11 Mei 2010

ORANG ASLI: ZAMBRY TIDAK SERIUS

25 jamadil Awal 1431H.
Kenyataan Media (10 Mei 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak serius terhadap Orang Asli bagi memastikan pembangunan dan kebajikan mereka diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Negeri dapat di lihat setelah majlis perasmian program 'Dekat di mata, lekat dihati’ di Kampung Tangkai Cermin dan Kampung Cenderong Kelubi, Tanjung Tualang hanya dirasmikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar, Azhar Ahmad serta di hadiri oleh Pegawai Khas (Hal Ehwal Orang Asli) Menteri Besar, Panjang Ali Sohor.

DPPN Pk melihat Datuk Seri Zambry lebih memberikan keutamaan kepada programnya bersama media pada hari yang sama iaitu program Ekspedisi Royal Belum. Malang sungguh nasib Orang Asli diletakkan kelas kedua oleh kepimpinan Datuk Seri Zambry walaupun telah banyak slogan dan janji telah diberikan tetapi jelas dapat di lihat sekarang ini. Mungkin setelah dekat dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti, barulah Datuk Seri Zambry akan turun bertemu dengan Orang Asli nanti.

Program yang di lihat penting tersebut, nyata tidak diberikan perhatian serius oleh Datuk Seri Zambry. Bagi DPPN Pk berharap, masyarakat Orang Asli akan sedar akan keperihatinan dan pembelaaan sebenar mereka di dalam memastikan kebajikan mereka tidak terpinggir sama sekali di dalam pembangunan sebagai rakyat di Negeri Perak ini.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itula umngok cakap tak serupa bikin

Tanpa Nama berkata...

Pencerobohan hak Orang Asli dipandang sepi


2010/05/10

ISU kemunduran dan pencerobohan tanah berdekatan penempatan Orang Asli Semenanjung mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak. Ini mungkin berpunca daripada sikap Orang Asli sendiri yang bersifat underdog, umpama hidup segan mati tidak mahu, serta kuasa undi yang kecil berbanding kaum lain.

Pencerobohan tanah kerajaan (hutan simpan) berdekatan kampung saya iaitu Kampung Orang Asli Changkat Ramu dan Buluh Seruas, Slim River, Perak berlaku dua hingga tiga tahun lalu dan kini masih berleluasa kerana tidak dapat ditangani dengan baik oleh pihak berkuasa....

Baca lagi di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PencerobohanhakOrangAslidipandangsepi/Article....

Tlg sikit highlight perkara ini. Dah le petai oun dicukai oleh kerajaan perak.

Tanpa Nama berkata...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Tanpa Nama berkata...

YB, apakah motifnya pejabat tanah Daerah Kecil Kampong Gajah mengeluarkan surat kepada setinggan yang menduduki tanah rizab JPS di Seberang Perak dan diminta membayar premium RM200 dan hasil tahunan RM60/tahun (jumlah RM260). Apa kah JPS TELAH MEMBERIKAN PELEPASAN KEATAS TANAH REZABNYA? YB tolong siasat.

Sebarang dokumen hak milik tiada dikeluarkan. penduduk yang terlibat menjangkakan hak milik tersebut akan dikeluarkan ketika hampir PRU 13 nanti sebagai umpan pancing.

Kami tidak tahu apa yang berlaku di daerah-daerah lain. Wallahualam