03 Julai 2010

Adun Sri Muda, Batu Caves Beri Keterangan Kepada SPRM

19 Rejab 1431H.
PUTRAJAYA: Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari Parti Keadilan Rakyat, hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, dipercayai berhubung skandal pasir di negeri berkenaan.Mereka ialah Adun Batu Caves Amirudin Shari dan Adun Sri Muda Mat Shuhaimi Shafie.

Mereka tiba di ibu pejabat SPRM di sini, kira-kira pukul 3 petang dan sehingga pukul 7 petang semalam, kedua-dua wakil rakyat itu dilihat masih berada di kawasan berkenaan. Demikian seperti satu berita yang dipetik dari Bernama hari ini.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM Datuk Ahmad Khusairi Yahaya berkata kehadiran mereka untuk memberi kenyataan merupakan prosedur biasa bagi membantu siasatan dalam sesuatu kes.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes yang sedang disiasat.

"Kita mengalu-alukan kehadiran mereka bagi membantu siasatan. Saya harap jangan ada yang buat spekulasi kerana ia merupakan prosedur biasa," katanya. -

Tiada ulasan: