08 Mac 2010

Pemecatan Zulkifli Noordin , tahniah kepada PKR.

21 Rabiul Awwal 1431H.

Berikutan dengan pemecatan terhadap Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR selama kira-kira 3 jam setengah. Keputusan terhadap Zulkifli dibuat secara sebulat suara selepas mempertimbangkan pelbagai aspek, termasuk kesan "kesalahan yang berulang-ulang" yang dilakukannya dan kesannya terhadap partinya.

Sehubungan dengan itu saya sukaa menjelaskan beberapa pendirian peribadi dalam perkara tersebut.

1. Saya sangat bersetuju dan mengucapkan tahniah kepada ketegasan dan tindakan yang saya anggap sangat konsisten yang diputuskan oleh PKR dan menentukan kedudukan Ahli Parlimen Kulim-bandar Baharu yang sangat bermasalah itu.

2. Sehubungan dengan itu saya merasakan bahawa tindakan tersebut akan menguatkan lagi kedudukan PKR apabila membuang "virus" yang bukan saja menjadi masalah kepada PKR , namun kepada Pakatan Rakyat.

3. Sesungguhnya ia memberi pengajaran bahawa dalam banyak hal seseorang yang sangat mendewakan mesej dan perjuangan peribadi dalam apapun parti tidak akan bertahan lama.

4. Nasihat saya kepada seluruh penyokong dan pendokong pakatan Rakyat supaya sentiasa mengambil kira kepentingan parti berbanding dengan kepentingan peribadi.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

9 ulasan:

Baei berkata...

Pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa ini ialah semua YB perlu diberi ilmu politik Islam dan bagaimana memimpin parti yang menjadi tunggak dan kepercayaan rakyat. Beberapa adab kepimpinan perlu dimahirkan supaya mereka disenangi. Belajar membuat strategi yang berkesan bukan makan diri. Semua itu perlu diketuai oleh PAS. Tidak salah YB DAP turut sama agar tindakan mereka serata.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun bersetuju dengan pendirian YB, kerana apa yang perlu PR perlu kepada ahli-ahli yang tidak mementingkan peribadi mereka sendiri. Kerana ianya boleh merosakkan nama baik PR itu sendiri,semoga 'virus' ini cepat-cepat di kuarantikan atau dimusnahkan.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu YB, orang parti mesti bercakap melalui saluran parti, ni ikut sedap je. Susah jugak kalau berangan nak jadi Firaun Besar ni

As Syahid Furqan Dogan berkata...

salam,,sehubungan dengan itu, seluruh ahli dan pemimpin PAS juga perlulah mengutamakan perjuangan parti iaitu perjuangan ISLAM walaupun kadaangkala mendapat tentangan drp rakan komponen PR ...

Tanpa Nama berkata...

knp jd mcm tu..?! semuanya sbb fulus..klu x caye cuba check brp byk tanah yg umno dah suap pd dia..bkn di satu dua daerah..tetapi di seluruh neg perak..!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya dari dulu lagi meragui perjuangan Zulkifli dan sekarang nyata ianya sudah jelas dan tindakan PKR sangat tepat seterusnya saya cadangkan zul ambil iktibar dari peristiwa ini jangan ego sangat. Sekiranya zul masih cuba menegak benang basah maka buanglah imej islamnya kerana akan merosakan ISLAM itu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Kini terbongkar sudah wajah sebenar Zulkifli jika selama ini dia berjuang hanya untuk meraih populariti dengan mengunakan imej islam tapi tersasar jauh dari akidah islam yang sebenarnya.

Abdullah Ngah berkata...

Ramai kalangan kita jadi pak turut sehingga tidai kena yang mana pertama dan yang kaca.

Inilah yang boleh merosakan parti dan kepimpinan, terutama sekali parti Orang Islam.

sazli ansari berkata...

zulkifli seorang yg ada semangat tapi tak da adab