27 April 2010

Mari kita selamatkan penghuni Felda ini.

12 Jamadil Awal 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

SETUJU atau tidak, kita mungkin terpaksa akui betapa kita masih belum berkesan di dalam menarik sokongan di kalangan pengundi-pengundi Melayu terutamanya di Felda. Tidak keterlaluan jika kita andaikan bahawa penduduk-penduduk di Felda ini seperti terkongkong pemikiran mereka umpama berada di dalam dunia yang asing. Mereka tidak boleh disalahkan seratus peratus sekiranya mereka gagal memahami agenda perjuangan PR.

Kita masih bernasib baik kerana pengundi-pengundi di felda ini tidak menggunakan kaedah mengundi pos sebagaimana warga tentera atau Polis walaupun kebebasan berpolitik seperti dikawal. Mereka seolah-olah tidak bebas atau takut untuk mengundi PR sebagaimana yang berlaku di dalam tentera dan Polis. Mereka mengundi seperti kita semua juga, tetapi mengapa kita lihat begitu sukar untuk mereka memilih kita sedangkan mereka sedar kehidupan mereka tidak sesempurna mana.

Adakah kita tidak melakukan sesuatu untuk meyakinkan mereka bahawa kita mampu mengubah nasib mereka? Atau, mungkin kita telah lakukan untuk kebaikan masa depan mereka cumanya kita terlewat untuk bertindak? Cukupkah apa yang telah kita lakukan di dalam perancangan dan aktiviti kita untuk mendekati dan merakyatkan penghuni felda ini?

Itu semua mungkin akan difikirkan oleh pimpinan kita di dalam merumus segala masalah dan faktor-faktor mengapa golongan ini seolah-olah tidak berani mendampingi perjuangan kita. Masa belum terlambat lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Semua penghuni di felda amat memerlukan kehadiran kita untuk membantu mereka agar lebih terbuka mindanya menerima perubahan. Kita tidak boleh biarkan mereka sentiasa diperkotak-katikkan oleh Umno/Bn. Mereka orang Melayu yang perlu dibebaskan dari kongkongan Umno/Bn.

Tamatnya pilihanraya di Hulu Selangor ini tidak bererti tamatnya riwayat atau pengaruh Apco. Selagi Umno/Bn masih wujud, selagi itulah kita wajib berjuang. Bebaskan negara ini dari pengaruh mereka agar keadilan dapat terus dinikmati bersama. Teruskan usaha kita bersama, jangan menuding jari kepada sesiapa sebaliknya merenung kembali apa yang kurang kita lakukan khususnya kepada penghuni-penghuni felda ini. InsyaAllah, suatu hari nanti golongan ini akan lebih terbuka minda mereka dan akan lahirlah peneroka felda yang bijaksana./wfauzdin.blogspot

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Generasi Felda kini mengalami wabak sosial yang sangat buruk. Wabak Dadah telah berakar umbi dikalangan masyarakat Felda. Jika kita melawat Felda saban hari kita akan mendengar anak2 Felda yang mati akibat penyakit AIDS disebabkan penagihan dadah.

Siapakah penggunaan metadon terbesar ? Ia adalah warga Felda dan anak2nya. Masalah dadah sama sekali tidak dapat diubati atau diselesaikan oleh BN.

Surau dan masjid katanya selalu sunyi tak berpenghuni.

Justeru, bagi Selangor JAIS dan MAIS wajar turun padang. Melaksanakan dakwah secara berterusan. Supaya mereka dekat dengan Islam dan akan terbuka mindanya melihat kerosakan yang dibawa oleh UBN.

Selamatkan warga Felda daripada konkongan Bee End.

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya setuju dengan pandangan beliau, minda dan cara pemikiran mereka agak terkongkong. Bayangkan 50 tahun diasak oleh cara pemikiran UMNO/BN, hanya parti itu berjuang untuk Melayu, melayu, melayu.......Pada pilihanraya umum 2008 saya sendiri menggeleng kepala apabila seorang tua sanggup dipapah masuk ke pusat pengundian walaupum ditawar kerusi roda, hanya sebab berlainan parti.

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Saya adalah penghuni di Bandar Sg. Buaya, Rawang, H.Selangor.. Ramai di antara anak2 yg berpelajaran di Felda Sg. Buaya ini mahu pun yg telah tamat sehingga ke SPM tahu sebenarnya tiada gunanya memilih BN namun, kadang kala, apabila wang ditabur, mata menjadi kabur.. Hati pun lebur..

Apa pun, jangan lah PR berkecil hati, dekatilah mereka dari sekarang ini.. PRU akan datang, pastikan mereka beralih arah.. Berikan tarbiah..

Antara yg boleh dilakukan mulai hari ini :

1. YBhg Dato' Zaid dan Tan Sri Khalid boleh terus memberikan perhatian ke Felda2 ini walau pun PRK telah tamat..

2. Kerajaan Selangor mesti paparkan di iklan2 di jalan2 sekitar Selangor perubahan dan benefits yg diberikan kerajaan PR smenjak memegang tampuk pemerintahan di Selangor.

3. Adakan program2 rakyat setiap minggu..Jangan tunggau PRU atau PRK.. Contohnya, kita semua tahu yg Allahyarham YB Dato Zainal, MP yg sebelumnya sememangnya sakit.. Mengapa tiada sesiapa membantunya menjalankan tugas2nya utk membantu, menyelami kehidupan rakyat?

Kini PRK dah berlalu namun masih belum terlewat YB Dato' Zaid.. Kembalilah ke kawasan2 Felda.. Anda tetap ada pemilih yg telah mengundi anda smasa PRK utk didekati dan dibantu... TURUNLAH sebelum mereka 'terpaksa' mengundi BN semasa PRU nanti.

Saya yakin banyak yg boleh dibantu di Felda2 ini.. Sebagai PEGUAM TERSOHOR, bantu yg teraniya.. Kami yg di Bandar Sg. Buaya senantiasa menyokong anda jika anda memilih untuk ke mari lagi.. InsyaAllah..

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Tahniah Kepada YB Zaid Ibrahim.. Walaupun anda dikutuk separuh nyawa.. Anda masih mampu menambah 100 undi drpd yg diperolehi Allahyarham Dato Zainal tempohari..

Disini menunjukkan YB Zaid, anda masih AMAT RELEVEAN kami gelar YB!!

Dalam keadaan tertekan dgn taburan projek, fitnah dan cercaan walaupun sememangnya meminum khamar itu haram, YB masih dapat tambahan undi..

Bagi yg mengaku 'Menang', walaupun projek dan taburan wang cercaan serta fitnah dihamburkan.. ANDA YB KAMAL ALAN NATHAN, TIDAK AKAN MAMPU MENDAPAT UNDIAN / KEMENANGAN MAJORITI 6000++ YG 'DIJANJIKAN' OLEH MUHHHH YYUUUU DDIN ...

Tanpa Nama berkata...

Melayu kawasan hulu selangor jadi bahan gurauan di tempat aku ..(melayu yang layu ,mudah lupa, melayu murah, melayu RM 1000, melayu bank draf, melayu bumbung biru padahal duduk kat flat, dll. kutukan dan umpatan ...(pasai apa ye..tolong ulas sikit...

Tanpa Nama berkata...

memang betulpun... kat tempat akupun... dapat duit rm50,kain pelikat atau batik terus undi bn... maruah dan harga diri org felda...itulah dia..

ILHAM berkata...

Apabila melihat kepada undi PR yg tidak berkurang malah bertambah...sy berpendapat kes ini sama dengan Pilihanraya Pendang semasa kematian dat'o Fadzil Nor lalu....Pas meng di anak bukit tapi kalah di pendang...undi pas tak berkurang malah bertambah..tapi kalah...bila pilihanraya 2008 pas tawan semula pendang