27 Mac 2010

Wan Hashim : Masih ditahan , atau sudah bebas ?

Sehingga malam tadi kita menerima berita Bekas Setiausaha Kerajaan negeri kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud telah ditahan oleh sekumpulan pegawai polis di rumahnya dekat Kubang Kerian kira-kira jam 8.45 malam tadi.

Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis IPK Kota Bharu dan masih berada di sana sehingga kini. Dia disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penipuan.

Namun begitu setelah menghubungi banyak pihak saya masih ,gagal mendapatkan maklumat mengenai status Wan Hashim adakah dibebas atau masih ditahan.

Beliau yang mendakwa dilantik menjadi Setiauasaha Sulit Sultan Kelantan minggu lalu telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan perlucutan jawatan Tengku Faris Petra sebagai pemangku raja Kelantan. Beliau juga mengumumkan perlantikan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN) Tengku Abdul Aziz Hamzah sebagai pemangku raja menggantikan Tengku Faris.

Ekoran kenyataan media itu, Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Kelantan, Shafie Ismail membuat satu laporan polis terhadap beliau.

Berita mengenai kemungkinan penangkapan terhadap Wan Hashim gencar apabila Pemangku Raja akan berangkat pulang ke Kelantan lewat petang kelmarin.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah..pagi tadi jumpa dia kat rumah awang minum kopi o.

Unknown berkata...

saya xtahu menahu pasal berita penangkapan ini..
cuma semalam,terkejut dengar khabar angin tg faris dilucutkan jawatan sebagai pemangku sultan.

mankeldai berkata...

kdn dan jpm mengarahkan pdrm membebaskan dato wan dibebaskan? pdrm akan ikut ke arahan tu?

Albana berkata...

PENGERUSI MAJLIS PERAJAAN YANG GANTI MANGKU RAJA DAH DIPECAT TENGKU FARIS, INI TINDAKAN YANG BETUL BERDASARKAN UNDANG2 .DAULAT TUANKU

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa si Asim tu dah tak siuman kot...

Unknown berkata...

Bukan tak siuman tapi 'gila'. Gila pangkat dan kuasa.

cerita kami berkata...

betul..betul..betul

budak pencen berkata...

Dato W Hashim nak balas budi pada "sesaorang" yg telah melepaskan nya dari tuduhan rasuah masa berkhidmat dulu barangkali.Tetapi seharusnya dia sekarang ini duduk diam2,buat secara orang tua,buat amal ibadat.Dato sudah tidak gedebe doh,zaman muda dulu bolehlah,sekarang ni segala2 nya
lembik belaka!

Tanpa Nama berkata...

satu kelantan tahu suatu ketika dahulu semasa jadi SUK kelantan, wan hashim suka khianat orang, SUK sekarang dengar kata pernah jadi mangsa khianat wan hashim...dah tua masih lagi mengejar nama...