07 Mei 2010

Pak Andak Manaf meninggal

21 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Hashim Abdullah

TEMERLOH, 5 Mei: Aktivis PAS Temerloh Mohd Manaf Mohd Arif, 79 telah kembali ke rahmatullah di rumahnya sekitar jam 11.20 pagi tadi. Allahyarham yang lebih di kenali sebagai Pak Andak Manaf adalah Pengerusi Tetap PAS Cawangan Kampung Buntut Pulau.

Semasa hayatnya Allahyarham pernah menjadi Ketua PAS Cawangan Kampung Buntut Pulau yang sangat aktif .Menurut anaknya Amiruslan Abdul Manaf yang juga Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Temerloh berkata Allahyarham bapanya menghembuskan nafas terakhir dirumahnaya akibat sakit tua.

Penasihat PAS Pahang, Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman telah mengimamkan solat jenazah. Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut petang tadi.

Turut mengziarahi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Cabang PKR Temerloh, Ahmad Nizam Abdul Hamid, Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed serta pimpinan Pakatan Rakyat Temerloh.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

ainhany berkata...

alfatihah
semuga aruah pak ndak ditempatkan bersam org soleh..salam takziah buat kepimpinan PAS temerluh dan family...semuga lahir genrasi pewaris!!