09 April 2010

Najib sahkan calon BN dari MIC.

23 Rabiulakhir 1431H.

Perdana menteri 1Malaysia mengesahkan Barisan Nasional akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Najib berkata ini selaras dengan semangat setiakawan dalam BN memandangkan kerusi itu adalah milik MIC sebelum ini.

"Sebab itu adalah kerusi MIC. Kita dalam Umno, MCA PPP Gerakan akan sokong calon Barisan Nasional tapi saya minta satu biarlah calon itu ditentukan oleh (beliau selaku) Pengerusi Barisan Nasional sebab saya nak kita menang," katanya pada Konvensyen Barisan Nasional Selangor di sini semalam.

Konvensyen itu disebelah pagi menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai mengesahkan bahawa antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hanya lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

2 ulasan:

Awanama berkata...

Najib tau BN berkemungkinan akan kalah di Hulu Selangor. Untuk mengurangkan kesengsaraan senarai kekalahan UMNO, jadi dia serahkan calon kepada MIC. Kalau BN kalah, MIC akan dipersalahkan. Samy Vellu akan dijadikan kambing hitam jika berlaku kekalahan. Di dalam hal ini MIC akan diperbodohkan oleh UMNO.

Sebaliknya jika BN menang, UMNO akan mendabik dada bahawa BN yang diterajui UMNO yang menyebabkan kemenangan, sebab itu kawasan majoriti Melayu. MIC cuma akan menjadi faktor sampingan. Sekali lagi MIC akan diperbodohkan oleh UMNO.

Saya tau trick ni.... dah lama dah.

umno kedah berkata...

mana2 tempat adakah india jadi majoriti??smua minoritikan??sapa yg gatai bagi kerusi kat india2 di malaysia ni dlu??