25 Mei 2010

ISU JUDI DAN KILANG ARAK-BLOGGER PRO UMNO MENGAPA BEBAL SANGAT?

10 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: WFAUZDIN

ISU judi nampaknya semakin menjerat leher Umno yang sering mendakwa sebagai parti yang menyelamatkan bangsa Melayu dan memperjuangkan Islam. Isu APCO yang semakin sinonim dengan parti kebangsaan ini pun tidak cukup lidah mereka ingin menepisnya hinggakan terpaksa guna kuasa dan undang-undang bagi menyelamatkan maruah mereka. Dan, DS Anwar menjadi mangsa kerana Ketua Pembangkang itu tidak mahu bersekongkol dengan APCO/Yahudi tersebut.

Sebelum ini isu arak, sehinggakan Blogger pro Umno terpaksa bermain silap mata untuk memperbodohkan pengunjung-pengunjung blog mereka yang sudah sememangnya dungu itu dengan menyiarkan foto tipu menggambarkan Dato' Zaid Ibrahim sedang minum arak. Kali ini, Blogger mereka yang tidak pernah cerdik itu cuba untuk bermain dengan isu judi pula. Kita tahu mereka terpaksa mengampu dan mengipas bos mereka yang sedang panas dengan isu judi bola sekarang ini. Blogger ini sekali lagi mengambil kesempatan di atas kedunguan ahli-ahli Umno dan pengunjung blog mereka dengan hujah, "mengapa negeri-negeri di bawah kerajaan PR tidak mengharamkan judi dan arak". "Mengapa kilang arak di Shah Alam tidak ditutup". Mengapa lesen judi dikeluarkan?

Mari kita mengajar mereka yang jahil ini supaya lebih cerdik dan jangan sampai jahil ke tahap gaban. Pertamanya soal lesen, mereka tahukah siapa yang berkuasa penuh untuk mengeluarkan lesen judi dan kilang arak? Kerajaan negeri atau Persekutuan? DAN, yang paling PENTING, siapa lebih berkuasa, Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri? Mengapa Kerajaan Pusat masih mahu menambah satu lagi lesen perjudian dengan lesen judi bola ini? Kilang arak terbesar di Shah Alam dan Pusat Judi terbesar di Genting itu siapa yang luluskan lesennya beroparasi? Blogger pro Umno tidak tahukah? Ok lah, untuk memudahkan mereka mengaji ilmu ini, kita siarkan apa yang dinyatakan di dalam Blog Justice For All ini. Buat Blogger yang rendah minda itu, sila semak intisari di bawah dengan merujuk panduan dan Akta-Akta di bawah;

a) Perlembagaan Persekutuan,

b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953

c) Akta Pertaruhan Pool 1967

d) Akta Perlesenan Perniagaan 1948

Perlembagaan Persekutuan

JADUAL KESEMBILAN

[Perkara 74, 77]

Senarai Perundangan

Senarai I—Senarai Persekutuan

4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—

(l) Pertaruhan dan loteri

Dan negeri hanya kawal panggung wayang sahaja..

Senarai II—Senarai Negeri

(f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam.

Lesen Perniagaan (perjudian) di seluruh negeri adalah diproses dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pelesenan di bawah kuasa-kuasa dalam Akta Perlesenan Perniagaan 1948. Pihak Berkuasa Pelesenan adalah Presiden-Presiden Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai yang dilantik oleh Menteri Persekutuan sebagai Pihak Berkuasa Pelesenan.

Pihak Berkuasa Pelesenan adalah melaksanakan tugas-tugas mereka di bawah kawalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Persekutuan. Ini adalah disebabkan bahawa Akta Perlesenan Perniagaan 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan yang dipohon oleh pemegang Lesen Pertaruhan Pool.

Dan kerajaan negeri, hanya ada kuasa hadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis]. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Harus diingat, kerajaan negeri hanya boleh hadkan premis atau tempat judi, bukannya lesen judi. Macamana nak hadkan judi kalau guna secara online..tanpa premis..tak boleh nak tutup pusat judi jika ada lesen. Macam di Genting Highland, ada berani ke UMNO Pahang atau Jaip pergi tutup pusat judi tu? tentu jawapannya tidak.

Jadi kerajaan negeri hanya boleh kawal judi untuk umat islam sahaja, bukannya lesen judi..ini boleh dilihat dalam enakmen negeri masing-masing..

Sebagai contoh Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2004 yang menyatakan : "Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya"

Kalau hujah negeri PR boleh sekat judi, itu hujah dangkal kerana kerajaan negeri tiada kuasa..hanya ada kuasa berkaitan premis judi sahaja. Kalau guna online, kerajaan negeri mana boleh sekat judi tanpa premis ini.

8 ulasan:

anakjati Kuala Kurau berkata...

Blogger UMNO .. mcm besa la .. nak ajak org lain BODOH mcm mereka... BODOh yang melampau2...tak boleh ajar dah tu ... nak kata BODOh lembu pun tak bleh .. sbb lembu tak langgar perintah ALLAH ... nak kata bodoh tahap GABAN .. pun payah .. pasal puak nie.. bukan GABAN .. bodoh macam aper.. ngkorang sendiri la yg fikir..

Tanpa Nama berkata...

Mereka bukan tak tahu pasal kuasa negeri dan kuasa pusat tapi cuma buat buat tak tahu. Lagi pelik TPM kata nak kaji .....walhal dah di luluskan pun lesen judi ni siap bagi ke vincent tan lagi. Kaji amenda ....

Tanpa Nama berkata...

lesen sememang sudah diketahui pusat yg lulus tapi premis atau tepat judi dibawah bidang negeri..ada lesen tempat tak ada nak main kat mana justru itu kita yg bagi tempat apa hukum nya dan yg bersepah dlm negeri yg pr perentah tak hapuskan apa hukum.online itu judi tak bertepat itu pr tak tanggong,negeri ada kuasa diatas premis itu bermaana kerajaan negeri terlalu kuat punyaai kuasa..tepok dada tanya selera,,nak seribu daya tak nak seribu daleh..allah maha ketahui di atas niat sasaorang itu....demo judi memang bagus tapi negeri pr perentah bagaimana.ketam ajar anak jalan betul..islam, judi itu haram, lesen ka yg bri tempat ka,kita serupa...........fikir2 lah....

Tanpa Nama berkata...

saya pun rasa pelik masa khir toyo luluskan 4500 premis judi di selangor, puak puak umno ni apasal senyap je. fikir2 lah

nasib baik pr perentah, silap2 kalau masih bn pegang kuasa mungkin angka tu bertambah. fikir2 lah

Tanpa Nama berkata...

Persoalan sekarang, yang lebih penting, kita semua rakyat Malaysia tak kiralah Umno ke PAS ke PKR ke Dap ke, Mca, Mic, Gerakan semua org mesti menunjukkan pendirian yg sama iaitu MENOLAK, MEMBANTAH, TAK NAK, MENUNJUKKAN KETIDAKPUASAN HATI, MENCERCA, MEMBANGKANG, MENYUMPAH DAN LAIN2 LAGI terhadap judi sama ada ada lesen atau tidak supaya dengan ini, kita semua...MAJORITI RAKYAT menyatakan dengan tegasnya kepada kerajaan bahawa kita MENENTANG JUDI. Dengan itu, kerajaan tak kiralah samaada Pusat atau Negeri akan mengkaji dan seterusnya MENGHAPUSKAN lesen judi di mana-mana sahaja di Malaysia ini.

Kalau kita semua tidak memulakannya maka kerajaan Malaysia akan menganggap bahawa sebahagian kecil sahaja yg MEMBANTAH JUDI ini.
Majoriti rakyat Malaysia yg lain akan di anggap menyokong atau tak kesah dgn judi ini.
Kerajaan Malaysia hanya takut jika SEMUA RAKYAT MALAYSIA BERSUARA LANTANG SAHAJA...SILA AMBIL CONTOH PERARAKAN PPSMI, BERSIH DLL.

SEMOGA DI HARAP, SEMUA FAHAM BAHAWA JUDI ITU AKAN MENYEBABKAN PENYAKIT SOSIAL DAN HURU HARA KPD NEGARA...SEPERTI KATA NABI, MANFAATNYA SEDIKIT, TETAPI MUDARATNYA BESAR... JADI KALAU KITA BERNIAGA CONTOHNYA, MAHUKAH KITA...UNTUNG SEDIKIT TAPI RUGINYA BESAR? YG RUGINYA NANTI SEMUA ORG, TERMASUK YG TAK BERJUDI...
JUDI=INSTITUSI RUMAHTANGGA HANCUR, SUAMI ISTERI BERCERAI, BERHUTANG SEKELILING PINGGANG, ANAK2 TERABAI, MELAKUKAN JENAYAH, JENAYAH MENINGKAT.. MASYARAKAT PORAK PERANDA, JENAYAH BERLELUASA... MASYARAKAT AKAN DI CENGKAM OLEH GOLONGAN KAYA BERHATI IBLIS-TIADA BELAS KASIHAN-ALONG, KITA AKAN KEMBALI KE ZAMAN ANARKI..TIADA UNDANG2, YANG KAYA MEMANIPULASI YG MISKIN...SEPERTI DI ZAMAN JAHILIAH...

MASA ITU NASI SUDAH MENJADI BUBUR, SEMUA PIHAK AKAN RUGI.

Qaseh Bonda berkata...

Next election jom ramai2 kita tumbangkan kerajaan barisan nasional for our next generation.

Generasi akan datang tak lagi dungu dan beku seperti generasi sekarang walaupun dah keremotmot...masih tak sedar2 diri...usia bonus yang Allah hadiahkan masih lagi nak disia2kan.

Orang tua2 UMNO paling ramai cat rambut tanda masih berangan muda lalu takut pada bayang2 sendiri bila melihat uban kian memutih pada hal sekiranya mereka tahu hikmah uban.

Teringat kembali kisah dua anak muda lembut tanpa segan silu beli arak di 7 eleven lalu minum di kedai mamak.

Jangan biarkan generasi ini berkembang.

Tukar pemerintah...cipta sejarah...hanya mereka yang takutkan Allah saja yang berani kerana benar.

Selebihnya lihatlah disekeliling...bijak pandai UMNO sekadar dibibir...jenayah berleluasa, UMNO tutup sebelah mata...sana sini orang kerajaan bergelumang rasuah...UMNO bangga!!

Sayangkan anak cucu sama2lah bangun kalahkan UMNO yang ternyata gagal kerana memerintah terlalu lama.

Dah lama dah kita pakat2 jadi paria dibumi sendiri...sampai masa anak2 paria ini sudah dewasa.

Anak2 ini berintegriti...ada karisma...pembela agama dn negara.

Qaseh bonda sentiasa mendoakan kejayaan anak2 ini yang dizalimi oleh kerajaan barisan nasional.

Tanpa Nama berkata...

UMNO/APCO memang terang dan jelas tak kira haram dan halal asal duit mayuk ..sebab nak buat modal pru ke 13 duit dah tak cukup.... skrg ni cikgu sekolah nak outstation boleh claim rm 0,20/km..... he..he... 20 sen je..apa nak buat 20 sen se km....mintak cikgu2 tlg sah kan betulke? kalau claim yg lain2 tak lulus.... guru besar kena guna duit sendire kalau ada pelawat dtg sekolah.... tanya pada guru besar betul tak kalau pelawat dtg sekolah guru2 akan masukkan cas kedalam akaun guru besar sekolah... itulah sokong lagi UMNO APCO kan dah susah....suruhlah potong dulu Elaun Menteri ... si Muhidin Yasin tu..jln sana sini ...byk claim tu...mintak le kat UMNO APCO... nasib lah cikgu2 kalau tak sedar jugak tak tau lah ...lepas ni pegawai kerajaan pulak kena...

Tanpa Nama berkata...

YG HARAM TETAP HARAM......BEBAL LA