05 Mei 2010

Guru oh guru

19 Jamadil Awal 1431 H
Naninu Sakun

16 Mei setiap tahun akan disambut perayaan Hari Guru di Malaysia. Berbagai program dirancang bagi memeriahkannya oleh GURU. Mesyuarat khas biasa dibuat memanggil GURU-GURU membincangkannya. Tahunni mungkin hebat lagilah sebab telah keluar arahan 15 Mei hari Sabtu semua GURU kena datang sekolah bagi menjalankan Gotong Royong Perdana sempena hari GURU. Oleh kerana 16 Mei jatuh hari ahad maka semua sekolah kena sambut perayaan Hari GURU pada hari Isnin 17 Mei. Semuanya GURU jugak kena jalankan. GURU-GURU takde rehatkah? hingga sambutan hari GURUpun GURU juga kena jalankan? Perkara inilah yang dirungutkan oleh kawan-kawan saya yang merupakan GURU-GURU.

8 Mei hari Sabtuni GURU-GURU ada yang kena ke sekolah menghadap LADAP lagi. Duit xde tapi program kena jalan juga. Asyik-asyik hari Sabtu juga diganggu GURU-GURU. Yang peliknya kerani-kerani di sekolah boleh bersenang lenang di rumah dengan keluarga mereka tapi GURU menghadap sekolah jugak. Kasihan GURU-GURU.......TPM kita tidak kesianke??????????

Pada pandangan saya, sepatutnya hari GURU janganlah dibebankan GURU-GURU lagi. Bagilah GURU-GURU ni berehat sempena perayaan hari mereka. Cukup sekadar murid-murid buat majlis untuk GURU-GURU disekolahpun tidak mengapa ataupun para Ibu bapa penjaga membuat majlis untuk GURU-GURU di sekolah. Xsalahkan bendani. Kita cuba membuat perubahan demi memperjuangkan nasib GURU agar GURU-GURU merasa diri mereka dihargai bukan dibebankan dengan bermacam-macam perkara. Bagi GURU-GURU yang pernah mengajar saya TERIMA KASIH CIKGU saya ucapkan...........

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

13 ulasan:

cikgu pencen berkata...

Guru ni mcm segala2nya...'budak jahat'.... guru....budak tak pandai baca, guru.... kerajaan nak 'ajar apa2' , guru....pendek kata ...guru, guru, guru..... jadi bagaimana dgn 'imbuhan' kpd guru?? 'kebajikan' guru?? Guru2 yang berulang alik beratus km??

Tanpa Nama berkata...

Ada akai ka depa ni? Hari Guru suruh buat gotong-royong, guru kacik teruk buat kerja, yang 'besaq'tengok saja..

Tanpa Nama berkata...

YB, Bila teringat cerita guru, saya teringat kisah beberapa orang guru/ustaz beberapa tahun yang lalu. kisahnya lebih kurang begini. beberapa guru dari beberapa buah sekolah dalam daerah Krian/P Buntar telah hilang dari sekolah mereka (ponteng mengajar), beberapa hari lepas itu timbul kembali, bila ditanya oleh Guru Penolong Kanan pasal apa tak datang mereka jawab kerana urusan 'negara'. Rupa-rupa nya pergi menghadiri perhimpunan agong umno. guru besar pun tak berani nak ambil tindakan. kata mamat-mamat tu"Kalau nak selamat dari tindakan kenalah menyertai umno".

MENGAJAR WAJIB - AMANAH. PERHIMPUNAN HARUS. TETAPI GURU-GURU NI BUAT YANG HARUS TINGGALKAN YANG WAJIB. MUNGKIN YB BOLEH KOMEN.

Tanpa Nama berkata...

Kepada guru-guru saya ucapkan selamat hari guru. Terutama bekas guru-guru saya. Kepada guru-guru yang suka ponteng saya harapkan mereka bertaubat, rezki tak berkat.

Bagi Penolong Kanan yang ada lesen kelas F, jabatan pelajaran (PPD)kena nasihat lah mereka ni, golongan ini, waktu bertugas pergi mengawasi projek. Mereka ini biasanya orang kuat umno, dapat projek PLB dan lain-lain, tugas di sekolah tinggalkan ketepi, utamakan projek, guru besar tak berani nak nasihat. sebab depa pakai konsep "UMNO BOLEH" Pada guru-guru seumpama ini layak ke menerima ucapan selamat hari guru?

Tanpa Nama berkata...

itu lah.....guru

al amin ahmad berkata...

sekarang ni ada plak satu amanat JPN agar sesiapa guru yang sukarela memotong gaji mereka setiap bulan agar dapat membantu tabung pelajar2 miskin atau KWAM..
JPN atau kerajaan pusat terdesak sangat ka sampai suruh guru sukarela potong gaji setiap bulan?

Tanpa Nama berkata...

Guru sekarang dibebankan dgn byk sgt tugas dah mengalahkan kerani dah..mcm mana nak tumpu ngajar...last2 anak bangsa kita juga yang hancur...anak2 menteri takpalah,boleh blajar kat sek private @ oversea..Tolonglah kasihani para guru kita,jgn bebankan lagi mereka....Buat menteri yg berkaitan,jgnlah asyik sibuk berpolitik hingga lupa masalah anak buah.

Tanpa Nama berkata...

Masa saya masuk maktab perguruan, 25 tahun yg lalu, saya ada terdengar bahawa kerjaya guru ini macam masak kuih bahulu. Ramuan dan penyediaan bahannya memang rumit sekali. Masaknya pula di atas ada bara dan di bawah pun ada bara. Ibaratnya di atas ada pihak pentadbiran yang hendak itu dan ini. Di bawah pula ada pelajar dan ibubapa yang mengharapkan sesuatu mukjizat yang boleh diberikan oleh guru supaya anaknya menjadi pandai. Kebijaksanaan, berpengetahuan, berpengalaman, ketekunan, kesabaran, tak jemu menunggu dan menanti. Itulah remedi untuk mendapat kuih bahulu yang enak dan rangup. Begitulah juga remedi untuk menjadi seorang guru yang serba boleh dan serba tahu. Tanyakan diri sendiri wahai guru-guruku, adakah remedi anda telah lengkap jika belum usahlah mengeluh kerna dengan mengeluh tak akan merubah segalanya.

Saya menurut arahan GB berkata...

Slm.....Kawan2 guru.saya dah lama nampak semua
nie.Ape saje guru kene.menteri buat kenyataan.
nak bagitau dia peka dgn rakyt.Pastu sebut sejarah makin dilupe.Sape yg teruk???Guru - guru
la yg kene.LDP pulak tambah kacau hidup guru.
Duit takde peruntukan suruh guru kuar duit sendiri utk pergi jugak LDP. Sedangkan Kesatuan Guru menuntut LDP dimansuhkan terus.
Suara guru tak mahu didengar kerajaan.
Sekarang disuruh buat LDP
Guru terkejar masa utk dirinya,keluarganya,kerja
nya dan duitnye yg cukup2 je.
Kesian guru.

Tanpa Nama berkata...

nasib seorang gurula mcmtu

akulajuki berkata...

Kesian Guru????? kenapa lak nak kesian kat guru?? apa yang menimpa guru-guru adalah kerana guru-guru hanya pandai angguk jer, kalau ada guru yang menongkah arus akan dipandang serong dan mulalah kena tukar jauhhhh.

kebanyakan guru sekarang berada dalam zon-selesa dengan pelbagai sogokan dlm bentuk imbuhan kenaikan gred dan sebagainya, jadi sesekali kena dera kira padan muka dia orang lah.

ramai guru sekarang kaki bodek dan penakut, jadi tak guna nak meracau. terima sajalah beban yang diberi jangan nak merungut. apa yang kita tuai adalah apa yang kita tanam.

Tanpa Nama berkata...

Salam
Selamat Hari Guru
Terima Kasih kepada semua guru ku.
Guru ni pun satu hal jugak, kalau nak perjuang nasib guru masuklah kesatuan, ni tak sampai 50% masuk, macam mana tuntutan nak kuat. Kerajaan pun satu pulak, pisahkanlah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran baru senang laksana apa2pun tanpa melalui SPA.

Tanpa Nama berkata...

Bukan itu shj, guru diarahkan pergi ke sana sini, contohnya mesyuarat, kursus, menghantar pelajar dan sebagainya tetapi tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan. sama ada tuntutan perjalanan atau apa shj le. Bini najib tu, jadi menteri mana ye, terbang sana sini. maya be orang yang banyak bayar cukai.....
Guru OH Guru kau jadi pencacai sebenarnya.....