09 Mac 2010

Nama Allah ;Ramai ingin jadi juara bukan membela kesucianNya.

22 Rabiul Awwal 1431H.
Muhammad Nuruddin Bashah

Suatu masa dahulu saya pernah mengarang satu tulisan panjang berkenaan Allah bukan nama tuhan Yahudi dan Kristian. Pendekatan penulisan itu adalah berasaskan retrospektif iaitu menelusuri rekod penggunaan nama Allah dalam kitab Bible dan Old Testament (Taurat) di mana bahasa Inggeris yang banyak digunakan dalam kitab tersebut dipertikai oleh saya.

Saya menilai mengapa Kristian dan Yahudi gemar menggunakan bahasa Inggeris dan kalimah God berbanding kalimah asal bahasa Ibrani bagi Yahudi dan Aram bagi Kristian. Jelsnya Aram adalah bahasa proto Syiriac iaitu bahasa suryani kuno yang menjadi asas bagi ketamadunan Bani Israel dahulu.

Ibrani dan Aram adalah kelompok bahasa yang sama. Lantaran itu kalimah Ellah, Ela, Abba, Elohim dan sebagainya digunakan dalam Old dan New Testment. Manakala kalimah ini semua jika diterjemah ke dalam bahasa Arab, ia adalah Allah. Namun begitu saya persoal mengapa di Malaysia ingin digunakan kalimah Allah sedangkan terlalu lama mereka gemar menggunakan bahasa Inggeris iaitu God dalam Bible di Malaysia. Malah Inggeris seolah menjadi bahasa rasmi Kristian di Malaysia bukannya Aram atau Ibrani.

Penolakan saya terhadap signifikan kalimah itu dalam Bible serata dunia adalah berasas. Namun saya tidak boleh menafikan Allah yang mereka percayai adalah Allah saya juga walaupun Allah yang saya fahami adalah Allah yag tanzih dan tasbih daripada sifat makhluk dan kekurangan malah ia adalah Esa dan satu.

Dalam keceramukan pandangan dan pegangan masyarakat terutama berbangsa Melayu terhadap isu ini, suka untuk saya petik pandangan YAB Tuan Guru NIk Abd Aziz Nik Mat terhadap isu ini.

“ Pada asasnya saya sudah jawab, memang boleh guna kalimah Allah. Bagaimanapun kerana ada mainan di belakang, jadi untuk menyekat perkara tidak betul maka menurut usul fiqh ia harus disekat. Benda harus, jika bahaya boleh disekat”.

Pandangan Ustaz Taib Azamuddin (Bekas Imam Masjid Negara) dan Ustaz Abd Ghani Shamsuddin (bekas YDP Persatuan Ulama Malaysia) pula ialah pentingnya dialog dan interaksi untuk berkongsi pengalaman dan fahaman antara Kristian dan Islam di Malaysia berkaitan hakikat nama Allah. Mereka guna nama Allah, kita juga gunakannya. Inilah peluang untuk kita perjelaskan pendirian kita bahawa Allah itu suci daripada triniti. Bukankah ini metod Rasulullah dalam menerangkan bezanya Allah yang diyakini oleh Abu Jahal dengan Allah yang difahamkan oleh Jibrail kepada Baginda? Bukankah ini lebih efisien.

Dr Yusuf Al Qaradhawi juga menyatakan dalam khutbah beliau di Masjid Saidina Umar Qatar 22 januari 2020 yang lalu, bahawa Allah adalah tuhan semua manusia. Tetapi agama lain merosakkan nama Allah dan sifatnya dengan menambah sifat jismiyyah dan kemanusiaan kepada Allah SWT. Inilah bezanya aqidah Islam dengan pegangan agama lain. Adakah perbezaan ini menyebabkan kita membakar gereja, meletupkan kuil?

Tentu tidak!

Malah Islam menggalakkan kita terlibat dengan kaum Kristian dan mendekatkan mereka dengan kefahaman tanzih (menyucikan) Allah dari segala sifat triniti yang salah dalam aqidah Islam.

Dr Yusuf juga memiliki ramai sahabat baik yang sama-sama berjuang isu sosial, perjuangan bembela rakyat yang dizalimi serta kemanusiaan seperti Dr George Ishaq, Dr Rafiq Habib, Azmy Basyarah Dr Ataillah Hana (Palestin) dan sebagainya. Dr Yusuf juga bersahabat dengan pejuang keamanan dan hak asasi Kristian dari Palestin. Inilah interaksi Islam yang diajar oleh Nabi.

Namun begitu saya juga tidak menolak usaha beberapa NGO untuk mendesak Gereja berfikir semula sensitiviti kaum melayu di malaysia di mana kaum melayu Malaysia canggung dengan kalimah Allah digunakan oleh orang Kristian. NGO tertentu juga mengambil pendekatan menolak kemudaratan lebih besar kerana penggunaan ini akan mengelirukan anak muda dan belia di malaysia yang jahil tetang Allah. Ia bersifat diterrence (pencegahan) awal untuk mengelakkan gejala murtad di Malaysia yang kian barah kerana perlembagaan persekutuan melarang sebarang perancangan dan usaha menyebar dakwah agama lain kepada kaum muslim. Menurut Perkara 3 perlembagaan negara, Islam adalah agama rasmi persekutuan. Namun agama-agama lain bebas diamalkan di mana-mana bahagian persekutuan tanpa boleh disekat. Ini bermakna kebebasan beragama sebagai sebahagian hak asasi manusia dijamin di sisi perlembagaan negara.

Namun berbanding agama-agama lain, Islam mendapat keistimewaan dan perlindungan di bawah undang-undang. Perkara 11(4) menegaskan bahawa penyebaran agama bukan Islam kepada khalayak Islam adalah dilarang. Pengecualian diberikan kepada penyebaran syiar dan dakwah Islam.

Jika perkara 11(4) dijalankan dengan jayanya, tidak ada masalah dalam penggunaan nama Allah oleh gereja Kristian selagi mana ia dikawal.

Saya suka untuk memetik kenyataan Peguam Hanifa Maidin,

“Kalimah God telah diterjemah sebagai Allah dalam “Istilah Agama Kristian Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia” yang diterbitkan pertama kali oleh Catholic Bishops Conference of Malaysia pada tahun 1989 . Kamus Melayu-Latin yang diterbitkan sejak tahun 1631 telah menterjemah perkataan “Deus” (Kalimah Latin untuk God ) sebagai “Allah” dalam terjemahan Melayu. Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, kalimah “Allah” telah digunakan secara terus menerus dalam edisi Matthew’s Gospel di Malaysia pada tahun 1629 dan dalam Bible Melayu pertama yang lengkap pada tahun 1733 dan Bible Melayu yang Kedua Lengkap pada tahun 1879 sehingga sekarang. Munshi Abdullah yang dianggap bapa kesusasteraan Melayu telah menterjemah Gospels ke dalam Bahasa Melayu pada tahun 1852 dan beliau telah terjemah perkataan “God” sebagai “Allah”. Telah ada Bible yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu yang wujud sebelum 1957 yang mana terjemahannya telah dibuat oleh British and Foreign Bible Society di mana kalimah “Allah” telah digunakan”. Jika sebelum merdeka kaum melayu berjuang menghalang penggunaan nama Allah dalam dokumen-dokumen di atas mungkin kuat untuk umat Islam melarang gereja hari ini (dalam konteks Malaysia).

Pendirian saya ialah, saya skeptikal kepada pihak Kristian yang mungkin ingin menggunakan kalimah Allah untuk tujuan murtadkan kaum melayu (jika ada). Namun dalam isu ini saya lebih cenderung dengan dialog dan pertukaran pandangan serta wacana yang sihat sepertimana amalan Ahmad Deedat dan sebagainya. Dengan dialog, insya Allah , Allah akan lebih dikenali ramai secara absah dan tepat.

Kepada pihak melayu yang ekstrim dalam politik sekular, namun berubah fikiran untuk taksub dalam isu nama Allah tanpa sebarang wacana dan fakta yang benar, sila matikan hasrat anda kerana anda hanya menjadi punca jauhnya sinar hidayah dalam diri kaum Kristian di Malaysia serta melambakkan lagi sikap curiga antara kaum di Malaysia.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dari dlm Gua Bkt Putus, G. Semanggoi.

Aku ada tanya Jin aku pasai isu kalimah Allah ni. Dia kata; "Suma pasai ketidakcerdikkan pemerintah, yg amalkan Pemisahan antara Ugama dgn Politik. Klu dah Islam dinobatkan sebagai Ugama Utama di persekutuan ini, adalah mustahil utk memisahkan ianya dari politik".

Huh.. tak sangka aku, Jin aku ni blih berbicara sedemikian rupa. Lantas aku berkata; Terrer juga hang no!

Jwb Jin aku; "Tentu la, sebab aku lebih alim dari hg, boss !!"

Terkedu aku. Banyak dosa aku ni....Ya Allah ya tuhanku, kau ampunkanlah segala dosaku, dosa kedua org tuaku, keluargaku, jiran2ku dan suma kulaan Islamku. Amin...

"Hai Boss, hg tak sebut nama aku pun", Jin aku komplen.

Syawal Ipoh berkata...

Terima kasih. Artikel menarik

mae berkata...

Kononnya dengan membenarkan 'Allah' digunakan oleh Kristian akan mendekatkan oramg Kristian kepada Islam .... nanti dapat 1 (masuk Islam) terlepas 10 (murtad) .... Janganlah anggap setiap orang Melayu itu adalah imam atau ustaz yang kuat imannya .... macamana kita nak menolong orang Islam yang masih perlu dibantu keimanannya ? .... Ustaz-ustaz sendiri, rajin ke nak berdepan dan mendatangi orang-orang Kristian untuk menerangkan Allah yang sebenar ? Nak berdakwah dengan orang Islam sendiri pun terkapai-kapai, ini pulak nak mendakwah orang Kristian, salah-silap ustaz sendiri yang masuk Kristian.

Tanpa Nama berkata...

t.ksh rakyat memerlukn penerangan ilmiah begini bukan emosional

Tanpa Nama berkata...

hanya nak pakai kalimah allah macam UMNO, bukannya nak amal perintah allah

Tanpa Nama berkata...

UMNO perlu ditumbangkan supaya kalimah allah benar-benar diamalkan dimalaysia

Tanpa Nama berkata...

politik UMNO tanpa keikhlasan sejati

Tanpa Nama berkata...

dimana keadilan teoh dan altantuya pada jalan allah, bukan setakat kalimah saja, tapi tak amal

Tanpa Nama berkata...

penggunaan kalimah allah pada lambang polis dibawa keserata tempat tak kira halal haram, kenapa UMNO tak bantah?

Tanpa Nama berkata...

tumbangkan UMNO, supaya syariat islam dapat ditingkatkan dimalaysia dan dunia

Tanpa Nama berkata...

di indonesia org kristian bukan hanya boleh menggunakan kalimah Allah malah perkahwinan dgn umat islam juga dibolehkan. Apakah tuntutan yg sama akan kita biarkan semata mata kerana indonesia membolehkan? Cuba kita selidik kebolehan majoriti anak2 islam membaca dan memahami al Quran, membaca dan menulis tulisan jawi dan tanya diri sendiri mengapa jadi begini? Sedikit demi sedikit majoriti anak2 islam tidak ada bezanya dgn bukan islam.Bukankah ini dasar kesamaan yg mereka tuntut? Berhati hatilah dgn perancangan jahat mereka sebagaimana yg sering diingatkan oleh Rasulullah SAW. -binabdulkamal

Pak Anjang berkata...

Kalau kita ambil tahu banyak debat yang memperkatakan kebenaran antara Kristian dengan Islam. Jika kita ikuti hujah mamang iman kita terhadap Islam semakin menebal. Yang hampir dengan kita di Indonesia, debat sebegini bukan lagi larangan. Di Malaysia kalau diperkatakan kena ISA. Kesannya orang Melayu dengan Islam kulit sedang di dalam macam Kristian kerana mereka tidak tahu di mana kebenaran Islam berbanding Kristian.
Tiba masanya ulamak kita dibenarkan berdebat dan berhujah tentang kebenaran Islam dan kesesatan Kristian tentang Allah.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Saudara Nuruddin;

Terpukau saya pada penghayatan tulisan tuanhamba. Terasa kerdilnya hamba ini, pun begitu hamba rasa orang UMNO kena banyak menimba ilmu selain dari dok berantakan tentang kalimah Allah.

Melayu hebat cuma pada namanya saja. Asal usul nama kita orang melayu hasil pengajian nenek moyang tentang kehebatan para sahabat Rasulullah. Seperti juga kristian yang asal usulnya keturunan nabi.

Dek taksub dengan kebolehan nabi Isa dan tak sanggup menerima nabi Muhammad s.a.w. yang rela menjadi miskin lalu kewujudan Muhammad ditolak bulat2.

Dalam wad siam pun ada berhala satu persatu kesemua 25 nabi mengikut nama pegangan mereka. Diakhir nya ada diletakkan gambaran seolah nabi kita yang terakhir hanya sebagai peminta sedekah.

Jadi, selama ni ada depa kesah nak pecahkan berhala nun di negara seberang.

Matlamat orang melayu kena tingkatkan ilmu agar doa diangkatkan berkat nama orang melayu yang hebat2. Bila masin liur ramai gerombolan dapat hidayah pakat2 memeluk ugama Islam.

Bila sampai hidayah saudara baru lebih mulia dari yang mengaku Islam dalam UMNO.

Kitab lama, kitab tua pun tak baca alih2 nak bangkitkan isu ketuanan dengan kalimah milik semua.

Parit.com berkata...

AKU MEMANG INGIN MENJUARAI KES KALIMAH ALLAH...TAPI AKU TAKKAN TINGGALKAN AGAMA SEBAGAI URUSAN KEDUA AKU....SALAM PERKENALAN YA AKHI....

Abdul Rahman Mohamed berkata...

Islam tidak sama dengan muslim "Islam itu Sempurna,mulia dan tinggi" tidak ada satupun yang tidak boleh dijelaskan dan dijawab dalam Islam. Muslim akan mulia, tinggi dan hebat dengan satu syarat, mereka mengambil Islam secara kaffah (Sempurna) di dalam kehidupan mereka..

jihadin82 berkata...

ya UMNO buat pusat Islam, buat IKIM dan PERKIM, dalam masa yang sama beri contoh bahawa judi dan arak itu halal, membuka aurat itu halal, rasuah itu halal..nama Allah ingin dibela, tapi agama Allah? ya UMNO cuba buang nama Islam dalam pertubuhan Islam dahulu, malah pernah cekik sekolah agama rakyat yang banyak mengasuh umat Islam Malaysia melalui pemansuhan bantuan perkapita. Kita boleh bersatu dgn UMNO, tapi kenapa Timbalan mneteri Kewangan memalukan YAB Tuan Guru Nik Aziz di perlumbaan kereta baru baru ini...adakah itu cara UMNO elebarkan tangan bersahabat? Ahh..UMNO ingin bersahabat adalah terma membina clean image di kalangan org melayu, ini teknik retorik kritikal thinking..semua pelajar U ada belajar subjek ni...

Tanpa Nama berkata...

geng baik....menyalak bgai nk rak tp hukum tk ikut,5 waktu tk buat...cetek ilmu agama tp buat huru hara,tiada sifat2 ALLAH SWT..YG MAHA PENGASIH,MAHA PENYAYANG terhadap manusia ciptaanNYA,jika iman kita kuat/teguh...TIDAK ADA YG MURTAD!! rancangan ALLAH SWT tiada sorang manusia pun tahu......