18 Jun 2010

PM: Tarikh pilihan raya satu kejutan

4 Rejab 1431 H

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak".

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di Tumpat hari ini, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semanagat 1Malaysia," katanya mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau mengadakan pilihan raya kerana tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lalu.

Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

jika pilihanraya umum ke 13 diadakan sepertimana yang disaranakan oleh Tun Mahathir memang mengejutkan.

Bayangkan baru dua tahun pilihanraya umum ke12 diadakan diadakan pilihanraya ke 13 pula.

Lazim pilihanraya umum diadakan selepas empat tahun atau suntuk lima tahun.

tempoh masak parlimen selama tiga tahun enam bulan sebagai syarat dibolehkan diadakan pilihanraya lain.

Inilah yang mengejutkan, kerana dilakukan luar biasa atau langgar prasyarat yang ditetap. Jika lebih masa dewan boleh terbatal dengan sendiri.

Bagi saya saranan Tun Mahathir pasti ada agenda tersendiri. Mungkin hendak menguji kemantangan politik Najib. Atau ada agenda untuk jatuhkan Najib dan naik orang lain yang dirfikirkan lebih layak.

Siapa sahaja yang hendak diganti buruk dikepala para pemimpin UMNO suda begitu kronik dan nasi sudah jadi bubur sepertimana pernah disebut baru baru ini.