12 Rabiulakhir 1431H.
Hashim Abdullah
TEMERLOH, 27 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pakatan Rakyat (PR) berkeyakinan akan dapat memenangi semula kerusi Parlimen Hulu Selangor berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat di samping terlalu banyak isu yang semakin membebankan Umno/BN.
Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dijangka akan diadakan dalam masa terdekat berikutan kematian ahli parlimennya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, malam semalam.
Tuan Ibrahim (gambar) yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengulas perkembangan semasa dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang selepas mempengerusikan mesyuarat PAS negeri, sebentar tadi berkata banyak isu yang berlaku menyulitkan Umno untuk menjawabnya.
“Banyak isu yang sedang berlaku sekarang membelenggu Umno. Kita ada tiga isu besar yang membabitkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu 1Malaysia 1Israel dan isu lompat parti. Isu ini akhirnya menjadi beban kepada mereka. Kesemua isu ini akan kita dedahkan dan Umno begitu sulit untuk menjawabnya.
“PAS yakin apa yang diusahakan kerajaan Selangor selama dua tahun selepas pemerintahannya akan berjaya mempengaruhi pengundi,” katanya.
Ketika ditanya kesan daripada beberapa wakil rakyat melompat parti akan digunakan oleh Umno untuk berkempen, Tuan Ibrahim berkata PR tidak bimbang memandangkan wakil rakyat melompat tidak mempunyai pengaruh.
“Masa mereka keluar pun tak ada orang yang nak ikut. Mereka tak ada pengaruh sebaliknya isu itu akan membebankan Umno,” katanya.
Harakahdaily/-

2 ulasan:
WAKIL RAKYAT LOMPAT ADALAH SGT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB...ADAKAH MEREKA MERASAKAN TINDAKAN MEREKA ITU MENEPATI SLOGAN NAJIB, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN?
RAKYAT BIASANYA AMAT MARAH DAN PASTI MENYIMPAN DENDAM BERTAHUN2 UNTUK DILUNASKAN KERANA RAKYAT YG MENGUNDI MEREKA TELAH BERKORBAN MASA TENAGA WANG RINGGIT SEMATA2 UNTUK MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MEMILIH WAKIL RAKYAT BERDASARKAN PARTI YG PD PANDANGAN RAKYAT BERSIH DARI SIFAT YG SOMBONG, MENJADI PARASIT MENGHISAP DARAH RAKYAT DAN MEMBIARKAN MASALAH RAKYAT DI SAPU BAWAH KARPET..SEDANGKAN PEMIMPIN2 PARTI BERSERONOK MAKAN ANGIN KE LUAR NEGARA...
PRK Parlimen Hulu Selangor merupakan medan rakyat menunjukkan mereka memprotes dan tidak merestui katak-katak yang melompat menjadi bebas tapiu mesra UMNO/BN...Undilah PR jika kita benci kepada katak-katak lompat dan UMNO/BN yang menjadi tuan-tuan katak-katak...
Catat Ulasan