http://wfauzdin.blogspot.com/
Ini Gambar asal....
Menggunakan akal yang diberi oleh Allah, mereka lakukan kerja yang Syaitan sendiri tidak mampu lakukan..
APABILA fitnah berkenaan arak yang mengaitkan foto Dato' Zaid kantoi, mereka beralih pula kepada fitnah kedua iaitu judi. Selepas ini kita tidak tahu apa pula. Walaupun Dato' Zaid secara jujur memaklumkan bahawa beliau melakukan kesilapan dan dosa sewaktu bersekongkol dengan Umno dan telah pun insaf setelah berada di luar Umno, puak-puak ini terus mengada-ngadakan cerita tentang keburukan Dato' Zaid terdahulu. Jika dilihat cara puak-puak sekutu APCO Yahudi laknatullah ini, seolah-olah pihak mereka paling anti kepada arak dan judi.
Kilang arak terbesar di Shah Alam didirikan atas kelulusan siapa? Shah Alam memang di bawah kerajaan PR di Selangor tetapi kuasa mengeluarkan lesen itu hak siapa? Pusat judi di Genting, Pahang itu pula atas kelulusan siapa? Dan, siapa yang tahu dan kenal pemimpin yang mempunyai saham atau memiliki kilang arak di luar negara? Kita lupakan persoalan ini kerana semua sudah tahu jawapannya termasuk para-para Mufti yang mulia di negara ini.
Berbalik kepada isu Dato' Zaid. Kita ingin bertanya kepada para-para Mufti yang mulia dan bijaksana terutamanya kepada Dato' Harussani yang dilihat lebih arif serta sensitif dengan isu agama sebelum ini. Seseorang yang telah melakukan kesalahan dan telah bertaubat, harus atau haram sekiranya kita menghebahkan atau menceritakan kesalahan-kesalahan lampaunya? Apatah lagi dengan mengada-adakan gambar yang dicipta untuk mengaibkannya? Tentu ada hukumnya yang para Mufti lebih arif. Jika ada, mengapa para Mufti diam seribu bahasa? Bukankah sebelum ini bukan main lancar mulut berbicara?
Fitnah akan menjadi lebih merebak sekiranya mereka yang alim atau para Ulamak menjadi `Syaitan Bisu'. Puak-puak ini adalah di dalam golongan jahil apatah lagi berada di dalam kelompok sekutu Yahudi laknatullah, maka kewajipan para alim ulamak memberikan tunjuk ajar dan nasihat serta teguran terhadap mereka. Makhluk yang tidak suka atau benci kepada manusia yang bertaubat kepada Allah hanyalah Syaitan. Percayalah, selepas ini puak-puak itu akan terus menjaja cerita buruk kisah silam seorang manusia yang ingin menuju ke arah kebenaran. Seandainya Sayyidina Omar masih hidup dan menentang puak-puak sekutu Yahudi ini, nescaya puak-puak itu akan menyiarkan gambar atau cerita Sayyidina Omar meminum arak sewaktu zaman jahilliyyahnya.
Inilah yang berlaku di depan mata kita. Pelik bin ajaib, tukang bina kilang arak dan judi menjaja dan menghina orang yang pernah meminum arak dan judi ciptaannya semata-mata orang itu telah insaf. Syaitan dan Iblis pasti terkejut dengan perilaku puak-puak ini kerana Syaitan dan Iblis tidak sehebat mereka. Semoga Allah laknat ke atas mereka yang menghalang seseorang Hamba Allah yang ingin mendekati Tuhannya. Mereka ini sanggup menyanjung seorang yang tidak beriman dengan Allah daripada menyanjung seseorang yang ingin menghampiri Allah.
Tidak mendukacitakan sekiranya Dato' Zaid tewas di tangan pengaruh puak-puak seperti ini kerana Dato' Zaid dianggap pemenang di sisi Allah kerana keberaniannya mengakui kesilapan serta bertaubat kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan terus memberikan taufik dan hidayah kepada Dato' Zaid dan kita semua. Biarkan mereka mempraktikkan apa jua cara dan kaedah yang mereka pelajari dari Yahudi laknatullah itu./wfauzdin.blogspot.com
8 ulasan:
kalau-kalau pengikut GAP baca...
hahaha rujuk gambaq kat ataih tu hahaha GAP (Gabungan Anak Pelesit) dah kantoi...otak ciput.. pagi-pagi mentedarah nasik sejuk ..ni laa hasilnyaa.. woi GAP aku kesian laa kat mak bapak hang hahaha
dua-dua gamabar pun tipu juga.. siapa yang percaya memang banggang. ada ke tangan budak berkedut-kedut macam oorang tua... bengong siapa yang kata itu gambar asal
berita terbaru...
parti SNAP dah join PR...
alhamdulillah..moga2 ini membawa sinar baru buat rakyat sarawak...
Boleh tak buat pertandingan gambar ahli politik dan pembesar negara yang minum arak? Gulongan manakah agaknya yang akan jadi johan? Mungkin Guiness Stout boleh jadi penaja.
maaf,yg mana gambar asal? saya tidak yakin gambar budak itu gambar asal sebagaimana saya yakin masih ramai lagi pemimpin BN meminum arak. Apakah jika PR memerintah kilang arak tidak juga akan dibangunkan di Shah Alam? Ada sesiapa yg boleh beri jaminan? DAP have shown their true colours on liquor issues.Saya bukan umno atau umnoist malah sepanjang PRU tidak pernah mengundi umno,tapi please buka mata hati wahai orang2 mukmin, berkatalah dgn benar sekalipun pahit untuk puak kita.Datuk Hassan Ali lebih jujur dari kebanyakan penyokong Pas. Jadilah wakil Allah dan Rasul bukan sekadar wakil rakyat.
hahahaha, ini lagi bagus, fitnah budak2 tak cukup umur. Dol, dua2 gambar atas tu gambar superimpose la, kalau tak tau tanya orang tua2, bukan buat bodoh sendiri je!
hehe..kalau dua2 tipu...maknanya GAP kata "Wak pun bomoh tipu jugaaa"...
melayu jatuhkan melayu...
bangsa lain disanjung tinggi..
Dato Zaid di fitnah di maki oleh puak2 melayu sendiri..
kamalanathan dipuji disangjung tinggi oleh puak2 melayu sendiri..
dgr kata umno pjuangkan orang melayu betul ke?
aku rase pjuangkan melayu atasan saja..
yang melayu bawahan ni jadi barua untuk melayu atasan mengaut keutungan utk diri sendiri...
mana buktinya?
anak
bini
menantu
meteri kaya raya..
komisen itu komisen ini
projek itu projek ini..
asalkan pokit berisi..
rakyat bawahan yg pdapatan rm900 sblan
tak spat hujung bulan pokit dah kosong..
kos kehidupan terus naik naik naik..
nak tambah anak pun tak berani yakut tak boleh bagi makan..
ini lah 1malaysia yg entah apa apa aku pun tak tahu..
Catat Ulasan