05 Jun 2010

ROMBAKAN KABINET: UMNO PUN TIDAK PERCAYA UMNO

21 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa kelakar dengan ulasan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkaitan rombakan kabinet oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak, Perdana Menteri yang dianggapnya menunjukkan keseimbangan sedangkan apa yang jelas ianya telah menggambarkan ketidakyakinan Umno terhadap anggota partinya sendiri.

Samalah juga keadaannya di Negeri Perak yang mana gambaran jelas ketidakyakinan Umno tersebut dapat dilihat dari pilihan Datuk Seri Zambry yang melantik orang-orang kanannya bukan dari kalangan kepimpinan yang berjawatan di dalam Umno itu sendiri. Sebagai contoh jelas yang ada ialah perlantikan Pegawai Khasnya, Setiausaha Akhbarnya, Perak Aman Jaya dan Yayasan Bina Upaya.

Datuk Seri Zambry seolah tidak sedar penentangan terhadapnya oleh kepimpinan Umno Bahagian hasil tindakannya untuk tidak memberikan jawatan penting tersebut kepada kepimpinan Umno yang ada. Sudah tentu rakyat boleh menilai bahawa Umno sendiri tidak yakin akan orang-orangnya yang sepatutnya mampu menjalankan tugas mereka jika diberikan.

Kita semua akan tunggu rombakan Exco Kerajaan Negeri Perak yang sudah pasti kepimpinan lama Umno akan ketinggalan di dalam perkara ini. Rakyat sudah pasti melihat akan ketidaktentuan Datuk Seri Zambry di dalam membuat rombakannya kelak.

MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

2 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

3 ekor kuda belang yang tukar padang
Camry punya hal zambry menang loteri
Moh yob!! Moh derah!! Moh tukar padang
Bior deme kenei melayu perak melayu jati

Melayu perak ngan Cina Perak lambang kekuatan peribadi bangsa...tak de salahnya kita digabungkan...semua bangsa takutkan Tuhan..bila Islam simbol pegangan...haluan direncanakan pasti menggerunkan ular2 yang tak takut Allah.

Perak lambang kekuatan.

Moh Yob moh le keluar BARISANNNN...

Tunggu apa lagi bila piso dah ada ditangan.

Raja pun tunduk pada kekuatan berugama.

Baru buku bertemu ruas. Bertambah makmur lombong diPerak yang sekian lama digersangkan.

Camry sekadar menggaburi mata
Sedangkan nun di Sarawak dia bermaharajalela
Tengganu yang miskin pun berani lawan tokey
Inikan Perak memang dah sah dah ramei taukey

Rakyat Perak dah memang bijak...kita yakin UMNO Perak dah kenei siapa zambry sama itu camry.

Ular bahaya maaa!!!

Tanpa Nama berkata...

tokey sendiri pun dah tak caya kat mike...umno..oi, udoh2 le jadi pencacai macam ahmad nisfu dlm 3 abdul.....