http://ajijoi.blogspot.com
K.KANGSAR 5 JUN: Kejayaan Ekspedisi Pakatan Rakyat Perak pada bulan Februari yang lalu telah menghasilkan ekspedisi siri ke-2 hari ini. Begitu banyak permintaan daripada kawasan-kawasan yang tidak dapat dikunjungi pada ekspedisi yang pertama lalu untuk pimpinan Pakatan Rakyat Perak bertandang ketempat mereka.
Ekspedisi yang membawa pimpinan tertinggi parti-parti Pakatan Rakyat Perak (PAS, PKR, DAP) menjelajah seluruh pelusuk negeri Perak bagi berjumpa sendiri dengan rakyat amat dinanti-nantikan oleh semua.
Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussin, Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin (Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang), Ustaz Ahmad Awang, YB Drs Khalil Idham Lim (Adun Titi Serong), YB Zainuddin Yusuf (Adun Lubuk Merbau), Ust Zawawi Hassan (Ketua Pemuda PAS Perak), Dr. Haji Khairuddin Bin Dato' Abd Malik (Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak) mewakili pimpinan PAS Perak.
YB Dato Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen Bruas, Adun Sitiawan dan juga Pengerusi DAP Perak) mewakili DAP Perak manakala YB Yunus Jamhari (Adun Kuala Kurau), YB Chan Ming Kai (Adun Simpang Pulai) dan YB Kesavan (Adun Hutan Melintang) untuk PKR Perak.
Dua buah bas telah disediakan untuk membawa pimpinan-pimpinan parti PR untuk bertemu dengan rakyat sejak pagi sehinggalah ke waktu malam. Pelbagai program dan jadual yang disusun agar perjalanan xpdc kali ini lebih bermakna kepada semua.
Masjid Ridhuaniah di Kuala Kangsar telah dipilih sebagai lokasi tempat berkumpul dan bermulanya ekspedisi kali ini.

YB Drs Khalil Idham Lim sebagai Ketua Ekspedisi memberikan
sedikit taklimat mengenai program hari ini

Ini bukanlah para blogger tetapi SB yang hadir awal untuk
membuat rakaman. Seorang mengambil gambar manakalan
seorang lagi merakam video.

Senyum bang, jangan tak senyum. 2 orang SB yang dikesan
bersama seorang lagi wanita Cina berbaju ungu yang hanya
menunggu dihujung pintu masjid

1 ulasan:
Kenapa Ketua PKR Perak tiada?
Catat Ulasan