18 Rabiulakhir 1431H.
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 2 April: Dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bahawa beliau ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika bersetuju menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12 hanyalah satu pembohongan dan usaha mengalihkan perhatian umum terhadap krisis dalaman Umno negeri itu.
Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, 'pendedahan' itu juga merupakan cara Zambry menggambarkan kepada umum bahawa beliau merupakan calon paling layak memegang jawatan Menteri Besar.
"Ini satu daripada taktik pembohongan Zambry. Kami sendiri telah mengesahkan dengan Datuk Seri Anwar (Ibrahim), memang tidak betul. Kalau ada sekali pun, ramai lagi calon yang lebih hebat dan lebih layak daripada beliau.
"Umno Perak ada krisis dalaman dan ramai yang tidak bersetuju dengan Zambry. Jadi dia sebut perkara itu sekaligus mahu menunjukkan seolah-olah beliaulah calon yang paling baik sekali untuk menduduki jawatan Menteri Besar," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.
Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang juga berkata, tindakan Zambry itu juga hanyalah sandiwaranya untuk menutup kegagalan beliau serta Speaker Dun, S. Ganesan yang gagal mengendalikan sidang Dun dengan baik meskipun mendapat bantuan daripada pelbagai pihak khususnya kawalan ketat polis.
"Itu adalah cara dia untuk alihkan krisis di Perak semalam yang mana dia sebagai MB yang diisytihar oleh Mahkamah Persekutuan, speaker-speaker mereka, polis ada dalam dewan dan di luar dewan tapi masih tidak boleh mengendalikan sidang Dun. Jadi ini menunjukkan satu sikap pengecut Zambry,” ujarnya.
Zambry mendedahkan perkara tersebut ketika menggulung perbahasan sidang Dun Perak, Rabu lepas.
Mengulas lanjut mengenai sidang Dun yang berlangsung dua hari lepas, Nizar berkata, sidang Dun itu dijadikan sebagai alat untuk Umno/BN menunjukkan kuasa mereka sedangkan tiada apa yang dapat dicapai daripada persidangan tidak sampai lima jam itu.
"Persidangan bukan dua hari. Hari pertama perasmian, habis perasmian balik. Hari kedua pukul 10 selepas bacaan doa, Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming bangun membacakan beberapa perkara 3, 4 dan 6 dalam Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri.
"Tapi Ganesan tidak langsung beri hak untuk beliau bangun bahkan Ganesan terus berleter bahkan mikrofon kami semuanya dipadam. Suara kami tidak dapat didengar, dewan tidak dapat dimasuki oleh mana-mana media kecuali media Umno bahkan media alternatif dihantar ke galeri bersama polis. Orang awam tidak boleh masuk, yang ramai cumalah polis. Anggota polis dalam dewan pakai baju biasa yang di luar pakai uniform," ceritanya.
Tegasnya, itulah sebab kenapa semua wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan selain mereka tidak diberi peluang untuk berbahas.
"Kenapa kami keluar dewan? Pertamanya perintah tetap telah diketepikan, tidak dipatuhi dan tidak dihormati. Yang kedua dalam agenda semalam tidak dinyatakan agenda untuk membahaskan titah ucapan Tuanku.
"Kita tanya adakah perbahasan hendak diadakan tapi Ganesan dan Zambry tidak jawab. Jadi ini satu perkara yang mesti dijelaskan. Kalau ada perbahasan kita akan sediakan dan memang kita sediakan.
"Yang ketiga kami mahu persidangan ini dilanjutkan sampai lima hari. Oleh kerana belum pernah lagi sejak rampasan kuasa di Perak, persidangan berlanjutan cuma yang ada sebelum ini pun tidak sampai dua tiga jam. Jadi kita minta supaya lebih adil dan kami boleh bersuara berkenaan tuntutan rakyat. Tapi ini pun tidak dijawab maka kami tidak ada pilihan lain kecuali keluar dewan," katanya.
Harakahdaily/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan