5 Jamadil Awal 1431H.
Nazri Abdullah
PETALING JAYA, 20 April: Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata pemimpin Umno juga ramai mengambil alkohol sepertinya dahulu namun tidak berniat untuk mengaibkan mereka.
Beliau sewaktu wawancara eksklusif bersama Harakah dan Harakahdaily semalam memberitahu, isu itu sengaja ditimbulkan pemimpin Umno/BN setelah beliau menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan karier politiknya.
"Saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri-menteri macam saya dulu, tapi tidak menjadi isu pada waktu itu.
"Peribadi saya, karektor saya, Islam saya dipersoal setelah saya bersama-sama Pakatan Rakyat,” katanya yang juga pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah sejarah lampau yang sudah lama ditinggalkannya yang berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruk itu.
"Saya manusia, dalam lumrah hidup kita adalah salah silap, tapi yang pentingnya apakah saya insaf dan sedar.
"Itulah beza saya dengan menteri Umno, saya berterus terang bukan hipokrit," tambahnya lagi.
Mengenai serangan peribadi oleh Umno terhadapnya, beliau menyerahkan kepada pengundi Hulu Selangor untuk menilai sikapnya setelah membuat pengakuan jujur sebelum ini.
Berhubung tuduhan bahawa beliau kaki judi pula, Zaid berkata semua tohmahan yang dilemparkan Umno itu tidak betul, sebaliknya perkara itu dilakukan pemimpin Umno.
"Kaki judi ini sebenarnya langsung tidak betul, yang berjudi besar sebenarnya di kasino-kasino adalah menteri-menteri Umno, berjuta-juta ringgit, hutang tak bayar, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka.
"Tapi saya tak nak sebut dan tak nak aibkan mereka," jelasnya.
Sewaktu bertanding sebagai calon Umno/BN pada PRU 2004 di Kelantan, katanya, PAS sebagai parti lawan pada waktu itu langsung tidak menyentuh isu peribadinya biarpun parti Islam itu tahu latar belakang dirinya.
Tetapi pemimpin Umno kini sangat terdesak dan sangat takut sehingga terpaksa menggunakan taktik jahat menyerang peribadinya.
"Inilah budaya politik Umno sebenarnya, politik manusia yang takut kuasa mereka hilang.
"Inilah petanda mereka sedang cemas," katanya.
Harakahdaily/-

7 ulasan:
Minum arak dosa antara manusia dan Allah. Rasuah, dosa antara manusia dan Allah dan manusia lain. Jika yang di ambil itu dari hak rakyat bermakna dosa antara manusia dan Allah dan seluruh rakyat Malaysia.
Minta tolong mufti Perak betulkan jika sekiranya saya salah tafsir.
allhamdulillah, syukur kepada Allah kerana Dato' Zaid telah sedar dan keluar dari UMNO yang sangat busuk.
zaman rasulullah dahulu pun pernah berlaku.
hidup ISLAM.
sudahlah...taubatlah........
Alhamdulillah sekiranya Dato' Zaid dah insaf. Tapi hati kecil aku masih meragui kejujuran Dato' Zaid (minta maaf dato') dalam menyertai pakatan. Kerana alasan kenapa dia keluar APCO/UMNO tu tidak cukup kuat (pada aku ler). Takut-takut Dato' Zaid ni sebenarnya spy yang ditugaskan untuk meranapkan PKR hingga ke liang lahad. BTW kalau Dato' Zaid mmg jujur, gua respek habis sama lu.
taubat ke taubuat lagi..lahirkan darah daging takbaik ..janji jika tolong pas pas boleh terima tutup mata .
tahniah kerana berani mengaku dan bertaubat, mufti perak minum arak tak?
jauh lah arak dan judi.sesungguhnya 2 perkara ini boleh merosakkan diri,keluarga dan masyarakat.
Catat Ulasan