04 Mac 2010

Selamat tinggal Mohsin, tindakan kamu sangat mengguris hati para kulaan..

17 Rabiul Awwal 1431H.

Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas. Maka saya mengucapkan selamat tinggal kepada nya.Tambahan pula saya yakin tindakan beliau sangat mengguris hati para pengundi di bagan Serai yang rata-ratanya orang banjar atau lebih populer dengan panggilan "kulaan".

Mohsin , 65,dalam usia selanjut itu tentunya masa depannya dalam politik sudah sampai ke penghujung jatuhnya.Dia merupakan ahli parlimen ketiga dari PKR yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Sebelum ini yang telah menjadi Bebas ialah Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).

Mohsin mengumumkan keputusannya keluar parti itu dalam sidang akhbar yang sekali lagi turut dihadiri oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim di Ampang hari ini.

Salehuddin juga turut hadir di sidang akhbar Zahrain dan Tan ketika mereka mengumumkan keluar dari PKR.

Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.

Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Kelmarin, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian parti itu berhubung isu Allah.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Salehudin pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.

Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.

Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.

Begitulah Mohsin dengan alasannya yang saya kira sangat jauh dari untuk melindungi hasratnya yang tersembunyi. Nasihat saya lebih baik masuk BN terus dan tidak usahlah berselindung disebalik kata-kata yang dibuat-buat untuk menghalalkan tindakannya yang "haram" itu.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mengapa ramai pemimpin yang beragama Islam sanggup membeli habuan dunia yang sedikit dengan harga yang sangat tinggi yakni dengan menggadaikan maruah dan prinsip-prinsip Islam?adakah tidak ada sedikit pun perasaan malu dalam hati mereka?

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Kalau saya pengundi di situ, dengan nama Allah saya tak akan halal dan maafkan dunia dan akhirat. Pengundi undi calon ikut parti bukan individu. Kalau nak selamat dari cercaan dan hinaan letak jawatan. Tak ada sapapun nak marah.
Untuk AP yang kelau parti tu, pesan saya ingat Allah, ingat Allah dan ingat Allah.

fasa berkata...

Lompat si katak lompak, lompat dalam....
Banyak lagi yang fikrah UMNO...

Tanpa Nama berkata...

Salam YB,
Saya amat kecewa dgn apa yg berlaku ramai dikalangan MP PR yg mengkhianati amanah rakyat..

Putra IJ80 berkata...

Memang menguris hati pengundi.,

Bekas cik gu ini memang tak sadar diri,waktu susah , kesana kemari mencari rezki dengan nisan C20.,dari Bagan Serai berhijrah ke Kajang.,.

Bila Allah s.w.t memberi ruang mendapat sedikit kedudukan dan kekuasaan.,dia melupakan kepayahan dan penat jerih orang Bagan Serai yang mengundinya.

Benar kata Allah"hamba ku bila di beri kesenangan selepas kesusahan ,ia akan gembira dan Sombong".

Laknatullah.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang pasti, yang tersirat dihati akan terserlah jua.Tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku kelak.

Budak Syburi berkata...

Awat keluar tu, ada habuan la kut?

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya PRU13 Dr.Khalil terpaksa bertanding di Perlimen Bagan Serai. Amanah rakyat sudah tidak dihiraukan tatkala duniawi mengatasi segala2nya.

Tanpa Nama berkata...

Cissss kauk si Mohsin,
Bapala nya kauk leh malompat dan manipo kulaan.
Halam bapandir bukan main ngalahkan si Mat Sabu
Halam basurah maho managakkan keadilan....
Halam kauk nyambat si Umno to parti cilaka.
TAPI wahinie...kauk manjilat balik leh..

Kauk nie memang urang tuha yang kada sadar dirik.
Kaina kauk....tahaba ..barataan kulaan di Bagan Sarai ni maludah muha kauk ni.

Tanpa Nama berkata...

salam..
saya menyokong DRs Idham Lim bertanding bagi kawasan parlimen bagai serai PRU13. Takbir! Allahuakbar!

Tanpa Nama berkata...

GE 13, kembalikan ustaz ahmad awang di bagan serai..

Tanpa Nama berkata...

Aku tah halalkan kau makan gaji/alaun YB yg kami lantik/pilih itu hari. Penat lelah kami berkempen utk hang menang bagi pihak PR...tiba2...senang2 hang melompat noh...

penangkap katak berkata...

pru 12 lalu majoriti org banjar bagan serai pangkah PR,sebab tu la org tua tu menang
skrg bila dia keluar PR,elok la dia letak jawatan yb tu
nanti,elaun yg dia terima tak halal
SILA LETAK JAWATAN SEKARANG JUGA!
AYOHAK LAKASIK!!!

bkt gantang mali berkata...

nampaknya ramai pengundi bagan yg marah kat "pak cik mohsin"...semoga kemarahan ini dapat disingkap kan dlm PRU 13..mudah2an..

jawa klang berkata...

SELAMA NI PKR/PR SAKIT PERUT,SKRG DAH SEHAT SKT PASAL TAHI SEMBELIT DAH KELUAR
HARI NI SEKETUL LAGI KELUAR
KESIAN UMNO/BN JADI PENCACAI ANGKUT NAJIS
BETUL LA KATA ORANG,UMNO IBARAT TONG NAJIS
YA ALLAH BUSUK BETUL UMNO/BN NI
DULU ANWAR MASUK TONG NAJIS NAK CUCI DARI DALAM
BILA DIA KELUAR,PENGIKUT DIA PULAK MASUK
KENA BADI KUT...

ular katak berkata...

sekor lagi jutawan katak muncul...
memang tabiat kak semah berbelanja sakan
dulu koleksi kasut skrg koleksi katak
ong ! ong !

Putra IJ80 berkata...

pru 12 lalu majoriti org banjar bagan serai pangkah PR,sebab tu la org tua tu menang
skrg bila dia keluar PR,elok la dia letak jawatan yb tu
nanti,elaun yg dia terima tak halal
SILA LETAK JAWATAN SEKARANG JUGA!
AYOHAK LAKASIK!!!

Biarkan die pergi.

Die ingin menikmati kehidupan yg.mewah ,senang,dgn kekayaan dan kekuasaan yg.ada ,pada penghujung usia nya.

Smga.Allah mengampunkan Dosanya.
---------------------------------------------
tanpa nama berkata...
Nampaknya PRU13 Dr.Khalil terpaksa bertanding di Perlimen Bagan Serai. Amanah rakyat sudah tidak dihiraukan tatkala duniawi mengatasi segala2nya.

Sya menyokong saranan Anda.

Tanpa Nama berkata...

memang nampak macam anjing si tua bngka tu

Tanpa Nama berkata...

klu dia brani,wt plihnraya len..
ps2 die bwa manifesto ape yg d xpuas at skrg..
kta tgk spe yg rkyat akn pilih..
kta tgk kjntanan org tua nk mampos ni cner..
adakh bapok atau cner..dpt kt aku org tua ni,nk aku mnyepak..

Tanpa Nama berkata...

Saya tak halalkan undi yang saya beri pada Mohsin laknat...

Tanpa Nama berkata...

Salam YB Khalil dan pembaca budiman.

Biarla kita bagi komen tanpa emosi.Biarla dia pergi.Dia pun MP yang takde karisma sbg pemimpin.Bak kata org banjar YB yang 'belawe'.

YB Mohsin ini aku tgk mmg macam tak sesuai jadi MP. Tgkla gaya dan caranya yang selalu kelam-kabut dan panik tak tentu pasal.Ini realiti bukan tuduhan.Tak caya tanya org bg serai.

Cuba juga perati cara dia berucap...gagap, fakta ucapan tak tersusun dan carca marba, lawak habis.

Lepas dia menang dia adala amik beberapa penyokong dia jadi pembantu khas...tapi tak lama depa pun cabut, taktaula kena buang ke atau letak jawatan...dah nampak ada masalah.

Ada sekali dia sembahyang di Masjid bagan serai, tetiba ada org nampak dia kelam-kabut keluar masjid pegi ke bilik wuduk...org tanya la kenape ni...? dia kata kaki dia kena pacat sambil tunjuk kain dia yang berdarah...

Dia ni pun ada buat bendang khabarnya, dia la pi meracun dan membaja bendang...awatla langsung tak jaga protokol...kedekut sgt ke nak upah org atau saje nak tunjuk dia ni merendah diri..hah,,,akhirnya rakyat pun ilang respek.

Bila ditegur suruh ubah cara dan pendekatan dia melenting..marah2...

Lucu juga dia kata sebab dia keluar adalah tidak setuju dengan pendirian PR tentang penggunaan kalimah Allah.Nak tutup kelemahan sendirila tu.

YB Mohsin janganle marah baca ulasan ni...mmg le semua yg buruk2 akan keluar bila dah tak sokong...ini hakikat.

YB Mohsin pun ada yg bagus dan positif.Misalnya YB Mohsin tak sombong dan ramah dengan org ramai.

Tapi bila kelemahan dan melebihi kelebihan timbul le masalah.

Satu lagi aku tgk YB pi lantik anak sendiri jadi PA...rasa tak sesuai, org jadi meluat tgk.

Tapi elokla YB keluar jadi BEBAS, pergi tak dihalang, pergila...tak mengurang apa-apa pun kami di Bg Serai ni, padi tiap2 tahun menjadi.YB Mohsin blah jadi BEBAS pun takla kisah sgt.

Sblm ni Bg Serai kalau pembangkang yng nak lawan BN mesti dari PAS, ada skali je S46 masa tahun 1990.Mmg tak pernah menang...skali 2008 YB Mohsin bertanding trus menang..hah! terkejut juga boleh menang.

Tapi menang yang malang sbb YB Mohsin tak dapat jadi MP yang best..umur pun dah lanjut..cakap slalu tinggi, tak abis2 crita dulu study di oversea...belawe tul la.

Pastu aku tgk ada pembaca yg cadang YB Khalil bertanding di parlimen Bg Serai PRU akan datang...sorry, aku tak setuju, YB orang luar, org cina dari kelantan.kalau boleh kami nak orang banjar tempatan.

Di masjid tinggi ramai calon yang boleh diketengahkan.Kalangan pemimpin PAS sedar hal ini.YB Khalil elok duduk di DUN jaga titi serong bebaik ye.

Tanpa Nama berkata...

Saudara saudara yang dalam PR, jangan lah gundah gulana. Allah mengetahui apa perancangan seterusnya. Sama sama kita tunggu.

Nampaknya banyak sungguh katak yang telah hanyut ka laman UMNO, sudah pasti keadaan akan bergolak di dalam UMNO, kerana katak yang melompat ini tak akan puas hati jika mereka di pandang sepi kemudian kelak. Mereka yang sentiasa setia pada UMNO pula tak kan puas hati jika terpaksa berkongsi kedudukan dengan katak katak ini.

Tanpa Nama berkata...

AKU INGIN CADANGKAN KEPADA SEMUA PENGUNDI2 KAWASAN PARLIMEN BAGAN SERAI SUPAYA KITA MENGGANTUNG 'BANNER" SEPANJANG JALAN MENGUTUK TINDAKAN "PEMBELOT" SI MOHSIN NI.

KITA KENA AJAR SI PEMBELOT NI KERANA MELANGGAR AMANAH KITA RAKYAT YANG MEMILIH BELIAU TEMPOH HARI.

AYOH KITA BERSATU MENGUTUK PEMBELOT INI.

Tanpa Nama berkata...

Tapisan PRU13. Pakatan Rakyat eloklah pi beli penapis teh ke kopi ke untuk tapis habuk-habuk seperti si Mohsin ni. Tak masuk akal langsung, menang majoriti >3000 boleh jadi katak kobok.

Kulaan Bagan Serai bolehlah bawak sepanduk kutuk tindakan si mohsin. PRU13 nanti jadi ruang dan medan kita pilih MP yang amanah.

Maknanya, si mohsin ni munafiq; apabila diberi amanah, dia curang. Abdullah Bin Ubai Bin Salul tentu seronok dapat partner macam si mohsin ni.