24 Mei 2010

Inter Milan Ungguli Liga Juara-Juara Eropah 2009/2010

9 Jamadil Akhir 1431H.

MADRID: Inter Milan melengkapkan trofi kejuaraan kelab dari Itali itu apabila menumpaskan Bayern Munich 2-0 pada aksi akhir Liga Juara-Juara Eropah 2009/2010 di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi tadi.

Inter memmpersembahkan permainan menakjubkan termasuk pejaga gawang, Julio Cesar bagaimanapun pemain yang harus diberi pujian ialah penyerang Argentina, Diego Milito yang menyumbatkan kedua-dua gol bagi memastikan kemenangan Inter ke atas Bayern di Madrid.

Gol-gol Milito memang memeritkan anak-anak buah Louis Van Gaal selepas dia memusnahkan sepenuhnya pertahanan Daniel van Buyten khususnya gol kedua pada minit ke-70.

ni merupakan aksi pertama di akhir Liga Juara-Juara sejak tahun 1972, kejayaan pagi tadi juga merupakan trofi Eropah yang ketiga sejak yang pertama pada tahun 1965.

Pasukan itu juga merupakan kelab Italai yang pertama yang mencapai kejayaan menakjubkan dengan trofi Serie A, Piala Itali dan terkini Liga Juara-Juara Eropah.

Perancang utama Inter, Jose Mourinho mengakui bahawa perlawanan akhir itu adalah yang terakhir sebelum meneroka cabaran baru iaitu menjadi jurulatih pertama menjuarai gelaran Eropah melalui dua kelab berbeza.

5 ulasan:

Unknown berkata...

Jose Mourinho mesti diusahakan oleh FAM menjadi pengurus bola sepak Malaysia dengan sentuhan ajaibnya. Kita jangan hanya menonton tapi belajar dan jangan suka meniru. Maruah negara mesti dipertahankan ... . Malaysia layak ke separuh akhir Piala Dunia 2014

Unknown berkata...

Liga di negara kita tiada upaya. Lesu. Anak muda tidak menjadikan malam minggu untuk menonton tapi lebih rela duduk di kedai kopi tonton perlawanan antarabangsa di layar besar hingga lewat pagi sebelum qiamulai. Patutnya FAM malu

Unknown berkata...

FAM mesti dapatkan khidmat Jose Mourinho segera

Tanpa Nama berkata...

malaysia kalau malaikat jurulatih pun tetap lingkup..ini bukan masalah jurulatih..tetapi masalah pengurusan bola sepak di malaysia yang out serta sikap pemain...

dol kakirempit berkata...

Salam Yb

Aurat laki ni bkankah antara lutut ngan pusat atau camana... kan ke pmain bola ni mmddhkn lutut..tak haram ke prbuatan tu...myokong prbuatan yg haram adalah brdosa. apabila brdosa..msuk neraka jika taubat tk d trima.

Smua org dh tau pogrm bola ni mmg tajaan org kafir..so org Islam pn rmai gak yg skong prgram ni.. bila sbut pasal judi bola..rmai org puak ni yg bantah..bila prog bola rmai plak sokong..

Tu la pndrian puak ni..bila org lain buat salah..kna tang dia..ok...msuk neraka pun ok..

Bwak2la bertaubat...blik kepada asal...demi perpduan bangsa agama dan tanahair