16 Julai 2010

5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

3 Syaaban 1431H.

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

•Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
•Diesel - RM1.75 seliter.
•Gula - RM1.70 sekilogram
•Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

•Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
•Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
•Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.Malaysiakini/-

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

malaysia negaraku yang tersayang...!!!

CERITAKUASN berkata...

tu la dok tentang pasir...akhirnya ada benda yang nk naik....kesian dekat rakyat bawah ni

mosabit berkata...

BN : Barang Naik..Bila Naik..? Baru Naik..Berapa Naik..? Banyak Naik.

'RAKYAT DIDAHULUKENAKAN, PECACAI DIUTAMAKAN' berkata...

SALAM,

KAN DAH TERBUKTI...

'RAKYAT DI DAHULUKENAKAN, (5 DALAM 1 TUUUU!)

PECACAI DI UTAMAKAN'...

...TERSENGIH-SENGIH SAMPAI KE TELINGA DAN GELAK KETAWA SAKAN LAH SEMUA PECACAI-PECACAI UMNONGOK & BE END, DAPAT FULUS MULUS...

NI SEMUA UNTUK PILIHANRAYA KE-13 NANTI NIH...

TEMPAH-GANTUNG POSTER, KEMPEN CERAMAH, DUIT KOPI, U HELP ME, I HELP U, BELANJA UNDI PAK CIK MAK CIK FELDA, JENTERA BN XDER FULUS XJALAN...
RAKYAT TERPAKSA BAYAR SEGALA SALAHURUS EKONOMI NEGARA-STADIUM RUNTUH, MASJID RUNTUH, BALAK CURI, GULA SELUDUP, PKFZ, WANG EHSAN (ROMPAK DUIT ROYALTI), APCO-UMCO-ASIASOFT 77 JUTA, SAMAN EKOR, RASUAH POLITIK UMCO, JUDI BOLA SEPAK 1 MALAYSIA, SPORTS TOTO, MAGNUM, GENTING, BLA BLA BLA BANYAK SANGAT...50 TAHUN LEBIH MEMERINTAH...MESTILAH BANYAK.

jin.guragas berkata...

Cilaka punya Najib, bangang punya UmNo. Haram Jaddah.. itulah ungkapan paling sesuai takat la ni buat UMno.. moga-Moga Umno Mampus pupus dari bumi Allah ni.. Amin Ya Allah amin.. esok aku nak pi ambik anak kat asrama 100km, pi balik 200km.. minyak?? dajai umNo. esok aku nak buat ketayap, nasik lemak; gula naik lagi, gas naik lagi.. meniaga nak untung berapa kupang saja.. dajai umno.. ya Allah kami dianiaya di tanah ayer kami sendiri oleh tangan-tangan dajal tak berhati perut, lagi bengong, yakni Umno; Ya Tuhan ku, maka mohon engkau Mampos kan Umno ini dari muka bumi ini YA ALLAH. Amin Ya Allah.

Tanpa Nama berkata...

Kepala hotak punya KERAjaan BN ni, sepatutnya potong elaun wakil rakyat, hentikan projek mega yang ratusan juta tu, bukannya naik kan harga barang/minyak... bodoh punya KERAjaan BN ni kalau dah tak tahu mentadbir negara ni serah kuasa pada PAKATAN RAKYAT...

akulajuki berkata...

Aku kater doh rakyat Malaysia akan diperdaya oleh manusia berdahi licin ini. Tahniah kepada pengundi-pengundi yang memangkah bn amnya dan umnonok khususnya dalam PRU 12 yang lepas. Tuan-tuan dan puan-puan yang diutamakan dah mendapat durian runtuh daripada pemimpin yang tuan-tuan dan puan-puan sanjung.
Inilah akibatnya bila pilih manusia BODOH untuk mentadbir negara, akibatnya rakyat diPERBODOHKAN.

Tanpa Nama berkata...

mintak sgt2 jgn pangkah bn lg dah. asyik naik harga ja. susah nk idup woo

Tanpa Nama berkata...

selagi tak tukar kerajaan BN(bertuhan nafsu) selagi tu.... lah, rakyat akan terima BN(bahana - barang naik)

Tanpa Nama berkata...

salam....1 malaysia dah kena....naik sampai 5 sekali.....kata jib... nak adjust balik...tp cuba hangpa chek... kat kementerian pelancongan..flow duit mcm air banjir...pi chek betul-betul....buat duit rakyat mcm mak bapak punya duit....sedih aku...yang naya kita....

comfirm bn umno bungkus PRU13

Tanpa Nama berkata...

Dacing dah patut hantar ke Muzium dah..sekarang org dah pakai digital dah

Tanpa Nama berkata...

Amiiiiiiinnnnnnnn. ya rabbai'alamiiiinnnnn,

Tanpa Nama berkata...

ungkapkan kemarahan anda dalam undi PRU13. Haramkan diri anda memangkah BN-APCO dalam PRU13. teruskan momentum untuk menumbangkan kerajaan BN-APCO. Takbir.

Tanpa Nama berkata...

xlama naik ni....1 ...2 tahun turunlah semuanya..... pru ke13 nanti nak pancing undi org2 yg atas pagar,yg lemah pendiriannye.katak2 yg suka melompat kesana kesini.....

Tanpa Nama berkata...

JANGAN MARAH BUKAN KITA SAJA YANG KENA DEPA YANG SOKONG UMNO PUN KENA SAMA 2 PADAN MUKA DEPA KAH,KAH,KAH...

Tanpa Nama berkata...

tunggu dan lihat.....

Tanpa Nama berkata...

sukanya...barang dah naik....

amd916 berkata...

Rakyat mmg ptut didahulukan.

Tanpa Nama berkata...

apakah yang dimaksudkan penjimatan yang akan beri faedah kepada rakyat?adakah dengan memberi minyak,gula,dan seumpamanya bukan faedah kepada rakyat?..adakah dengan mendirikan bangunan tiggi2 yang akan mengenakan bayaran untuk masuk dan seumpamanya dikatakan faedah untuk rakyat?...fikir fikirkan....

AKUKENAJUGAKLA berkata...

BN =bANGANG nYA ...BN =BENGONG NYA ...BN =BODOH NYA BN= BEBAL NYA BN= BALA NYA BN= =BERGANDA BALA ===SOKONG LA LAGI PARTI TAK RETI URUS NEGARA


HARAM JADAH 1JUTA KALI KAT DEPA

haluankiri berkata...

Istana sampai RM800juta... duit negara habis ntah kemana .. Kini RAKYAT yang dipaksa membayarnya ... Wahai RAKYAT MALAYSIA .. mari kita semua TALKINKAN UMNO utk selamanya... Skrg kita semakin susah.. jgn bg anak cucu kita nnt pulak lagi susah.

Tanpa Nama berkata...

UARA KEADILAN KATA FELDA BENGKRAP
IDRIS JALA KATA MALAYSIA BANKRAP !!

Tanpa Nama berkata...

Depa ni nak bagi utang negara byk...lepas tu bila PR ambil alih..hutang negara dah byk...mereka gelak sakan la...PR yang akan hempas pulas cover hutnag mereka...lepas tu depa bantai kata PR tak reti memerintah la..hutnag byk la...padahal depa yang buat dulu. Bila Dah ok balik...ambil balik..gitu la...cerdik pandai bertuhankan dajjal ini...

Tanpa Nama berkata...

macam mana tak naik harga barang... kerajaan persekutuan dah hilang negeri-negeri kaya dlm PRU lepas... nak cover balik la.... Kerajaaan Selangor pun tengah cari duit pasir nak PRU akan datang nie..

Ibn-Abdillah berkata...

Inilah Strategi BN Untuk Pilihanraya Mengejut (Snap Election)

Mula-mula harga minyak, gula dan gas naik. Lepas tu kita semua pakat-pakat protes.
Kemudian kerajaan turunkan harga - konon prihatin.

Atas 'feel good' kerana kononya kerajaan prihatin dengan protes rakyat; PILIHANRAYA MENGEJUT (Snap Election) AKAN DIADAKAN

Kepada kesemua penyokong PR - jangan terasa ada kelebihan waktu ini kerana akibat kenaikan harga ramai yang memprotes dan pilihanraya tak jadi. Sebenarnya itu perangkap BN supaya kita rasa selsesa, rasa pilihanraya jauh dan lalai lalu mengurangkan usaha untuk menghadapi pilihanraya. Sedangkan itu sebenarnya menandakan pilihanraya makin hampir.

Tanpa Nama berkata...

Barang Naik

org umno jadi kera luku pak turut..lebih2 lagi pencacai cyber umno..cacai la sehabis2nya