30 Mac 2010

Terkini 11.55 am : Speaker Sivakumar akan beri keterangan di Balai Polis Sungai Senam Ipoh

13 Rabiulakhir 1431H

Berikutan dengan laporan polis yang dilakukan oleh Ganesan yang mendakwa Sivakumar telah menyamar sebagai Speaker, pihak polis telah memanggilnya untuk memberi keterangan disini pada jam 12.00 tengahari.

Beliau telah mengesahkan kepada saya pada jam 11.00 pagi tadi bahawa beliau akan hadir untuk memberikan keterangan.

Inilah perkembangan politik terkini di Perak pada masa sekarang yang menyaksikan Pakatan Rakyat sentiasa mendapat halangan dari pihak BN yang menggunakan berbagai pihak untuk menghalang perjalanan ADUN PR ke sidang DUN Perak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kekadang pols ni bodoh jugak. apa daknye, idak ke pada masa sivakumar diheret dan disumbat dalam setor bukan keroja polis?. buat apa lagi nak panggil siva untuk ambik keterangan.