikan perubahan besar kepada imej dan rating Radio IKIM.

Memang tidak logik, dalam keadaan ekonomi yang gawat ini beliau yang baru setahun dua bulan bekerja dengan IKIM mahu letakan jawatan tanpa sebab. Lain la kalau beliau mendapat tawaran jawatan yang lebih baik. Ada juga logiknya. Kini Ahmad Jais dilaporkan menjadi penceramah bebas dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selepas 'perletakan jawatan' beliau, dikhabarkan bahawa beberapa slot ceramah yang kebanyakannya disampaikan oleh Ustaz-ustaz PAS akan disusun semula dan dimansuhkan perlahan-lahan. Beberapa DJ dan kakitangan juga dikatakan menerima tekanan yang sama agar mereka meletakan jawatan.

Berita dan cerita ini tersebar luas di IKIM dan pendengar setia Radio IKIM pasti mahu mencari jawapannya. Tidak sepatutnya beliau dipecat jika alasan Politik sedangkal itu digunakan. Beliau sebagai seorang yang berilmu telah mengunakan kedudukannya bagi meletakan orang-orang yang berilmu tanpa mengira apa jua parti untuk kebaikan masyarakat. penyingkirannya adalah satu kezaliman!

Saya yakin, IKIM akan menafikan cerita ini. Tapi kebenaran itu tidak akan dapat disembunyikan sampai bila-bila.

Nota : Beliau akan berforum dipentas PAS esok di Seremban, harap boleh hadir beri sokongan:

Harakahdaily.net/-

4 ulasan:

pendengar setia berkata...

saya percaya majoriti pendengar radio ikim adalah org2 yg menyokong pas dan perjuangan islam.ini terbukti bila kebanyakan pemanggil tidak bersetuju dgn langkah2 yg diambil oleh kerajaan dlm menangani sesuatu isu.satu sebab lagi bila saya tanyakan pada rakan2 yg berjiwa umno mereka langsung tidak mengetahui dan tidak berminat dgn radio ikim.
ir ahmad jais ternyata sangat memahami cita rasa para pendengar yg cintakan ilmu dan islam yg sebenar.

anti jaki-m berkata...

saya terkejut dan hampir menangis bila mendengar suara ir ahmad jais alias dlm rancangan yg dikelolakannya minggu lepas.
beliau menyatakan bahawa itu adalah kemunculan yg terakhir beliau sebelum meninggalkan radio ikim.bila ditanya kemana selepas ini beliau memberitahu belum ada pekerjaan dan yakin rezeki ada dimana-mana dan saya yakin doa org yg dizalimi akan segera dimakbulkan Allah.

Tanpa Nama berkata...

Betul.. Saya juga demikian rasa begitu.. Tak patut kerana radio IKIM merupakan media bagi menyampaikan mesej Islam secara jelas. Namun Usrah Rasa Hati masih boleh kita ikuti kapada siapa yg rindukan ilmu dan penyampaian Ir Ahmad Jais.. Kepada Tuan engineer.. Teruskan berdakwah di mana juga.. Kita tetap sokong siapa saja yg perjuangkan Islam..

pendengar setia berkata...

seperti yg dijangkakan ketua pengarah jakim telah menafikan bahawa ir ahmad jais alias telah dipaksa meletakkan jawatan.
wallahuaklam bissawab...