15 Mac 2010

Umno Selangor akan berkonvensyen,bincang pasal tahlil?

28 Rabiulawal 1431H
Al-Brangi

Sesebuah parti politik, apabila ia mengadakan sesuatu konvensyen, biasanya ia akan membincangkan segala permasalahan ekonomi ahlinya, bangsanya, agamanya, halatuju partinya dan diakhirnya satu pelan induk atau satu gagasan baru akan dilancarkan.

Umno Selangor akan mengadakan satu konvensyen awal bulan depan di Shah Alam bagi membincang dan mengkaji prestasi pentadbiran Pakatan Rakyat sepanjang dua tahun di negeri ini. Lapor theMalaysianInsider.

Seboleh-bolehnya biarlah mereka membangkitkan dan meluahkan segala pembaharuan, segala pendekatan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat, yang diterima oleh semua kaum di Selangor secara hati terbuka.

Umno spesis yang tidak boleh menerima segala pembaharuan dan segala kebaikan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat, agak-agak boleh ke mereka berlapang dada menerima hakikat itu?

Jangan diharap. Sesungguhnya Umno begitu terdesak. Banyak 'benda' yang 'hilang' dari 'pegangan' mereka selama ini.

Kalau Umno meng'gigit jari' lagi dalam PRU13 nanti, maka mereka bolehlah buat tahlil 7 hari 7 malam selepas itu.

Saya lebih berkeyakinan mereka akan menidak-nidakkan segala pembaharuan dan pendekatan yang telah dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat, bahkan mereka akan merencanakan satu pelan tindakan yang baru untuk melumpuh dan meranapkan Pakatan Rakyat menjelang PRU13.

Seluruh media Umno akan membuat liputan agar semua rakyat Selangor mendengar kelentongnya.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Tiada ulasan: