26 April 2010

Kekalahan tidak mematahkan semangat PKR.

Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di Stadium Kuala Kubu Bahru. Ia dihadiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang, ahli parlimen Batu Tian Chua dan ahli parlimen Gombak Azmin Ali serta kira-kira 300 penyokong PKR

"Ini bukan kali pertama kita kalah. Kekalahan ini tidak akan mematahkan semangat kita. PKR pernah kalah teruk sehingga tinggal satu kerusi sahaja. Kita akan terus berjuang," kata Tian Chua.

13 ulasan:

Angkatan Muda Keadilan berkata...

Salam. Jangan patah semangat. Saya tetap Bersama Pakatan Rakyat. Kita susah senang bersama2..

Tanpa Nama berkata...

assalamaualaikum YB!
di hulu selangor, org felda menangkan india dan sungai siput satu masa dulu org felda juga menangkan india

Tanpa Nama berkata...

adat perjuangan,,,,kalah mmg sentiasa,,,,kemenangan sungguh mahal harganya,,,

Tanpa Nama berkata...

"PERJUANGAN BELUM SELESAI MASIH ADA LAGI PRK SIBU.....KITA NANTIKAN PRU KE 13 NANTI NIE...DEPA AKAN MATI KUTU LAAAAAAAA.....NAK LAMBAK PROJEK APO LAHGIII NANTI NIE......DEPA BAGI DUIT KITA SAPU.....UNDI BELUM TENTU LAAAAAAA PILIH LAAAAAAAAAAAAAA

sukatengok berkata...

ini juga boleh tolong check? Allah menentukan segalanya...

http://loveperak.blogspot.com/2010/04/lagi-prk-kota-damansara-pula.html

zuhairy berkata...

PR kena kaji, analisis dan cari strategi bagaimana nak menembusi kawasan Felda. Dari dulu lagi kawasan felda adalah kubu kuat BN.

PR kena ambil iktibar. Bukan setakat felda-felda yang ada kat Hulu Selangor je. Felda-felda lain yang ada kat dalam DUNIA ni.

Kalau boleh tembus kawasan felda, maknanya harapan nak ambil alih Putrajaya cerah. Kalau tidak, PR jangan bermimpi nak ke Putrajaya!

Mmg kalau buat PR nak buat program dalam kawasan Felda selalu kena sekat dgn pengurus2 Felda. Jadi, cari jalan bagaimana maklumat boleh sampai kat peneroka.

sukatengok berkata...

Boleh ulas pasal ni? Confirm ke?

http://loveperak.blogspot.com/2010/04/terkini-adun-umno-meninggal-dunia.html

Tanpa Nama berkata...

Ya..sebenarnya undi untuk PKR bertambah berbanding PRU yang lalu tetapi BN menang sebab undi pos dan undi rosak kembali semula kepada mereka.

Kita tidak kalah..teknikal saja tu...kita berjuang dan terus berjuang tanpa istilah putus asa.

Ingatlah perjuangan adalah tuntutan Illahi. Allah tidak bertanya kenapa kamu kalah tetapi kenapa kamu tidak berjuang menentang golongan yang zalim itu.

Senyumlah dan terus mara!

Tanpa Nama berkata...

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid..

Di buang dia berkelana
Di penjara dia uzlah di bunuh syahid
Namun jiwa tetap marak menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, tegang silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis..
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran..
Antara dua pasti terjadi.
Tunggulah syahid atau menang..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, tegang silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi.
Tunggulah syahid atau menang..

IbnAbdHalim berkata...

A battle was lost but we'll win the war, InsyaAllah!

Tanpa Nama berkata...

Ini kat Hulu Selangor yang rata2 pengundi Melayu generasi pertama FELDA. Minda mereka masih lagi minda RTM saluran perdana, kalau nak banding dengan pengundi Melayu di Petaling, Gombak dan Hulu Langat jauh berbeza. Anyway, tahniah buat Dato Zaid yang walaupun tewas, masih boleh menerima kekalahan. PRU-13 dah tak lama lagi, susun strategi dari sekarang untuk hancurkan UMNO laknatullah!!! Kepada penyokong dan pendokong PR, kita menang moral walaupun kita tewas di peti undi...tunjukkan kesepaduan kita sekali lagi di Sungai Burong dan Kota Damansara....TAKBIR!!!! REFORMASI!!!!

Tanpa Nama berkata...

ketawalah sekarang dan ketawaa kemudian lebih indah bersabarlah dan teruskan perjuangan

Pemuda PAS Kijal berkata...

ASSALMU'ALAIKUM... TAHNIAH ! KEPADA SEMUA PETUGAS2 PAKATAN RAKYAT YG BERTUNGKUS LUMUS DI PRK HULU SELANGOR. SEMOGA KEPUTUSAN PRK P 094 MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT KPD SEMUA PETUGAS2 DAN PENYOKONG2 UNTUK TERUS BERJUANG DGN LEBIH GIGIH LAGI BAGI MENGHADAPI PRU KE 13 NANTI. TAKBIRRRRR...