11 Mei 2010

Krisis Istana: MB perjelas sebab 'berdiam diri'

25 Jamadil Awal 1431 H

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau gagal mentadbir negeri berikutan tindakannya berdiam diri berhubung kemelut Istana Kelantan.

Katanya walaupun beliau dianggap sebagai penasihat kepada Sultan tetapi berpendapat adalah lebih baik mendiamkan diri daripada mengambil sesuatu tindakan yang tidak disenangi pihak tertentu kerana ia adalah masalah dalaman keluarga.

Nik Abdul Aziz berkata, dalam Islam mendiamkan diri juga merupakan suatu nasihat daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengeruhkan lagi suasana dalam keluarga itu.

"Bagi saya, sejak mentadbir negeri ini hampir 20 tahun lepas, saya anggap berjaya kerana membangunkan negeri ini. Siapa kata gagal?

"Soal kemelut raja, itu kerja anak beranak, saya sengaja tak campur tangan supaya berlaku di sekitar anak beranak," katanya.

Nik Aziz memberitahu pemberita demikian selepas meraikan orang kelainan upaya (OKU) yang baru pulang dari mengerjakan umrah, di bangunan yayasan itu, di Pengkalan Chepa, dekat Kota Bharu hari ini, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang dipetik sebagai berkata, krisis istana Kelantan tidak akan berlarutan sekiranya Nik Abdul Aziz memainkan peranannya sebagai penasihat kepada Sultan dan Pemangku Raja Kelantan.

Nik Abdul Aziz berkata Islam membenarkan seseorang itu berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan, walaupun seseorang itu merupakan penasihat, jika ia boleh memudaratkan keadaan.

Beliau menafikan sikap mendiamkan diri dalam isu itu sebagai tindakan lepas tangan daripada tanggungjawab sebagai penasihat dan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu kemelut istana itu kerana ia melibatkan krisis dalaman keluarga.

"Jadi, saya ambil sikap senyap, supaya ianya hanya berkisar di sekitar anak beranak, senyap itu juga, adalah nasihat, ada kalanya Allah Taala suruh senyap.

Ada kalanya suruh nasihat, jadi saya ambil sikap senyap, senyap itupun dianggap nasihat juga...," katanya.

Menurutnya, beliau bersama Exco akan menziarah Sultan, cuma menunggu tarikh yang akan ditentukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias.

Malaysiakini/-

3 ulasan:

nalapambu berkata...

Memang perangai haramjadah sikatak, kalau Tuan guru tidak masuk campur hal istana dia kata salah, kalau Tuan Guru masuk campur pun dia akan kata lagi banyak salah.

Si katak ni mungkin akan kata mengapa masuk campur hal keluarga istana? katak memang katak, selama2 nya ia tetap katak.

darahkumelayu@yahoo.com.sg berkata...

Ala, biarkanlah si Katak Ibrahim Budu tu. Bukan apa, masa ni dia tengah mood swing - sengugut le tu. Kalau tak, tulah dia celupar kpd Tuan Guru kita.
He he he, dia pakai tuala wanita cap ape he?
dari
darahkumelayu@yahoo.com.sg

Tanpa Nama berkata...

o katak o katak napa engkau bising
macammana katak tak bising,
umno suruh aku,
umno suruh aku