26 April 2010

Tok Janggut

11 Jamadil Awal 1431H.
Naim Qlate

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.



Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhak. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.


12 ulasan:

impotenta berkata...

Great blog :)

Tanpa Nama berkata...

dulu kini dan selamanya..melayu memang bagse yang paling takut dengan kuasa

Mohamad Najib Yahya berkata...

Yang menuntut Hak di anggap Penderhaka dan Penjenayah serta disingkirkan .. yang bathil dipuji dan dibela ... lumrah hidup dewasa ini.

Tanpa Nama berkata...

inilah sikap sultan.. benda yg sama terjadi hari ni....begitulah agaknya hingga akhir dunia...
fikir2kan lah pd yg tadah tangan tiap jumaat

Tanpa Nama berkata...

gambar tok janggut betul ke tu?

Tanpa Nama berkata...

hak saya tau, Tok Janggut ni pengkhianat. Dia cuba nak tubuhkan negeri (negara) Pasir Putih yang berpisah dari Kelantan.

Jika berlaku, Tok Janggut akan jadi Perdana Mendteri manakala Enggku Besar Jeram akan jadi Raja .

Tanpa Nama berkata...

itu hak demo tahu,kena kaji hak demo tak tahu.. ada ilmu

azlan berkata...

Sophon Charoenpura

hok mu tau.. hok mu tok tau? soh bapok dge keturune mu tu pecacai org2 besar negeri.

Tanpa Nama berkata...

sophon,klu jadi pun,negara tu akan diperintah oleh rakyat sendiri,bukannya dijajah oleh kuasa luar.lain la,kalau kau pun memang b'jiwa n keturunan penjajah luar.
sejarah mmg telah membuktikan,semua raja2 menerima penjajah sebagai penasihat,dan membunuh RAKYAT JELATA SENDIRI,yg dianggap pemberontak kepada penjajah.
aku tak tau la mcm mana plak kau membuat kesimpulan sejarah yg kau belajar

Tanpa Nama berkata...

apa pun, inilah yg terjadi. Pembela tanahair di labelkan sebagai pengkhianat. Melayu sujud kepada penjajah sehingga ke hari ini sehingga ada pegawai kerajaan yang berhasrat untuk membina tugu memperingati penjajah yang di bunuh oleh anak bangsa sendiri demi tanahair.

Bacalah sejarah tanahair, setiap pahlawan-pahlawan melayu yang bangkit melawan penjajah akan di labelkan sebagai pengkhianat. Dan semestinya pahalawan melayu terbilang bukan hang tuah.....

Tanpa Nama berkata...

sophon charoenpura..........

mu ni...... nama pun dah dekat denge Sopeng adik bradik sumbing.mu tak reti ko beza antara pengkhianat dengan pembela tanah air? mu tak belajar sejaroh ko? aku raso mu ni salah sore makhluk hak termakan catatan penulis sejarah penjajah @ mu jahil sejarah.

Unknown berkata...

Terbaik