25 April 2010

TAHNIAH BN

9 Jamadil Awal 1431H
Naninu Sakun

Semalam bermacam2 lagi janji manis BN ditaburkan di Hulu Selangor. Perkara yang dah tertunggak dekat 15 tahun oleh kerana ada pilihanraya cepat2 BN tunaikan. Kadang kala rasa elok juga ada pilihanraya kecil ini barulah macam2 benda dapat. Internet berkelajuan tinggi iaitu Ekios juga dapat. Bagustu! Hari ini Kenduri Rakyat pulak dianjurkan oleh BN. Memanglah Kenduri Rakyat apa tidaknya lepasni segala2 barangpun bolehlah naik. Yang peliknya orang Melayu di kawasan pedalaman Hulu Selangorni ada segelintir yang masih tidak sedarke tentang kepura-puraan BN ni.

Tengok saja Manik Urai mana jambatan yang konon dijanjikan walaupun mereka kalah. Apa jadi pada penduduk2 Bukit Pelandok? Mana BN bila orang kampung dok bising tentang insurans kereta dan motor2 lama yang naik lebih 100 peratus? Lihat sahaja BN pandai kata jangan guna surau2 atau masjid atau sekolah2 untuk berpolitik tetapi mereka buat jugak. Lihat sahaja ketelusan SPR yang menjawab bantahan PR tentang pengundi2 yang dipindahkan ke Parlimen lain? Ada 1 lagi kata2 mereka semalam bahawa PR janganlah kata mereka memihak Bn kerana kalau kata macamtu PR takkan menang Pilihanraya lepas lebih 80 kerusi Parlimen. Namun, bila kita yang berotak memikirkan balik apa yang dikata mereka, boleh lah kita katakan merekani juga merupakan lat BN dalam menjatuhkan PR kalau tidak kes di Perak akan memihak kepada PR.

BUKALAH MATA WAHAI PENDUDUK PARLIMEN HULU SELANGOR PANGKAHLAH PILIHLAH CALON PAKATAN RAKYAT. Jangan bila dah jadi tragedi seperti keluarga saya barulah nak pangkah PR. Bagi yang dah pangkah PR pertahankanlah dan bagi yang atas pagar pilihlah calon PR....

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Banyak pulak duit masa ni...

baei berkata...

Belajar daripada pengalaman itu, penduduk Hulu Selangor sewajarnya memilih calon PKR sebagai wakil mereka kali ini. Rasionalnya, kalau PKR menang, banyak bantuan BN akan datang. Kalau BN menang, lambat dapat bantuan.

Tanpa Nama berkata...

Akibat gula-gula seperti inilah Manek Urai hampir jatuh ke tangan BN. Penduduk-penduduk di tempat begini mungkin ambil masa sikit utk cuba memahami erti politik yang sebenarnya. Mungkin disebabkan masalah ekonomi domestik yang masih membelenggu mereka dan keluarga mereka. Bagi mereka cukup makan minum itu sudah dikira baik.

Tanpa Nama berkata...

PILIHLAH PAKATAN RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

SALAM,
"Tindakan Najib untuk membuat bayaran hanya RM 1,000 tunai dan RM 49,000 dalam bentuk draf langsung tidak mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah sebenar yang seharusnya dibayar kepada peneroka Sungai Buaya.Jika kerajaan memang mampu untuk buat bayaran ini, mengapa perlu tunggu 16 tahun untuk sebuah pilihanraya kecil dan tidak sebelumnya? Mestikah seorang wakil rakyat meninggal dunia sebelum BN mengkotakan janji?"

PADA PENDAPAT SAYA, INI ADALAH SATU PENGHINAAN KPD PENEROKA2 FELDA SUNGAI BUAYA YG TERLIBAT, 16 TAHUN MENDERITA, HANYA RM1000 SAHAJA YG DAPAT, SELEPAS ITU, DI PULAS TANGAN...JIKA MAHU BAKINYA...RM49,000 LAGI, BUKAN JANJI 1 JUTA!

INIKAH JANJI 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN?

Tanpa Nama berkata...

Mana kerajaan pusat dapat duit.....
Dalam masa sekarang ni Belanja Mengurus Agensi kerajaan pun disaran berhemat.....

Tapi kerajaan pusat menjadi pemurah bila ada pilihanraya walaupun ekonomi gawat...

Fikir-fikirkanlah...