25 Rabiulakhir 1431H.
Pasukan keselamatan Thaland bertempur dengan pendemonstrasi di tengah-tengah ibukota Bangkok, mengakibatkan 19 orang terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera, dalam keganasan politik yang terburuk di negara itu dalam tempoh dua dekad ini.
Seorang jurukamera agensi berita Reuters adalah antara yang terbunuh ketika pihak tentera melancarkan gerakan membanteras "Red Shirt" penyokong bekas perdana menteri, Taksin Shinawatra, yang melancarkan demonstrasi besar-besaran sejak hampir sebulan lalu.
Penyokong "Reds Shirt" membaling batu ketika anggota tentera berusaha mengambil alih dua tapak demonstrasi itu dilancarkan, dengan menggunakan gas pemedih mata, manakala bunyi tembakan bergema di sekitar ibukota itu.
Mereka yang terbunuh, termasuklah 11 orang awam dan empat anggota tentera, demikian menurut pihak perkhidmatan kecemasan, sambil menambah, kira-kira 680 orang tercedera terkena tembakan peluru getah.
Ia merupakan pertembumgnan politik terburuk sejak 1992, dan di Washington, Rumah Puteh menggesa supaya kedua-dua pihak - pendemonstrasi dan pihak keselamatan - supaya bertenang.
Kesan darah kelihatan di sekitar daerah yang bersejarah di ibukota itu, berhampiran Khao San Road, manakala ambulans kelihatan mengejarkan mangsa, manakala anggota tentera yang cedera diangkut dengan trak.
"Ia amat menakutkan sekali. Kami terdengar letupan dan orang ramai bertempiaran lari," kata seorang pelancong Israel, Sharon Aradbasson.
Khao San Road berubah menjadi umpama zon peperangan. Cermin kedai pecah manakala kereta pula dirosakkan.Ramai yang cedera kelihatan di jalan raya.
Polis memberita wartawan bahawa pendemonstrasi telah menyalakan beberapa tong gas masak dan menggolekkannya ke arah pasukan tentera.
Malaysiakini/-
7 ulasan:
SALAM,
SIAM SEPATUTNYA KEMBALI KE ZAMAN RAJA BERKUASA MUTLAK KERANA HANYA ITULAH SAJA CARANYA UNTUK SIAM MENJADI AMAN.(DEMOKRASI SIAM HANYALAH DEMOKRASI PURA2/TERHAD, SEMATA2 UTK KEPENTINGAN BANYAK PUAK/FRAKSI DLM POLITIK SIAM/THAI TERMASUK TENTERA, AHLI2 POLITIK KELUARGA YG KORUP, KUMPULAN PENGEDAR DADAH DAN SEBAGAINYA)
SEMENJAK SIAM DITUKAR NAMA MENJADI THAILAND (TANAH ORG BEBAS-TAK PERNAH DI JAJAH), THAILAND TERUS DILANDA HURU HARA DAN PEREBUTAN KUASA SAMA ADA OLEH TENTERA ATAU AHLI POLITIK, AKHIRNYA RAJA SIAM JUGAK YG AKAN DIRUJUK...
TETAPI UNTUK SIAM KEMBALI KEPADA FEUDAL, ADALAH SESUATU YG AMAT MUSTAHIL DI SEBABKAN OLEH EKONOMI KAPITALIS YG MENGHADKAN KETERLIBATAN RAJA/FEUDAL DLM EKONOMI/KEWANGAN- YG DIANGGAP TIDAK CEKAP/MENGIKUT PRINSIP PASARAN BEBAS.
WALAUPUN BEGITU, NEGERI2 MELAYU DI SELATAN SIAM-MALAYSIA- HENDAKLAH SENTIASA PRIHATIN DGN APA YG BERLAKU DI THAILAND/SIAM KERANA SEJARAH MENUNJUKKAN BAHAWA APA SAHAJA YG BERLAKU DI SANA AKAN MEMBERI KESAN KPD TANAH MELAYU/MALAYSIA.-SIAM IALAH BEKAS PENJAJAH NEGERI2 MELAYU, NEGERI2 MELAYU MENGHANTAR BUNGA EMAS KE SIAM, MANAKALA SIAM PULA MEMBAYAR UFTI KPD NEGARA CHINA (SEBAGAI MIDDLE KINGDOM), MAKSUDNYA NEGARA CHINA ADALAH PEMERINTAH BAGI SELURUH RANTAU MANAKALA SIAM ADALAH NEGARA PROKSI/ORG SURUHAN NEGARA CHINA.
biasa la tu..ujian sebuah kehidupan..hidup akan mati ..mati akan di soal.lepas tu masuk lah kemana yang dicari...syurga @ neraka
Sebenarnya bagus juga mereka sesama kafir terus bertelagah dan beperang diantgara 2 puak. sekurang2nya kejahatan kerajaan Siam terhadap penduduk Pathani akan terhenti seketika. "Allahumma ij3al ba'suhum bainahum syadid"
Beginilah jadinya kalau manusia sudah hilang kewarasan aqal fikiran . Power corrupts , absolute power corrupts absolutely . Semoga apa yang terjadi di Thailand tidak berlaku di Malaysia . Insya ALLAH !
"Ia amat menakutkan sekali. Kami terdengar letupan dan orang ramai bertempiaran lari," kata seorang pelancong Israel, Sharon Aradbasson.
Sya,kalo pelancung dari Negeri lain merasa takut dgn letupan,itu perkara yg.bole di terima.
Ini Pelancong Israel.,
Macam lah Negeri die aman damai,tenang dan harmoni.
Pandai sungguh kaum Israel laknatullah bermuka muka.
ini semua balasan terhadap keganasan yang telah pihak rejim SIAM lakukan terhadap kaum Muslimin di selatan Thailand..
Puak2 demo ni x sekolah ke... Pandai mengutuk jah... Jaga lah anak bini di rumah tu, aman di rumah baru lah cakap hal politik internatinal pula... Cuba untuk beri pandangan, bukannye mengutuk jah.. Bodoh, x sekolah, @ cerdik x leh diajar.. ^%$%#^%$#. . .
Kpd 'dakwah yeop',
Beginikah cara seorang yang berkopiah cakap???
"Sebenarnya bagus juga mereka sesama kafir terus bertelagah dan beperang diantgara 2 puak"??? Memang x sekolah lah kata-kata di atas ini... Menggalakan keganasan... Pengikut Osama ke???
Catat Ulasan