3 Syaaban 1431 H
PUTRAJAYA, 15 Julai: Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berpuashati dengan penjelasan terhadap surat tunjuk sebab memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan Harakah dengan diberikan ‘amaran keras’ supaya hanya dijual di markas dan pejabat urusan PAS sahaja.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
1. Kementerian Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa pihak penerbitan HARAKAH telah memberikan perhatian yang serius terhadap Surat Tunjuk Sebab yang dikeluarkan oleh Kementerian ini dan telah menunjukkan kerjasama yang baik kepada Kementerian.
2. Pengerusi Jemaah Pengarah HARAKAH, Dato’ Mustafa bin Ali dan Pengarah Urusan HARAKAH, Dato’ Kamarudin bin Jaffar telah datang berjumpa Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri pada 12 JULAI 2010 (ISNIN) untuk memberikan penjelasan.
3. Pihak penerbitan HARAKAH juga telah menjawab Surat Tunjuk Sebab Kementerian pada 13 JULAI 2010 (SELASA) dengan mengemukakan penjelasan serta beberapa akujanji seperti berikut:-
i. Akan mematuhi semua syarat-syarat permit penerbitan, garis panduan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984;
ii. Akan mencetak perkataan “UNTUK AHLI SAHAJA” di muka hadapan setiap keluaran dan naskhah penerbitan HARAKAH sebagai peringatan kepada pembeli; dan
iii. Akan menghantar lapan (8) naskhah setiap keluaran penerbitan HARAKAH ke Kementerian sebaik sahaja ianya dicetak.
4. Dengan mengambil kira kerjasama, penjelasan serta janji pihak penerbitan HARAKAH untuk mematuhi syarat-syarat permit penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Kementerian Dalam Negeri dengan ini berpuashati dan memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan HARAKAH dengan diberikan AMARAN KERAS supaya hanya dijual di markas dan pejabat urusan PAS sahaja.
5. Kementerian akan sentiasa memantau penerbitan HARAKAH untuk memastikan pemantuhan.
Harakahdaily/-

3 ulasan:
KEDAI SURATKHABAR TULAH JUGA MARKAS PAS
PEMBELI SURATKHABAR TU AHLI PAS
SERUPA JUGA FACEBOOK
YANG BUKA LAMAN CINAISLAM NI ORANG PAS
HABIS TU BATAL LESEN STREAMYX ????
SEMUA PAS
DO PAS
OCPD PAS
PM PAS
TAK PAS TAK BOLEH JADI DO !!
Memang mereka takut degan gesaan Tok Guru supaya boikot akhbar pro bn jika permit tak diperbaharui... dan mereka tak berani nak mencuba untuk tidak memperbaharui...
SALAM,
ZAMAN PENJAJAH DULU, KEBEBASAN BERSUARA TERHAD KERNA PENJAJAH TIDAK MAHU RAKYAT TAHU KEBENARAN DAN MEMUDAHKAN POLISI PECAH PERINTAH...
DI NEGARA KOMUNIS PUN SAMA, RAKYAT HANYA MENDENGAR PANDANGAN DARI AKHBAR KERAJAAN SAHAJA, SPERTI DI CHINA DAN SOVIET UNION (SKRG RUSSIA), KEBEBASAN MENGELUARKAN PENDAPAT YG BERTENTANGAN DGN DASAR PEMERINTAHAN TIDAK DIBENARKAN LANGSUNG...
LAMA KELAMAAN, SEMUA CABANG HIDUP RAKYAT MEROSOT KERANA KERAJAAN SENTIASA MERASA BETOL, DAN PIHAK YG BERKEPENTINGAN SENDIRI DLM KERAJAAN PULA BEBAS MENYALAHGUNAKAN KEKAYAAN DAN KUASA...APA JADI? KOMUNIS TIDAK LAGI RELEVAN DAN BERKUBUR PD 1989 DGN PECAHNYA EMPAYAR SOVIET.
APAKAH DASAR (MAKLUMAT, POLITIK DLL) UMNO INI AKAN MENJADIKAN MALAYSIA MAJU MENJELANG 2020 NANTI???
SEBENARNYA IKLIM POLITIK KITA SKRG DLM KEADAAN TRANSFORMASI, DR KEADAAN KUKU BESI SEMASA MAHATHIR KPD 'POLITIK KESEDARAN RAKYAT BAGI MENGHALANG KEMUSNAHAN TOTAL SISTEM DEMOKRASI DAN EKONOMI YG DITADBIR TANPA HALATUJU JELAS YG BERADA DI TANGAN SEGOLONGAN OLIGARKI/ARISTOKRAT YG INGIN MENGEKALKAN STATUS QUO'.
PERJUANGAN INI BUKAN MUDAH, PERMAINAN TARIK TALI DAN TAWAR MENAWAR POLITIK BAGI MENGEKALKAN MALAYSIA DI TADBIR SECARA PERKAUMAN DGN MENAFIKAN PERUBAHAN LANDSKAP POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL PENDUDUK MALAYSIA DI ZAMAN INTERNET INI. GOLONGAN YG MENAFIKAN ITU MENCIPTA PELBAGAI ISU UNTUK DI JUARAI DGN HARAPAN RAKYAT AKAN KEMBALI KPD KEPATUHAN TANPA SOAL DAN MASIH BERSIKAP CURIGA (DALAM KAWALAN MEREKA) KPD BANGSA/KAUM LAIN.
MENGAPA KONSEP 1MALAYSIA DI JADIKAN SLOGAN?
KERANA PERUBAHAN LANDSKAP POLITIK MALAYSIA MENYAKSIKAN KEUPAYAAN PARTI-PARTI PR MENARIK SOKONGAN PELBAGAI KAUM MEMACU PARTI2 YG DULUNYA HANYA DI JUARAI OLEH 1 KAUM. ADAKAH KONSEP 1MALAYSIA NAJIB BAKAL GAGAL SEBAGAIMANA GAGALNYA SLOGAN 'KUASA KULIT PUTIH' OLEH HITLER DI JERMAN DAN EROPAH YG SEBENARNYA MANIS DI BIBIR TANPA BERPIJAK DI BUMI NYAT, DAN BAKAL LENYAP SEBAGAIMANA SLOGAN2 SEBELUMNYA.
MASA AKAN MENENTUKAN...
Catat Ulasan