18 Rabiulakhir 1431H.
Roslan SMS
Setelah berpuluh tahun PAS khasnya membantah upcara atau majlis seumpama perayaan Hari Pahlawan diadakan di hadapan Tugu Negara, akhirnya kerajaan Persekutuan mengumumkan tidak lagi akan mengadakan majlis seumpama itu kerana menghormati pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Majlis Fatwa ada memutuskan amalan seperti tiupan ‘Last Post’, bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan ‘Rouse’ yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.
Semoga segala amalan syirik dan haram lain dapat ditiadakan dan masyarakat dapat dibersihkan dari unsur-unsur yang mengundang murka Allah swt.
Walau bagaimanapun pengumuman Menteri Pertahanan bahawa sebuah dataran akan dibina di Putrajaya bagi diadakan majlis berkenaan (tanpa tugu) bagi saya adalah satu pembaziran.
Bukannya kita tidak menghargai majlis memperingati jasa pahlawan-pahlawan kita, tetapi bijakkah dibelanjakan wang rakyat untuk membina sebuah dataran sedangkan kita telah sedia ada banyak dataran, stadium dan seumpamanya.
Di Putrajaya pun telah sedia ada dataran yang digunakan untuk perayaan Hari Kemerdekaan. Gunakanlah sahaja apa yang ada. Islam bukan sekadar mengajar kita menjauhi amalan syirik tetapi juga mengesyorkan kita agar mengelakkan pembaziran tambah-tambah yang melibatkan wang rakyat.

3 ulasan:
Saya tak rasa keakuran kerajaan kerana iman, tapi kerana terpaksa untuk menghenti bantahan dari orang-orang Islam, memulihkan imej bahawa regim sekarang mahukan Islam.
Jika benar kerajaan buat kerana iman, wajar kerajaan merobohkan tugu negara. Banyak cara lagi kalau nak memperingati pahlwan-pahlawan yang terkorban... seperti memberi imbuhan kepada keluarga mereka, membina arkib dan muzium yang dapat mengumpul kisah-kisah perjuangan mereka dan sebagainya yang lebih berfaedah.
Betul le kata Hamba Allah di atas. Perkara ni dah lama benor diperkatakan, depa buat dak, pekak dan tuli aje bertahun-tahun. Agaknya kos haji & tawaf Tugu Negara tahunan tu agak menarik dan lumayan, jadi kalau dilepaskan, melepas le.
Saya pun naik jelak dengan Tugu Negara tu. Dah berkole air ludah saya taburkan setiap kali saya terpaksa melintasi kawasan tu. Apa nak kata, masa buat tu kita didalam kegemilangan zaman jahiliah Muslim Malaysia sampai patong/idol kemerdekaan pun masih ada menyambut tetamu diParlimen.
Namun takpe lah, akhirnya doa dan harapan kita termakbul juga. Marilah kita solat syukur dua rakaat semoga Allah menggerakkan roh nazak Islam dalam pemimpin kita supaya beralih ke jalan yang benar jika ingin jadi pemerintah. Takpelah jika mereka tak ikhlas, yang pentingnya Allah masih mengasihi kita dan memakbulkan permitaan hamba2Nya yang kerdil ini. Mudahan kita TIDAK AKAN TERSILAP MEMILIH PEMIMPIN LAGI DI MASA DEPAN, INSYALLAH.
dari darahkumelayu@yahoo.com.sg
memang betul apa yg hang sume cakap...semua masalah di malaysia or dunia akan dapat diselesaikan sekiranya semua kembali dan mengamalkan ajaran agama islam...dah kita(pemimpin umno)tak tau agama,tak payoh dok sibuk2..
Catat Ulasan