27 April 2010

Najib nafi beli undi, siapa akan percaya ?

11 Jamadil Awal 1431H.

Najib Tun Razak pada hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam.

PM 1Malaysia itu berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama.

Persoalannya siapakah akan percaya dengan penafian Najib BN membelanjakan RM167 juta bagi melaksanakan pelbagai projek untuk meraih undi di Hulu Selangor dan kenapa beria-ia sangat Najib buat penjelasan dan penafian kalau memang benar BN tidak beli undi.

"Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk. Jelas Najib dalam penafiannya.

Merujuk kepada banyak tawaran di Hulu Selangor ialah penyelesaian kepada masalah penduduk di Kg. Sungai Buaya yang telah berlarutan sejak hampir 20 tahun. Kenapakah BN beria-ia sangat mengumumkan penyelesaiannya dengan membayar pampasan walaupun dalam bentuk tunai RM 1000 dan tertangguh lagi RM 49,000 kalau bukan kerana undi .

Begitu juga banyak projek dan tawaran yang lain dilakukan oleh BN adakah benar bukan kerana untuk menunjukkan BN memang baik dan ternyata kebaikan BN itu telah menyebabkan hanya orang yang kurang cerdik sahaja yang terus memenangkan BN di situ. Itulah hasilnya dengan tawaran projek itu .

Adakah itu tidak dinamakan membeli undi ?

Saya sangat hairan dengan gelagat BN yang memampilkan sosok kononnya pembela nasib rakyat setiap kali pilihanraya namun itulah yang kita dapat lihat sebagai satu sandiwara pemimpin BN sejak lebih 50 tahun sudah.

Sesungguhnya banyak masalah rakyat yang berlonggok-longgok yang tertangguh sehingga lebih puluhan tahun, namun semacam hanya dapat diselesaikan dihadiahkan kepada rakyat bila ada pilihanraya kecil.

Sepertilah drama Gerak Khas yang boleh menyelesaikan apa saja ke dalam sekelip mata sedangkan semuanya tahu apa saja yang pernah dilaporkan kepada balai polis tidak secepat itu dapat diselesaikan.

Demikianlah BN yang penuh dengan hikayat dan pembohongan yang sedang menunggu hari penghujungnya dalam PR ke 13 pada masa akan datang. Semua pimpinan dan penyokong Pakatan Rakayat mestilah menguatkan tekad dan semangat serta terus berkerja dengan gigih tanpa lelah dan jemu bagi memastikan BN terseungkur dalam PR ke 13.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika sebelum PRK Hulu Selangor, Najib bersumpah tidak mengenali Altantunya sebagaimana rakyat Malaysia yang lain.

Maka seusai pilihanraya ini, Najib wajar juga bersumpah bahawa segala pemberian wang dan janji sama sekali tidak berkaitan dengan undi PRK Hulu Selangor.

Adakah Najib sendiri lupa kenyataannya kepada pengundi Cina seperti disiarkan dlm Blog Lim Kit Siang. Jika menang, blh datang jumpa saya untuk ambil cek bernilai RM 3 juta untuk membaiki sekolah cina. Itulah kata2 yang dinafikan sebagai membeli undi.

Apa yang diherankan jika di PRK Bagan Pinang, Najib menobatkan Isa Samad yang telah mengamalkan rasuah semasa pemilihan UMNO sebagai calon.

Hari2 petaka untuk Malaysia semakin hampir. Jika Greece bangkrap kerana mengamalkan politik seperti ini. Maka Malaysia yang berhutang sebanyak RM 363 bilion atau 52% daripada pendapatan negara bakal menuruti jalan yang sama.

Tanpa Nama berkata...

"Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk. Jelas Najib dalam penafiannya."

Masalahnye, knapa selesaikan masalah kt hulu selangor je? knapa tak selesaikan mslh tanjung karang dgn kuala linggi gak? dan kenapa time pilihanraya baru nak selesaikan masalah? kenapa tak setahun lepas?

ni lah yang aku bengang ni.. Umngok ni ingat aku ni bongok (mangkuk/bodoh) macam dia ke? dia nak soh aku pecaya sampah mcm tu ke? sungguh menghina keintelektualan aku btui mangkuk ayun ni..

hari2 cuba membodohkan rakyat..

Ainul Basirah berkata...

SOALAN BOCOR MATEMATIK UPSR,PMR,SPM 2010 KLIK http://www.maths-catch.com/index.php?ref=fokusspm

Tanpa Nama berkata...

PR pun satu hal, kerana terlalu yakin dengan anjakan sokongan pengundi sehingga tidak menghiraukan peranan SPR dan sentiasa bersedia untuk berlawan di atas padang yg tidak samarata sehingga menyebabkan petugas PR berhempas pulas keletihan...

Kalau macam nilah cara PR, maka rasa lambat lagilah nak ke Putrajaya...

Pastikan berikan tekanan berterusan terhadap SPR ke atas perkara yg dituntut oleh BERSIH tempohari...

Kalau tidak, setiap kali sebelum wisel perlawanan ditiup, BN sudah mendahului PR dengan 5 - 0,

Cerdikkah PR kalau asyik sedia untuk bertanding dgn cara macam ni?

Tanpa Nama berkata...

oh tuhan....

kawasan ADUN and Parlimen saya juga nak 'by-election'....percaya ia dapat habuan lumayan...

Ada apa caranya?...
Felda kawasan lain pun cemburu lah...

Siapa boleh dapat idea bagaimana untuk mengadakan banyak lagi by-election

Tanpa Nama berkata...

mana sibaju kuning Gerakan BERSIH?

Tanpa Nama berkata...

BN sebenarnya sudah tewas dalam pilihanraya Hulu Selangor kalau SPR tak bawa masuk pengundi luar

Tanpa Nama berkata...

jawab salah tak jawab pun salah, abis camno..........

Tanpa Nama berkata...

klau nk ikut kan,bn menang dlm seribu undi jer.tolak la undi bonus,undi pos utk bn.pktan rakyt masih utuh lagi.tak padan dgn pelaburan najib berjuta tabur dgn kemenangan majoriti sebanyak itu

Tanpa Nama berkata...

kalau pr pemerintah. mereka juga akan buat begitu.

Tanpa Nama berkata...

Aku orang marhaen berkata: Terima kasih dato seri Najib...semoga akan ada lagi PRK setiap bulan sementara nak habis penggal parlimen . Kalu setiap bulan ada pilihanraya maka bertambah makmurlah bumi malaysia nan satu ini.
Bukan apa, kalau pilihanraya kecil diadakan baru dapat selesai masalah.Harap harap akan ada kematian setiap bulan Dun atau mp .Satu bulan 100 juta RM ,,,,hebat...kayao...akukayo... bersedia wahai MP ,adun, ramai rakyat yang teraniaya la ni dok mengharap akan ada kematian kepada MP, adun...Kalu BN lagi banyak duit dapaat...maklumlah nak jaga takut kalah...

Tanpa Nama berkata...

Itu pun orang Melayu tak sedar lagi dengan perangai buruk UMNO... masih pangkah UMNO walaupun dah 50 tahun kena tipu dengan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Memang pun... mana ada orang nak percaya cakap puak mujrimin...

Tanpa Nama berkata...

Tiga DUN Hulu Selangor diwakili oleh BN. Apa wakil rakyat DUN-DUN ini buat pada penduduk Hulu Selangor selama ini..fikir-fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

Yang dok bagi dalam envelope di kampong kampong tu sebelum mengundi bukan rasuah ke.
Piiiirrrrrah Najib!!! cerita ka apa....

IbnAbdHalim berkata...

Mana ada orang gila mengaku gila? Najib sumpah Quran mengaku tak kenal Tuya pun orang tak caya,tak kan penafian membeli undi ni orang nak caya? Dah menjadi rahsia awam yang UMNO/BN dari dulu, kini dan selamanya kerjanya macam tu. Kerja-kerja mungkar tu memang dah menjadi asam garam UMNO/BN. Nafilah sejuta kalipun, tak ada orang percaya. Yang percaya hanyalah yang totok karat biru.

Tanpa Nama berkata...

sbnarnya sbab yg paling bsar buat kita kalah
ialah tv3 dialah dalang yg buat bn mnang
sbab tiap2 rumah orang ada tv org prmpuan kbayakan lepak kat rumah tgk tv..
harapkan org lelaki je yg pgi dgr ceramah..

oleh itu kita cari jln mcmana nak palingkan kepecayaan masyarakat kepada berita tv3..
kpd pencaramah2 kena tekankan bab ini..

Tanpa Nama berkata...

najib cakap memang lidah dia macam lidah biawak, bercabang, biasa le mentor dia kan mamak belukang

steve berkata...

appara....yg dah menang 7 kali PRK korang senyap ajek. Time BN menang dan rampas kerusi, dah meracau2 mcm org gila.

Tanpa Nama berkata...

lulus RM3 juta untuk sekolah cina kalau menang.. sah sah ler beli undi.. nak tanya sikit.. mana mai duit 3 juta tu.. kalau bukan duit rakyat..

Sniper berkata...

SPRM pekak kan telinga & butakan mata dalam isu berkempen di Hulu Selangor..secara terang-terangan BN menabur duit di sana dan kenyataan Najib di sekolah cina "kalau esok kita BN menang kita lulus 3 juta" ini bukan ayat-ayat beli undi ke? Seperti jugak di Manek Urai....mana jambatan yang di janjikan.....makin lama makin aku menyampah tgk muka-muka BN ni....

Tanpa Nama berkata...

pakat doa ramai2 ada pilihanraya kecik...dalam kobun gotah pun dapat trafic ligt nantiii....sonang nampak nyamokkk...hehhe