01 Jun 2010

Nik Aziz syukur PAS kekal bersama Pakatan Rakyat

17 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

SEPANG, 30 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan rasa syukur kepada Allah kerana kekal memelihara PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno BN pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) kelak.

“Mahu tak mahu, Allah dah siapkan kita bersama DAP dan PKR untuk kita (PAS) sebut tentang Islam untuk ganti Umno.

“Alhamdulillah, sekarang ini PAS dah bersama Pakatan (Rakyat) dan tolak (usaha) perpaduan (PAS) dengan Umno,” jelas beliau tengah hari tadi ketika merasmikan Masjlis Pecah Tanah Kompleks PAS di Paya Indah Wetland, di sini. (Gambar)

Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS seharusnya terus mendekati masyarakat bukan Islam dari kalangan kaum Cina dan India untuk menghadapi Umno, selain memperkukuh hubungannya dengan masyarakat Islam berbangsa Melayu.

“Yang lawan kita ini bukannya orang Cina, orang India bukan Islam, yang lawan kita ini dalam pilihan raya nanti orang Melayu (Umno).

“Sebab ini, dalam pilihan raya nanti yang lawan PAS bukannya orang Cina, tetapi orang Islam sendiri (Umno),” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau memuji kepemimpinan PAS kerana meletakkan PAS sebagai parti yang disegani oleh masyarakat Islam dan bukan Islam di tanah air.

“Setahun dua ini, orang Cina mulai rapat dengan PAS, orang India mulai rapat dengan PAS atas pemimpin kita yang tolak politik perkauman,” ujar beliau.

Mengambil contoh reaksi rakyat terhadap PAS dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini, beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa masyarakat bukan Islam kian mengenali keindahan Islam.

“Di Sibu baru-baru ini, orang Cina yang sokong DAP mula rapat dengan PAS, mula-mula rapat dengan PAS, selepas ini rapat dengan Islam,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, tidak mustahil Islam di tanah air akan dominan dengan keislaman bangsa Cina dan India kerana sejarah membuktikan bahawa kedua-dua bangsa itu lebih awal menerima Islam berbanding bangsa Melayu serta sudahpun mempunyai tamadun Islamnya yang tersendiri.

Sebelum pada itu, Abdul Hadi mewakili kepemimpinan PAS Pusat merakamkan penghargaan kepada Nik Abdul Aziz kerana sudi merasmikan masjlis pecah tanah tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyeru seluruh rakyat khususnya ahli-ahli PAS supaya berlumba-lumba berwakaf harta untuk membina kompleks PAS sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar as-Siddiq dengan membeli sebidang tanah untuk didirikan Masjid Nabawi di Madinah.

Turut bercakap di pentas yang sama, Datuk Husam Musa selaku Pengarah Jawatankuasa Pembinaan Kompleks PAS.

Sebarang derma dan sumbangan wakaf boleh disalurkan melalui Bank Islam Sdn. Bhd. (BIMB) bernombor 14023010039098 atas penama Parti Islam SeMalaysia Markaz Tarbiah PAS.

Harakahdaily/-

2 ulasan:

PAS MEMERDEKAKAN MALAYSIA DR UMNO berkata...

Salam,

PAS BERSAMA PKR DAN DAP SELANGKAH DEMI SELANGKAH MENDEKATI PUTRAJAYA, INSYA'ALLAH...

BILA TEMBOK PERKAUMAN BERJAYA DI PECAHKAN OLEH PR MAKA HEGEMONI UMNO BERTOPENGKAN KETUANAN MELAYU BERSAMA RAJA KATAK PERKASA, BANKRAP-BANGKIT MELAYU DAN TAUKE-TAUKE KAPITALIS AKAN BERAKHIR/BERKUBUR...

SEMUA PERANGAI HUDUH DAH LENGKAP=
UMNO=TAK TAHU MENTADBIR NEGARA, YG TAHU DPT DUIT HASIL JUDI...BUSUK SAMPAI KE USUS.
MCA=CHUA SOI LEK PEMIMPIN VIDEO DOT DOT DOT
MIC=SAMY TAK NAK TURUN2...SAMPAI 2012+++

MARI KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA MEMPERTAHANKAN SUBSIDI MINYAK UTK RAKYAT BAWAHAN...KITA PERNAH BERJAYA DLM PERHIMPUNAN BERSIH DAN PPSMI, MAKA LANJUTKAN PULA KPD MEMPERTAHANKAN SUBSIDI MINYAK...

AYUH, MARI ADIK KAKAK KITA PAKAT2 TOLAK BN YG AKAN => BANKRAPKAN NEGARA PD 2019 NANTI...

ALLAH DAH TUNJUKKAN/BONGKARKAN SEGALA KEJAHATAN & PENYELEWENGAN UMNO SPJG LEBIH 50 TAHUN MEMERINTAH MAAYSIA-NEGARA KAYA =>JADI MISKIN/BAKAL MUFLIS...

KALAU PILIH LAGI, MAKA KITA BAKAL MUFLIS /BANKRAPSI JADI MCM GREECE.

MAHUKAH ANDA SEMUA HIDUP MUFLIS???