09 Julai 2010

Adakah pembukaan negara Islam satu penjajahan?

25 Rejab 1431 H
Oleh : AKHISALMAN

Persoaalan: Timbul persoalan berkait dengan pembukaan dan penaklukan Tentera2 Islam semenjak zaman khilafah sehinggalah seterusnya... Sebahagian manusia terfikir ini adalah satu kezaliman kerana ia berbentuk penjajahan... Adakah benar Islam memerangi negeri org2 kafir untk menjajah? Persoalan ini telah dijawab oleh Dr Yusuf Qardawi seperti berikut(ringkasannya):

Jawapan: Para pakar dan pengkaji sejarah telah menyimpulkan tujuan2 pembukaan tentera islam terdahulu seperti berikut:

1. Untuk mematahkan dan meruntuhkan kekuaatan kuffar yang menghalang sampainya risalah Islam kepada rakyat jelata. Kerajaan kuffar telah memaksa rakyatnya utk mengekalkan agama asal dan menghalang sampainya dakwah Islam kepada rakyat mereka.


2. Memerangi negara kuffar kerana sebagai langkah berjaga2 drpd sesuatu kemungkinan besar mengancam terhadap negara2 Islam. Ini sekiranya ade petanda dan bukti yg kukuh terhadap bahaya sesebuah negara terhadap perjalanan dakwah umat Islam. Ini ada berkait dgn tujuan yg pertama kerana apabila kerajaan Islam ingin menyebarkan dakwahnya maka kemungkinan negara kuffar ingin mengancam dan membahayakan negara Islam.

3. Membebaskan rakyat di bawah pemerintahan kerajaan kuffar yg dizalimi dan ditindas.

kesimpulan: Islam bukanlah agama yg menggunakan kekerasan utk mengajak penganut agama lain masuk Islam. Cuba lihat bagaimana penduduk kristian yg berada di Mesir duduk selama 10 tahun dlm agama mereka setelah mesir ditakluk oleh tentera Islam. Mereka akhirnya masuk Islam seorang demi seorang dgn kerelaan hati mereka sendiri.

Tiada ulasan: